Apakah maksud CVV Sementara Citi?
Oleh kerana sekatan “lockdown” COVID-19, penghantaran kad kredit Citi baru anda mungkin akan mengambil masa lebih lama untuk sampai. Tetapi jangan risau, anda masih boleh mula berbelanja tanpa kad fizikal dengan cara mengaktifkan CVV Sementara anda melalui Aplikasi Citi Mobile®.
CVV Sementara ialah kod sekuriti 3-digit yang anda boleh gunakan untuk mengaktifkan kad kredit Citi baru anda sementara anda menunggu ketibaan kad fizikal anda.
Untuk dapatkan kod unik tersebut, kad kredit Citi anda haruslah diluluskan oleh pihak bank. Kemudian, anda boleh memuat turun Aplikasi Citi Mobile® dan dapatkan kod unik CVV Sementara anda untuk pengaktifan kad. Setelah anda menerima kad fizikal Citi anda, CVV Sementara tersebut akan digantikan dengan kod CVV yang tertera di kad anda.
Semak terma dan syarat di sini.
Langkah-langkah untuk mengaktifkan CVV Sementara
1. Daftar atau log masuk ke Aplikasi Citi Mobile®. Klik “Aktifkan untuk melihat butiran kad”.
2. Anda akan dibawa ke skrin “Urus Kad”.
3. Masukkan OTP yang telah dihantar ke nombor telefon berdaftar anda.
4. Selepas pengesahan, nombor kad anda dan tarikh luput akan dipaparkan. Klik “Lihat” untuk CVV Sementara anda.
5. CVV Sementara anda akan dipaparkan.
Kad kredit Citi saya telah sampai. Apa langkah seterusnya yang patut saya lakukan?
Setelah anda menerima kad fizikal Citi anda, CVV Sementara anda akan digantikan dengan kod CVV yang tertera di bahagian belakang kad anda, dan anda masih perlu aktifkannya. CVV baru ini kemudiannya akan digunakan untuk semua transaksi dan pembayaran anda pada masa hadapan. Berikut ialah cara-cara untuk pengaktifan kad kredit Citi baru anda:
Melalui Aplikasi Citi Mobile®:
- Daftar dan log masuk ke Aplikasi Citi Mobile®
- Tekan ikon di sudut kiri atas
- Tekan pada “Buat PIN Kad”
- Masukkan PIN 6-digit baru anda
- Masukkan OTP untuk pengesahan
- Berjaya! PIN anda telah berjaya dikemaskini
Melalui Citibank Online:
- Daftar dan log masuk ke Citibank Online
- Tekan “Perkhidmatan”, “Profil Saya”, dan pilih “Buat PIN Kad”
- Masukkan OTP untuk pengesahan
- Pilih kad anda
- Masukkan PIN 6-digit baru anda
- Berjaya! PIN anda telah berjaya dikemaskini
Melalui Hotline Pengaktifan Kad Citibank & Pembuatan PIN:
- Telefon +60323830011
- Pilih bahasa yang anda mahu gunakan dan masukkan nombor MyKad
- Pilih kad anda dan masukkan OTP untuk pengesahan
- Masukkan tarikh luput kad anda, dan kemaskini PIN 6-digit baru anda
CIRI-CIRI UTAMA CITI CASH BACK MASTERCARD | |
---|---|
|
|
Kadar pulangan tunai tertinggi | 10% pulangan tunai dengan perbelanjaan sebulan sebanyak RM500 dan ke atas |
Jumlah pulangan tunai tertinggi | RM10 per kategori |
Jumlah perbelanjaan maksimum untuk pulangan tunai tertinggi | RM100 per kategori |
Kategori perbelanjaan untuk kadar pulangan tunai tertinggi | Petrol, Barangan Runcit, Menjamu Selera dan Grab |
Pemegang kad yang layak | Utama dan tambahan |
Anda tidak perlu lagi menunggu untuk hari-hari tertentu atau promosi istimewa untuk menikmati pulangan tunai yang lumayan daripada transaksi kad kredit anda.
Tiada perbelanjaan minimum diperlukan. Pulangan tunai anda akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun anda.
Nikmati Pulangan Tunai RM50 Setiap Bulan
Dapatkan penjimatan sebanyak RM50 setiap bulan (atau RM600 setahun) daripada perbelanjaan kad kredit anda bersama Kad Kredit Citi Cash Back.
Untuk menikmati RM10 pulangan tunai, anda hanya perlu mengumpul perbelanjaan runcit sebanyak RM500 dan ke atas bersama kad kredit pulangan tunai anda.
Setelah perbelanjaan kad kredit anda mencapai RM500, anda akan menerima 10% pulangan tunai untuk setiap kategori.
Lihat jadual di bawah untuk maklumat lanjut:
PULANGAN TUNAI CITI CASH BACK MASTERCARD | ||
---|---|---|
Kategori | Pulangan Tunai | Syarat |
Petrol Semua stesen petrol seluruh negara |
10% 0.2% |
Belanja RM500 ke atas (sebulan) Belanja RM500 ke bawah (sebulan) |
Barangan Runcit
|
10% 0.2% |
Belanja RM500 ke atas (sebulan) Belanja RM500 ke bawah (sebulan) |
Menjamu Selera |
10% 0.2% |
Belanja RM500 ke atas (sebulan) Belanja RM500 ke bawah (sebulan) |
Grab |
10% 0.2% |
Belanja RM500 ke atas (sebulan) Belanja RM500 ke bawah (sebulan) |
Perbelanjaan Runcit yang Lain | 0.2% | Tiada perbelanjaan minimum |
4 Ciri Utama Citi Cash Back Mastercard
Selain daripada menawarkan pulangan tunai menarik dan faedah-faedah yang lain, kad kredit Citibank juga mempunyai 4 ciri utama yang memudahkan aktiviti perbankan anda
Citi World Privileges
Nikmati tawaran dan diskaun menarik di Malaysia dan di lebih 90 negara
Citi PayLite
Tukarkan transaksi runcit anda kepada ansuran bulanan
Citi FlexiBill
Tukarkan baki tunggakan anda kepada ansuran bulanan
Citi Quick Cash
- Dapatkan wang tunai dengan cepat bersertakan pilihan ansuran
- Terima wang tunai dalam masa 7 hari waktu bekerja
Kelayakan dan Dokumen yang Diperlukan
Sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun (untuk kad utama) dan 18 tahun (untuk kad tambahan) layak untuk memohon Citibank Cash Back Mastercard.
Kriteria kelayakan yang lain ialah anda juga perlu mempunyai gaji minimum RM3,000 sebulan.
Untuk melengkapkan permohonan kad kredit Citibank anda, sila sediakan dokumen-dokumen di bawah:
DOKUMEN PERMOHONAN KAD KREDIT CITIBANK CASH BACK MASTERCARD | ||
---|---|---|
Bekerja Sendiri | Pekerja Bergaji | Ekspatriat Bergaji |
Salinan MyKad (depan & belakang) | Salinan MyKad (depan & belakang) | Salinan Passport |
Salinan Borang Pendaftaran Perniagaan | Penyata KWSP terkini / slip gaji 2 bulan | Slip gaji 2 bulan terkini |
Borang B terkini beserta resit cukai |
Pilih 1: Penyata bank 3 bulan Borang EA terkini Borang BE terkini beserta resit cukai |
Surat tawaran pekerjaan |
Permit kerja dengan sah laku minimum 1 tahun semasa permohonan |
“Sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap informasi terkini kad seperti terma dan syarat kad kredit, ciri-ciri kad kredit, yuran dan caj, maklumat yang terdapat di laman web Citibank akan dianggap sebagai terkini dan muktamad.”