KFH

Pembiayaan Peribadi-i KFH Murabahah

Pelan pembiayaan peribadi dengan kadar keuntungan rendah untuk pekerja bergaji yang memerlukan wang ekstra untuk penggunaan peribadi.

    Get a RM50 Giant Voucher- Only at RinggitPlus!

    Get a RM50 Giant Voucher- Only at RinggitPlus!


    RinggitPlus will help you all the way! No wait for call, no paper form to fill in, just a simple chat.

    Start Application


    View product disclosure sheet.

    Not the personal financing you're looking for? Did you know you can compare all the personal financing in Malaysia?

    Kadar Keuntungan

    Jumlah caj bank anda berdasarkan jumlah pembiayaan & tempoh pembiayaan anda

    Kadar Pembiayaan Tempoh PembiayaanPendapatan AndaKadar Faedah
    RM5000 - RM25000024 sehingga 120 bulanmin. RM360006% p.a.

    Fi & Caj

    Yuran sentiasa ada tetapi berapa banyak jumlahnya?

    Kadar Keuntungan / APR
    Sebanyak 6% p.a., berdasarkan jumlah dan tempoh pembiayaan
    Duti Setem
    0.5% daripada jumlah keseluruhan
    Fi Penyelesaian Awal
    Tiada Yuran
    Caj Bayaran Lewat
    1% daripada baki yang tertunggak

    Kelayakan

    Adakah anda layak memohon pembiayaan peribadi?

    Pendapatan tahunan minimum
    RM36000
    Umur Minimum
    21 tahun
    Umur Maksimum
    58 tahun
    Status Pemohon
    • Rakyat Malaysia
    • Confirmed and Permanent Staff
    • Salaried employee
    • Public Listed Company employee
    • Multi-National Corporation employee

    Soalan Lazim tentang Pembiayaan Peribadi-i KFH Murabahah

    Informasi yang anda mungkin ingin ketahui

    Apakah yang saya dapat daripada pembiayaan peribadi ini?

    Pembiayaan Peribadi-i KFH Murabahah ialah pembiayaan tanpa sekuriti patuh Shariah untuk individu berumur antara 21 to 60 years yang pendapatan utamanya tetap setiap bulan.

    Kadar keuntungan adalah rata sepanjang tempoh sehingga 10 tahun dan akan dimaklumkan kepada anda secara terus. Anda boleh mendapatkan pembiayaan antara RM30,000 ke RM250,000, tertakluk pada pemeriksaan kredit anda dan kelulusan oleh KFH.

    Apakah kewajipan saya sebagai pelanggan?

    Anda perlu membayar balik pinjaman, yang terdiri daripada jumlah pokok dan kadar keuntungan, pada setiap bulan sehingga tamat tempoh pembiayaan ini.

    Oleh kerana pembiayaan ini berkadar rata, pembiayaan anda tidak akan terjejas oleh pergerakan kadar asas bank.

    Bagaimanakah cara untuk membayar ansuran bulanan?

    Terdapat beberapa cara mudah untuk anda membayar ansuran bulanan pembiayaan peribadi ini seperti Standing Instruction atau Interbank Giro atau pemindahan segera daripada akaun deposit ke akaun pembiayaan peribadi KFH.

    Adakah saya memerlukan perlindungan Takaful?

    Ya. Anda perlu mengambil Perlindungan Takaful Berkelompok Bertempoh (GCTT) kerana ia meliputi sebarang jumlah yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal menyeluruh.

    Bagi kes-kes penyelesaian awal, anda boleh tuntut rebat sumbangan perlindungan Takaful atas baki pembiayaan.

    Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?

    Pembiayaan Peribadi-i KFH Murabahah ialah pembiayaan peribadi patuh Shariah tanpa sekuriti dan tidak memerlukan penjamin atau cagaran.

    Apakah dokumen yang perlu saya sediakan?

    Pertamanya, anda perlu melengkapkan borang permohonan pembiayaan peribadi ini. Kemudian, anda juga perlu menyediakan beberapa dokumen seperti berikut:

    Pekerja Bergaji:

    • Salinan MyKad (depan dan belakang)
    • Penyata gaji 3 bulan terkini
    • Penyata EPF untuk caruman 3 bulan terkini.

    Bekerja Sendiri:

    • Salinan MyKad (depan dan belakang)
    • Borang BE dengan resit pembayaran cukai terkini atau Penyata EPF atau salinan Penyata Kewangan yang telah diaudit
    • Sijil Pendaftaran Perniagaan
    • Penyata bank syarikat atau peribadi 6 bulan terkini

    Adakah saya layak untuk memohon pembiayaan peribadi KFH sekiranya saya disenaraihitam?

    Bergantung pada sejarah kredit anda dengan institusi-institusi kewangan yang lain kerana informasi ini (seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan atau pinjaman kenderaan terkumpul) akan direkodkan dalam CCRIS / CTOS (ialah sistem yang mengumpul informasi kredit peminjam, bukan menyenaraihitamkan mereka).

    Misal kata anda mempunyai kedudukan kredit yang teruk disebabkan oleh pembayaran tidak tetap, jalan yang terbaik ialah anda patut membuang tabiat tersebut dan memastikan bayaran balik anda sentiasa tepat pada masanya.

    KFH akan lebih cenderung untuk meluluskan permohonan pembiayaan peribadi anda sekiranya anda mampu menguruskan kewangan peribadi, bukannya hutang, dengan cekap.

    Read More