Alliance Bank

Pinjaman Peribadi Alliance Bank CashFirst

CashFirst ialah pinjaman peribadi pilihan anda, sama ada untuk melangsaikan hutang atau mencapai impian. Mohon pinjaman ini untuk tempoh sehingga 7 tahun pada kadar faedah yang rendah bermula dari 3.99% p.a., dan dapatkan kelulusan segera.

    Fly for Free & Win a Volkswagen Polo Car!

    Fly for Free & Win a Volkswagen Polo Car!

    Memohon online sekarang untuk Pinjaman Peribadi Alliance Bank CashFirst

    RinggitPlus akan membantu anda setiap langkah perjalanan

    Anda adalah bersetuju dengan Terma Penggunaan kami bila menaip maklumat perhubungan anda. Kami menghormati dan komited untuk melindungi privasi dan maklumat peribadi anda dengan selamat dan penuh tanggungjawab.

    You've almost completed your application for Alliance Bank CashFirst Personal Loan

    To help you better we need to know a little bit more about your application.
    Confirm your application

    Oops. We can't seem to get a quote for you for a while there. Please click "Get Quote" again.

    Your qualifications have not met the requirements of this policy. Don’t worry, you can still check other insurance policies

    Please fill in all fields and enter a valid email

    Thank you for applying with RinggitPlus!

    We’ve sent you an email to help with your application.

    Continue to Alliance Bank website

    If you have any questions let us know at [email protected], we'd love to help!

    Follow us to keep in touch and not miss out on offers and promotions.

    View product disclosure sheet.

    Not the personal loan you're looking for? Did you know you can compare all the personal loan in Malaysia?

    Kadar Faedah

    Jumlah caj bank anda berdasarkan jumlah pinjaman & tempoh pinjaman anda

    Nilai PembiayaanTempoh PinjamanPendapatan AndaKadar Faedah
    RM5000 - RM15000012 sehingga 84 bulanmin. RM360003.99 - 14.78% p.a.

    Fi & Caj

    Yuran sentiasa ada tetapi berapa banyak jumlahnya?

    Kadar Faedah / APR
    daripada 3.99% p.a. sehingga 14.78% p.a. , depending on income and customer profile
    Fi Pemprosesan
    Tiada Yuran
    Duti Setem
    0.5% daripada jumlah keseluruhan
    Fi Penyelesaian Awal
    Tiada Yuran
    Penalti Bayaran Lewat
    1% daripada baki yang tertunggak

    Kelayakan

    Adakah anda layak memohon pinjaman peribadi?

    Pendapatan tahunan minimum
    RM36000
    Umur Maksimum
    21 tahun
    Umur Minimum
    60 tahun
    Kerakyatan Pemohon
    • Malaysians
    • Permanent Residents

    Soalan Lazim tentang Pinjaman Peribadi Alliance Bank CashFirst

    Informasi yang anda mungkin ingin ketahui

    Bagaimana Pinjaman Peribadi Alliance Bank CashFirst boleh membantu saya?

    Sekiranya anda buntu dengan masalah hutang kad kredit dan/atau pinjaman peribadi dengan institusi-institusi kewangan lain, anda boleh menggunakan CashFirst untuk menyatukan dan melangsaikan hutang-hutang tersebut. Dengan syarat, tujuan pembiayaan semula ini perlu dimaklumkan pada pihak bank.

    Selain itu, CashFirst juga boleh membantu anda memenuhi keperluan peribadi seperti pengubahsuaian rumah, pembelian kereta baharu, berkahwin atau memulakan perniagaan baharu – asalkan tujuan anda menepati jangkaan pihak bank.

    Berapa banyak boleh saya pinjam daripada pinjaman peribadi ini?

    Pinjaman Peribadi CashFirst menawarkan kadar faedah yang kompetitif dan rata, di samping tempoh bayaran balik yang fleksibel. Jumlah and tempoh maksimum pinjaman anda adalah tertakluk pada terma dan kelulusan oleh Alliance Bank.

    Sebagai contohnya, jika anda berumur 58 tahun pada saat aplikasi Pinjaman Peribadi CashFirst, anda hanya boleh meminjam selama 2 tahun sahaja kerana tempoh pembiayaan akan matang apabila anda mencapai umur kelayakan maksimum, iaitu 60 tahun.

    Adakah Alliance Bank menawarkan kadar faedah promosi?

    Untuk masa yang terhad sehingga 31 Disember 2018, pemohon yang memohon jumlah pinjaman bernilai RM5,000 ke RM150,000 akan memperoleh kadar istimewa ekslusif untuk tempoh pinjaman yang berikut:

    Tempoh (tahun) Kadar Faedah (p.a.)
    1 3.99%
    2 4.99% (untuk yang Bekerja Sendiri sahaja)
    1-3 5.99%

    Kadar faedah promosi ini tertakluk pada penilaian dan kelulusan oleh Alliance Bank, selepas mengambilkira profil pinjaman dan sejarah kredit anda. Sekiranya anda ingin memohon untuk tempoh lebih dari 3 tahun, anda akan dicaj kadar faedah antara 8.38% ke 14.78% p.a.

    Berapa segera boleh saya dapatkan wang pinjaman peribadi ini?

    Alliance Bank mengambil masa antara 2 ke 3 hari bekerja untuk memproses aplikasi pinjaman peribadi CashFirst anda, apabila semua dokumen telah lengkap dan diserahkan ke cawangan.

    Anda juga mungkin boleh mendapatkan kelulusan dan pembayaran pada hari yang sama di cawangan terpilih, sekiranya permohonan anda memenuhi kriteria Alliance Bank.

    Syarat “Same Day Cash” mudah sahaja: anda hanya perlu membawa boring aplikasi dengan dokumen sampingan untuk melakukan imbasan biometrik, dan pada masa yang sama, perlu mencetak penyata EPF anda di cawangan-cawangan Alliance Bank berikut:

    • Midvalley
    • Bandar Puteri Puchong
    • Subang Jaya (SS15)
    • Jalan Ipoh
    • Taman Connaught
    • Permas Jaya
    • Batu Pahat
    • Holiday Plaza
    • Air Itam
    • Butterworth
    • Sinsuran
    • Jalan Gaya
    • Laksamana
    • Taman Eng An
    • Puchong Jaya

    Anda juga boleh menyalurkan wang pinjaman peribadi CashFirst tersebut ke akaun bank anda yang lain tetapi tertakluk pada waktu pindahan dan caj IBG.

    Apakah fi dan caj yang perlu saya bayar?

    Pinjaman Peribadi CashFirst tidak mengenakan caj untuk pemprosesan dan penyelesaian awal. Untuk penyelesaian awal, anda perlu memberi 3-bulan notis bertulis atau kadar faedah kepada pihak bank.

    Anda hanya perlu membayar Duti Setem berjumlah 0.5% yang akan ditolak daripada jumlah pinjaman keseluruhan.

    Siapa yang layak memohon Pinjaman Peribadi CashFirst?

    Semua rakyat Malaysia dan penduduk tetap berumur antara 21 ke 60 tahun boleh memohon pinjaman peribadi ini. Pinjaman peribadi ini ialah tanpa sekuriti dan anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin.

    Berikut adalah dokumen yang anda perlu sediakan:

    Pekerja Bergaji

    • Salinan MyKad (depan and belakang)
    • Salinan Penyata Akaun Pengeluaran / Buku Simpanan (muka surat pertama)
    • Penyata gaji 3 bulan terkini
    • Penyata EPF 6 bulan; ATAU
    • Borang BE dengan resit pembayaran cukai terkini
    • Penyata komisyen 6 bulan terkini (untuk penerima komisyen)

    Bekerja Sendiri

    • Salinan MyKad (depan dan belakang)
    • Salinan Penyata Akaun Pengeluaran / Buku Simpanan (muka surat pertama)
    • Penyata gaji 6 bulan terkini ATAU penyata bank Syarikat
    • Penyata EPF 6 bulan terkini
    • Borang BE dengan resit pembayaran cukai terkini
    • Borang B dengan resit pembayaran cukai terkini

    Adakah saya layak untuk memohon pinjaman peribadi Alliance Bank sekiranya saya disenaraihitam?

    Bergantung pada sejarah kredit anda dengan institusi-institusi kewangan yang lain kerana informasi ini (seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan atau pinjaman kenderaan terkumpul) akan direkodkan dalam CCRIS / CTOS (ialah sistem yang mengumpul informasi kredit peminjam, bukan menyenaraihitamkan mereka).

    Misal kata anda mempunyai kedudukan kredit yang teruk disebabkan oleh pembayaran tidak tetap, jalan yang terbaik ialah anda patut membuang tabiat tersebut dan memastikan bayaran balik anda sentiasa tepat pada masanya.

    Alliance Bank akan lebih cenderung untuk meluluskan aplikasi pinjaman peribadi anda sekiranya anda mampu menguruskan kewangan peribadi, bukannya hutang, dengan cekap.

    Read More