Untuk tujuan apakah boleh saya guna pinjaman peribadi Citibank ini?
Mungkin anda ingin mengubahsuai rumah anda, membeli aset untuk pelaburan atau menaik taraf tahap akademik anda; apa-apa pun tujuan anda, Citibank boleh membantu anda memenuhi keperluan tersebut dengan pinjaman peribadi ini.
Pinjaman peribadi Citibank ini menawarkan kadar faedah rata di samping tempoh bayaran balik yang fleksibel dan margin pinjaman tinggi. Malah, anda tidak perlu menyediakan penjamin atau mencagar harta untuk mendapatkan wang pinjaman ini kerana ia boleh dimohon tanpa sekuriti.
Berapa banyak boleh saya pinjam daripada Citibank?
umlah minimum anda boleh pinjam daripada Citibank ialah RM5,000, manakala jumlah maksimum pinjaman ini dihadkan ke RM150,000. Untuk mendapatkan margin pinjaman yang tinggi sehingga 10x pendapatan bulanan anda, syaratnya anda perlu mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM5,000 ke atas.
Anda juga berpeluang untuk menikmati kadar faedah serendah 5.88% p.a. (bersamaan dengan kadar faedah berkesan sebanyak 10.9% p.a.) sepanjang tempoh pinjaman dan tempoh bayaran balik wang pinjaman sepanjang 5 tahun.
Apakah komitmen saya sepanjang tempoh pinjaman peribadi ini?
Anda perlu menjelaskan bayaran balik bulanan tepat pada masa dan jumlahnya bagi mengelakkan dikenakan caj penalti. Jadual bayaran balik pinjaman peribadi Citibank anda bermula pada hari pertama dalam setiap bulan.
Anda boleh melangsaikan pinjaman ini secara separa atau penuh sebelum tamat tempoh kontrak anda. Sekiranya anda melunaskan pinjaman ini sebelum tamat tempoh “lock-in” 2 tahun, anda akan dikenakan penalti sebanyak RM200 atau 3% daripada jumlah baki tertunggak, yang mana lagi tinggi.
Apakah syarat pinjaman peribadi Citibank dan siapakah yang layak memohon?
Kalau anda ingin meminjam sebanyak RM150,000 daripada Citibank, anda perlu menjadi pemegang akaun kad kredit Citibank atau akaun pinjaman seperti peribadi, perumahan dan kenderaan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun pada saat permohonan.
Individu berumur antara 21 ke 60 tahun adalah layak memohon pinjaman peribadi ini. Sekiranya anda pekerja bergaji, anda perlu menghasilkan pendapatan tahunan serendah RM48,000 seperti pendapatan bekerja sendiri; yang mana perniagaannya sudah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.
Dokumen apakah yang perlu saya sediakan untuk permohonan Pinjaman Peribadi Citibank?
Untuk memproses permohonon pinjaman peribadi ini, anda perlu menyediakan beberapa dokumen seperti yang berikut:
Pekerja Bergaji:
- Salinan MyKad (depan dan belakang)
- Penyata EPF terini; ATAU
- Penyata gaji 2-bulan terkini; DAN
Salah satu daripada dokumen yang berikut:
- Borang BE terkini dengan resit pembayaran cukai
- Penyata bank 3-bulan terkini
- Borang EA terkini (bertarikh 12-bulan terkini)
Bekerja Sendiri:
- Salinan MyKad (depan dan belakang)
- Sijil Pendaftaran Syarikat; DAN
- Borang B dengan resit pembayaran cukai terkini; ATAU
- Penyata bank 6-bulan terkini
Adakah saya layak untuk memohon pinjaman peribadi Citibank sekiranya saya disenaraihitam?
Bergantung pada sejarah kredit anda dengan institusi-institusi kewangan yang lain kerana informasi ini (seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan atau pinjaman kenderaan terkumpul) akan direkodkan dalam CCRIS / CTOS (ialah sistem yang mengumpul informasi kredit peminjam, bukan menyenaraihitamkan mereka).
Misal kata anda mempunyai kedudukan kredit yang teruk disebabkan oleh pembayaran tidak tetap, jalan yang terbaik ialah anda patut membuang tabiat tersebut dan memastikan bayaran balik anda sentiasa tepat pada masanya.
Citibank akan lebih cenderung untuk meluluskan aplikasi pinjaman peribadi anda sekiranya anda mampu menguruskan kewangan peribadi, bukannya hutang, dengan cekap.