Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kad Kredit AEON Terbaik

Dapatkan pulangan tunai serta-merta dan promosi eksklusif di cawangan AEON.

Papar Semua Kad Kredit
Paparan 11 hingga 11 daripada 11 hasil carian

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!

Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Kredit AEON

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas

Kad Islamik

Kad Islamik

Teroka kad kredit patuh Syariah yang mengamalkan pembiayaan beretika.

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Mampu Milik

Kad Mampu Milik

Dapatkan kad kredit dengan syarat permohonan mudah.

Gambaran Keseluruhan Kad Kredit AEON

Nikmati pulangan tunai yang menarik dan keistimewaan ahli dengan kad kredit AEON. Mohon secara dalam talian hari ini dan dapatkan akses segera kepada pelbagai manfaat serta promosi eksklusif AEON di semua cawangan di Malaysia.

Ciri-Ciri dan Manfaat Kad Kredit AEON

Kad kredit AEON menawarkan pelbagai ciri dan manfaat yang direka untuk kegunaan harian, termasuk mata ganjaran, pulangan tunai, kemudahan pelancongan serta keistimewaan eksklusif di rangkaian AEON.

Setiap perbelanjaan harian anda akan mengumpul AEON Points. Mata ganjaran ini boleh ditebus kepada tunai pada kadar 400 AEON Points bersamaan RM1. Perbelanjaan di AEON dan AEON BiG pula membolehkan anda mengumpul mata dengan lebih pantas, yang boleh ditukar kepada baucar beli-belah.

Bagi pemegang kad AEON BiG, mata ganjaran juga boleh ditukar terus kepada pulangan tunai untuk pembelian di AEON BiG di seluruh negara.
Pemegang kad kredit AEON menikmati 5% pulangan tunai setiap AEON Thank You Day dan AEON BiG Thank You Day, iaitu pada 20 dan 28 setiap bulan.

Selain itu, pulangan tunai turut ditawarkan untuk kategori perbelanjaan terpilih seperti petrol, pembelian dalam talian dan luar negara, utiliti serta transaksi tanpa sentuh atau payWave, tertakluk kepada terma dan syarat kad.
Pemegang AEON Platinum Visa dan AEON Platinum Mastercard menikmati akses tanpa had ke AEON Lounge di seluruh Semenanjung Malaysia.

Anda juga layak menerima rebat tiket wayang pada hari bekerja apabila membuat pembelian di pawagam terpilih dalam cawangan AEON dan pusat beli-belah tertentu.
Dengan kad kredit AEON terpilih, anda boleh menikmati sehingga enam kali akses percuma ke Plaza Premium Lounge di Malaysia setiap tahun kalendar. Setiap lawatan meliputi penggunaan lounge selama tiga jam sebelum penerbangan.

Kemasukan percuma tertakluk kepada perbelanjaan minimum RM500 dalam tempoh 30 hari sebelum atau selepas tarikh lawatan. Ahli keluarga dan rakan turut menikmati diskaun 20% apabila bayaran dibuat menggunakan kad kredit AEON.
Dengan hanya menggunakan kad kredit AEON untuk membeli tiket penerbangan, anda layak menerima perlindungan insurans pelancongan sehingga RM1 juta. Perlindungan ini biasanya meliputi kehilangan atau kelewatan bagasi, kelewatan penerbangan dan sambungan penerbangan terlepas.

Kad yang menawarkan manfaat ini termasuklah AEON Visa Gold dan AEON Mastercard Gold.
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, anda boleh menghubungi AEON Customer Service di 03 2719 9999. Anda juga boleh mengunjungi cawangan atau kaunter AEON Credit Service yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum.
Yuran tahunan biasanya dikecualikan untuk tahun pertama. Bagi tahun seterusnya, yuran boleh dikecualikan dengan memenuhi syarat perbelanjaan minimum atau bilangan transaksi tahunan yang ditetapkan.
AEON menawarkan pelan pindahan baki sehingga 36 bulan dengan kadar faedah yang lebih rendah. Anda boleh menggabungkan baki kad kredit lain ke dalam satu akaun AEON tanpa yuran pemprosesan atau penalti penyelesaian awal.
Pembelian bernilai tinggi boleh ditukar kepada pelan ansuran. Pilihan termasuk pelan ansuran 0% sehingga 36 bulan atau pelan Flexi Payment sehingga 18 bulan.

Penukaran tertakluk kepada jumlah minimum RM500 dan caj penyelesaian awal akan dikenakan jika bayaran dibuat sebelum tempoh tamat.

Kad Kredit AEON Terbaik Mengikut Kategori

Berikut adalah kad kredit AEON Bank tiga teratas dengan manfaat menarik bagi membantu anda membuat keputusan bijak dalam memilih kad kredit.

Kad Kredit AEON Terbaik untuk Petrol

Nikmati ganjaran untuk perbelanjaan harian anda, daripada beli barangan runcit dan isi minyak sehinggalah transaksi luar negara dan dalam talian.

Dengan pulangan tunai, mata ganjaran dan diskaun menarik, kad ini menawarkan nilai yang menyeluruh untuk kegunaan seharian.

AEON BiG Visa Gold
AEON BiG Visa Gold

Gaji Min.

RM 36,000

Yuran Tahunan

RM 95

Kad Kredit AEON Terbaik untuk Pulangan Tunai dan Mata Ganjaran

Dapatkan 5% pulangan tunai setiap bulan di AEON dan AEON BiG, serta sehingga 4x AEON Points dengan kad Platinum Mastercard.

Anda juga menikmati sehingga 6 kali akses percuma ke Plaza Premium Lounge terpilih dan rebat tiket wayang sehingga RM14.

Kad Kredit AEON Member Plus (AMP) Mastercard Platinum
Kad Kredit AEON Member Plus (AMP) Mastercard Platinum

Gaji Min.

RM 60,000

Yuran Tahunan

RM 200

Kad Kredit AEON Terbaik untuk Beli-belah di AEON

AEON Mastercard Gold ialah kad kegunaan harian yang menawarkan tawaran eksklusif di rangkaian AEON seluruh negara.

Nikmati fleksibiliti dalam pembayaran, diskaun yang lebih tinggi, keistimewaan ahli serta peluang mengumpul AEON Points dan pulangan tunai yang menarik.

Kad Kredit AEON Member Plus (AMP) Mastercard Gold
Kad Kredit AEON Member Plus (AMP) Mastercard Gold

Gaji Min.

RM 36,000

Yuran Tahunan

RM 95

Soalan-soalan Lazim Berkaitan Kad Kredit AEON di Malaysia

Berikut adalah soalan-soalan lazim berkaitan kad kredit bagi membantu anda memahami kad kredit dengan lebih baik.

Walaupun AEON tidak nyatakan tempoh rasmi untuk kad kredit, proses penilaian biasanya mengambil beberapa hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima. Ini kerana AEON akan menyemak dokumen, pendapatan dan sejarah kredit anda sebelum membuat keputusan. Pastikan semua dokumen lengkap untuk mempercepatkan proses.
Untuk permohonan kad kredit AEON, biasanya dokumen yang perlu disediakan termasuk salinan MyKad (depan & belakang), penyata KWSP terkini atau slip gaji 3 bulan terkini, serta penyata bank 3 bulan terkini yang menunjukkan kemasukan gaji. Pemohon yang bekerja sendiri pula perlu sediakan dokumen perniagaan seperti sijil pendaftaran syarikat dan penyata bank syarikat 6 bulan terkini. AEON juga mungkin meminta permit kerja yang sah bagi bukan warganegara.
Yuran tahunan biasanya percuma untuk tahun pertama. Untuk tahun berikutnya, yuran boleh dikecualikan jika anda memenuhi syarat minimum seperti jumlah transaksi tertentu dalam setahun, bergantung pada jenis kad.
Beberapa kad kredit AEON seperti AEON Platinum memberikan akses percuma ke Plaza Premium Lounge serta perlindungan insurans perjalanan apabila anda menggunakan kad tersebut untuk pembelian tiket perjalanan, tertakluk kepada syarat perbelanjaan minimum.
Ya. Kad kredit AEON menawarkan pelan ansuran seperti 0% instalment plan dan Flexi Payment Plan serta pelan pemindahan baki untuk memindahkan baki dari kad lain pada kadar faedah yang kompetitif.
Untuk kebanyakan kad, pemohon perlu memenuhi syarat seperti pendapatan minimum tahunan yang ditetapkan (bermula daripada kira-kira RM24,000 hingga RM60,000 bergantung pada jenis kad) dan umur minima 21 tahun untuk kad utama serta 18 tahun untuk kad tambahan.

Senarai Halaman Kad Lain

Belum jumpa kad yang anda cari? Lihat pilihan daripada bank lain!

Kad Kredit Pulangan Tunai

Dapatkan pulangan tunai untuk minyak petrol, barangan runcit dan perbelanjaan harian anda.

Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan

Bandingkan kad kredit tanpa yuran tahunan dan nikmati penjimatan setiap tahun.

Kad Kredit Pelancongan

Nikmati mata ganjaran, akses lounge lapangan terbang dan manfaat eksklusif untuk pelancongan.

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak