Pinjaman Peribadi Gaji Rendah Terbaik
Cari pinjaman sesuai dengan tahap pendapatan anda dan dapatkan cadangan dengan mudah.
Kelulusan Segera!GX FlexiCredit
- Pembayaran bulanan
- RM 448.17
- Kadar faedah dari
- 3.78% p.a.
- Tempoh Pinjaman
- 2 tahun
- Pendapatan Minimum:
- RM 1,500
- Pinjaman Maksimum:
- RM 150,000

Kelulusan PantasPembiayaan Peribadi AEON i-Cash
- Pembayaran bulanan
- RM 482.67
- Kadar keuntungan dari
- 7.92% p.a.
- Tempoh Pembiayaan
- 2 tahun
- Pendapatan Minimum:
- RM 1,500
- Pembiayaan Maksimum:
- RM 100,000

Permohonan tanpa rumitPinjaman Peribadi Adacash
- Pembayaran bulanan
- RM 1,816.67
- Kadar faedah dari
- 18.00% p.a.
- Tempoh Pinjaman
- 0.5 tahun
- Pendapatan Minimum:
- RM 1,000
- Pinjaman Maksimum:
- RM 5,000

Pinjaman Segera Sehingga RM10kTambadana Short Term Loan
- Pembayaran bulanan
- RM 983.33
- Kadar faedah dari
- 18.00% p.a.
- Tempoh Pinjaman
- 1 tahun
- Pendapatan Minimum:
- RM 1,500
- Pinjaman Maksimum:
- RM 10,000

Berkelulusan SegeraPembiayaan Peribadi JCL i-Fund
- Pembayaran bulanan
- RM 566.67
- Kadar keuntungan dari
- 18.00% p.a.
- Tempoh Pembiayaan
- 2 tahun
- Pendapatan Minimum:
- RM 1,000
- Pembiayaan Maksimum:
- RM 50,000

Pinjaman Segera MikroPinjaman Peribadi Emicro
- Pembayaran bulanan
- RM 566.67
- Kadar faedah dari
- 18.00% p.a.
- Tempoh Pinjaman
- 2 tahun
- Pendapatan Minimum:
- RM 1,500
- Pinjaman Maksimum:
- RM 10,000

Kelulusan Segera!Pinjaman Peribadi instaDuit
- Pembayaran bulanan
- RM 566.67
- Kadar faedah dari
- 18.00% p.a.
- Tempoh Pinjaman
- 2 tahun
- Pendapatan Minimum:
- RM 1,500
- Pinjaman Maksimum:
- RM 10,000

Margin Pembiayaan Yang TinggiPinjaman ASB RHB
- Pembayaran bulanan
- RM 455.00
- Kadar faedah dari
- 4.60% p.a.
- Tempoh Pinjaman
- 2 tahun
- Pendapatan Minimum:
- RM 1,000
- Pinjaman Maksimum:
- RM 200,000

Untuk pesara kerajaanPembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat Pesara
- Pembayaran bulanan
- RM 481.67
- Kadar keuntungan dari
- 7.80% p.a.
- Tempoh Pembiayaan
- 2 tahun
- Pendapatan Minimum:
- RM 800
- Pembiayaan Maksimum:
- RM 100,000

Sukar buat keputusan untuk memilih pinjaman peribadi?
Biar kami bantu anda!
Cari pilihan pinjaman lain yang sesuai dengan anda
Semak kelayakan anda dan kadar faedah sebelum memohon
Bimbingan buat anda sepanjang proses permohonan

Cari Pinjaman Peribadi Mengikut Ciri Khas



Pinjaman Peribadi Untuk Individu Gaji Rendah Di Malaysia
Jumlah pendapatan minimum di Malaysia setakat tahun 2026 kini berada pada paras RM1,700 sebulan, tetapi ia masih dianggap rendah terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Malah faktor ekonomi serta masalah kecemasan yang lain membuatkan seseorang itu mempunyai kekangan dalam kewangan.
Mungkin anda terfikir, boleh ke mereka yang bergaji rendah memohon pinjaman peribadi dari bank? Jangan bimbang, anda masih layak untuk memohon pinjaman walaupun memiliki gaji bulanan yang rendah.
Bagi memudahkan anda membuat perbandingan, kami di RinggitPlus sedia membantu anda dengan menyenaraikan 5 pilihan pinjaman peribadi sesuai untuk individu bergaji rendah:

Pembiayaan Peribadi AEON i-Cash

Tambadana Short Term Loan

Pinjaman Peribadi Emicro

Pinjaman Peribadi instaDuit
Bagaimana Cara Untuk Meningkatkan Kadar Kelulusan Bagi Pinjaman Peribadi Gaji Rendah Ini?
Anda perlu tunjukkan kepada bank bahawa anda boleh dipercayai dengan cara menyediakan dokumen asal yang diperlukan terutamanya alamat dan komitmen bulanan seperti bil elektrik dan air atau bil telefon.
Selain itu, anda juga perlu ambil perhatian bahawa sesetengah pembiayaan peribadi memerlukan anda untuk mengambil pelan Takaful sekiranya mengalami kejadian yang tidak diingini sehingga mengakibatkan anda tidak dapat membayar balik pembiayaan yang diambil.
Pada masa yang sama, latar belakang kredit atau kewangan anda juga memainkan peranan yang sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi peluang untuk pinjaman anda diluluskan. Jadi kami cadangkan anda untuk membuat semakan latar belakang kredit sebagai langkah pertama dan ia boleh dilakukan dalam talian seperti di Experian.
Untuk lebih lanjut, boleh juga berunding dengan pihak bank pilihan anda sebelum membuat keputusan dalam memohon sebarang pinjaman peribadi untuk individu bergaji rendah.
Macam Mana Cara Nak Mohon Pinjaman Peribadi Untuk Individu Bergaji Rendah Di Malaysia?
Pinjaman peribadi gaji rendah ini boleh dimohon dengan berkunjung ke mana-mana cawangan bank bergantung kepada pilihan pinjaman peribadi yang ingin diambil.
Untuk lebih mudah, anda juga boleh membuat permohonan secara dalam talian tanpa perlu keluar rumah dan lebih menjimatkan masa!
Nak tahu cara yang lebih mudah? Mohon sahaja melalui RinggitPlus. Dalam tempoh kurang dari 10 minit, anda boleh menyelesaikan semua proses di mana-mana sahaja anda berada. Semuanya di hujung jari!

Mulakan proses permohonan dengan menyemak senarai lengkap pinjaman peribadi di RinggitPlus

Semak terlebih dahulu sama ada layak atau tidak untuk memohon pinjaman peribadi bagi individu bergaji rendah

Jawab beberapa soalan di chatbot WhatsApp kami untuk mohon pinjaman peribadi bergaji rendah pilihan anda - tersedia 24/7
Macam Mana Cara Untuk Pilih Pinjaman Peribadi Terbaik Untuk Individu Gaji Rendah?
Untuk anda yang memiliki gaji rendah, kami faham mungkin anda risau sekiranya tidak mampu untuk membayar balik pinjaman peribadi yang dimohon. Jangan bimbang, ada caranya untuk memilih pinjaman peribadi terbaik mengikut situasi kewangan anda.
Jom kami kongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda dalam membuat carian dan perbandingan sebelum memulakan permohonan pinjaman peribadi yang sesuai untuk individu bergaji rendah.
Semak Kadar Faedah
Setiap pinjaman peribadi akan mengenakan kadar faedah atau kadar keuntungan yang telah ditetapkan oleh pihak bank terhadap peminjam tanpa mengira jumlah pinjaman.
Bandingkan Tempoh Pinjaman
Sesetengah pinjaman peribadi untuk golongan berpendapatan rendah yang menawarkan kadar faedah rendah hanya tersedia untuk tempoh pinjaman yang singkat bagi pembayaran balik. Situasi ini mungkin tidak sesuai untuk beberapa golongan kerana perlu melunaskan pembayaran dalam waktu yang singkat.
Guna Kalkulator Pinjaman Peribadi
Jika anda masih ragu-ragu tentang kemampuan kewangan anda dalam membayar semula pinjaman peribadi yang mahu dimohon, boleh cuba menggunakan Kalkulator Pinjaman Peribadi yang disediakan di RinggitPlus.
Pinjaman Peribadi Gaji Rendah Yang Mana Sesuai Untuk Saya?
Pilihan pinjaman peribadi ini bergantung kepada keperluan anda. Berikut kami senaraikan beberapa pinjaman peribadi gaji rendah yang bersesuaian mengikut situasi kewangan masing-masing.
Bayar Deposit Rumah
Farhana mahu membeli rumah sebagai aset pertamanya dalam mengumpul harta. Namun dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar 10% deposit rumah bernilai RM 25,000. Jadi dia membuat Pembiayaan Peribadi AEON i-CASH selama 2 tahun dengan kadar faedah paling rendah iaitu 7.92% setahun.

Kadar Keuntungan
dari
7.92% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 100,000
Beli Perabot Baharu
Sarah mahu mencapai impiannya untuk membeli perabot baharu yang sedang viral di media sosial. Oleh kerana harganya yang agak mahal, Sarah mengambil keputusan untuk membuat Pinjaman Jangka Pendek Tambadana berjumlah RM 6,000 selama satu tahun dengan kadar faedah 18% setahun.

Kadar Faedah
dari
18.00% p.a.
Pinjaman Maksimum
RM 10,000
Kos Majlis Perkahwinan
Bella ingin melangsungkan perkahwinan dan terpaksa menggunakan wang simpanannya untuk hal kecemasan. Ia menyebabkan dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar kelengkapan vendor. Bagi memudahkan urusan, dia membuat Pinjaman Peribadi Emicro berjumlah RM 3,000 selama 6 bulan dengan kadar faedah 18% setahun.

Kadar Faedah
dari
18.00% p.a.
Pinjaman Maksimum
RM 10,000
Mulakan Perniagaan
Danial mahu membuka gerai menjual Nasi Ayam berdekatan rumahnya dan memerlukan modal untuk membeli kelengkapan seperti khemah, kerusi, meja, barangan memasak, perkakasan dapur dan sebagainya. Jadi, dia bertindak permohonan Pembiayaan Peribadi instaDuit bernilai RM 5,000 untuk tempoh 2 tahun dengan kadar faedah 18% setahun.

Kadar Faedah
dari
18.00% p.a.
Pinjaman Maksimum
RM 10,000
Jenis Pinjaman Peribadi Yang Ditawarkan Untuk Individu Bergaji Rendah
Bagi membantu mengurangkan beban kewangan kepada anda yang bergaji rendah, beberapa bank menawarkan pelbagai jenis pinjaman peribadi sama ada untuk pekerja kerajaan atau pekerja swasta seperti berikut:
Pinjaman Peribadi Untuk Pekerja Swasta
| Gaji Bulanan | Syarikat Bank/ Kewangan | Pembiayaan/ Pinjaman Peribadi |
| RM 1,000 | Adacash |
Pinjaman Peribadi Adacash |
| RM 1,500 |
Tambadana AEON Emicro instaDuit |
Pinjaman Jangka Pendek Tambadana Pembiayaan Peribadi AEON i-CASH Pinjaman Peribadi Emicro Pinjaman Peribadi instaDuit |
| RM 2,000 |
RHB Hong Leong Bank |
Pembiayaan Peribadi RHB Pembiayaan Peribadi-i Hong Leong |
Pinjaman Peribadi Untuk Penjawat Awam / Kakitangan GLC
| Gaji Bulanan | Syarikat Bank/ Kewangan | Pembiayaan/ Pinjaman Peribadi |
| RM 800 | Bank Rakyat | Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat Untuk Pesara |
| RM 1,600 | Bank Rakyat | Pembiayaan Peribadi-i Public Bank Rakyat |
| RM 1,500 |
AmBank Affin Islamic Bank Yayasan Ihsan Rakyat Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad |
Pembiayaan Peribadi-i AmBank Pembiayaan Peribadi-i Affin Islamic Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad |
Soalan-soalan Lazim Berkaitan Pinjaman Peribadi Gaji Rendah di Malaysia
Bagi anda yang masih buntu dan keliru tentang pinjaman peribadi bergaji rendah, berikut adalah soalan-soalan lazim yang diharapkan boleh membantu anda untuk memahami dengan lebih baik.
Berapa Umur Yang Layak Untuk Mohon Pinjaman Peribadi Gaji Rendah?
Had umur permohonan bagi pinjaman peribadi bergantung kepada institusi kewangan. Namun kebanyakan bank meletakkan 21 tahun sebagai umur minimum untuk memohon.
Berapa Pendapatan Minimum Untuk Mohon Pinjaman Peribadi Bergaji Rendah Ini?
Jumlah pendapatan minimum itu bergantung kepada syarat kelayakan yang ditetapkan oleh bank atau sesebuah institusi kewangan. Berdasarkan penilaian kami, gaji minimum yang ditawarkan oleh sesetengah pemberi pinjaman adalah serendah RM 800.
Berapa Jumlah Maksimum Pinjaman Peribadi Yang Boleh Saya Mohon?
Jumlah maksimum yang untuk mohon pinjaman peribadi boleh mencecah sehingga RM 300,000. Namun, jumlah pinjaman peribadi yang anda akan dapat bergantung kepada gaji bulanan dan laporan kredit. Senang kata, pihak bank sendiri yang akan menentukan jumlah maksimum bagi pinjaman anda.
Macam Mana Jika Saya Gagal Bayar Pinjaman Tepat Pada Waktu?
Yuran Pembayaran Lewat akan dikenakan ke atas tunggakan baki.
Apa Dokumen Untuk Mohon Pinjaman Peribadi Untuk Gaji Rendah?
Pekerja Bergaji:
• Salinan IC (depan dan belakang)
• Slip gaji 3 atau 6 bulan terkini (bergantung pada bank)
• Penyata EPF 3 atau 6 bulan terkini (bergantung pada bank)
• Borang BE terkini dengan resit rasmi pembayaran cukai
• Borang EA terkini
Bekerja Sendiri:
• Salinan IC (depan dan belakang)
• Sijil Pendaftaran Perniagaan
• Penyata bank syarikat 3 atau 6 bulan terkini (bergantung pada bank)
• Borang BE terkini dengan resit rasmi pembayaran cukai
• Penyata komisen 6 bulan terkini dan penyata bank (untuk pekerja berdasarkan komisen)
Adakah Warga Asing Boleh Memohon Pinjaman Peribadi Gaji Rendah Di Malaysia?
Kebanyakan pihak tidak membenarkan warga asing untuk memohon pinjaman peribadi. Namun, mereka dialu-alukan untuk memohon pinjaman rumah dan pinjaman kereta di Malaysia, tetapi bergantung juga kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.
Adakah Saya Boleh Mohon Pinjaman Jika Telah Disenarai Hitam?
Bergantung kepada sejarah kredit dengan institusi kewangan yang lain kerana semua maklumat seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, hutang pinjaman kereta dikumpul dalam CCRIS atau CTOS
iaitu sistem yang mengumpulkan informasi mengenai kredit peminjam.
Sesetengah bank mungkin boleh meluluskan pinjaman jika anda boleh membuktikan bahawa anda mampu untuk menguruskan kewangan peribadi daripada mengumpul lebih banyak hutang.
Bagaimana Untuk Semak Laporan CCRIS?
Laporan CCRIS boleh disemak secara dalam talian melalui portal eCCRIS dan pengguna kali pertama perlu mendaftar terlebih dahulu.
Selain portal eCCRIS, laporan CCRIS anda boleh didapatkan melalui agensi seperti Experian atau boleh berkunjung ke mana-mana cawangan AKPK.
Apakah Dokumen Pendapatan Alternatif Yang Diterima Oleh Bank?
Bank biasanya menerima penyata bank, penyata KWSP, atau Borang Cukai Tahunan sebagai bukti pendapatan alternatif sekiranya gaji bulanan anda rendah atau tidak tetap.
Apakah Pinjaman Peribadi Yang Sesuai Untuk Pekerja Swasta Bergaji Rendah?
Pinjaman peribadi yang sesuai untuk pekerja swasta bergaji rendah adalah yang ditawarkan oleh bank dengan syarat pendapatan minimum yang rendah iaitu sekitar RM1,500 hingga RM2,000) atau pembiayaan dari institusi kewangan berlesen seperti AEON Credit yang mempunyai syarat kelulusan yang lebih mudah.
Namun perlu diingatkan bahawa pilihan kedua selalunya datang dengan kadar faedah yang lebih tinggi.
Apakah Pinjaman Peribadi Yang Sesuai Untuk Pekerja Swasta Bergaji RM1,500?
Antara pinjaman peribadi yang sesuai untuk pekerja swasta dengan gaji RM1,500 sebulan ialah GX Flexi Credit, Pembiayaan Peribadi AEON i-Cashi
dan Pinjaman Peribadi instaDuit.
Berapa Gaji Yang Dikira Sebagai "Gaji Rendah" di Malaysia?
Kategori pendapatan di Malaysia 2026 dibahagikan kepada tiga kumpulan - B40 (gaji rendah) untuk pendapatan RM800 hingga RM2,500 sebulan, M40 (gaji sederhana) untuk RM2,501 hingga RM5,000 sebulan, dan T20 (gaji tinggi) untuk RM5,001 ke atas.
Adakah Pinjaman Peribadi Untuk Gaji Rendah Boleh Didapati Tanpa Slip Gaji?
Beberapa pemberi pinjaman berlesen seperti Tambadana dan Adacash menerima dokumen alternatif sebagai bukti pendapatan termasuk penyata bank 3 bulan, penyata KWSP, atau Borang BE. Ini menjadikan pinjaman peribadi lebih mudah diakses oleh pekerja tidak formal, pekerja sambilan, atau mereka yang baru memulakan pekerjaan. Tetapi pihak bank berlesen masih memerlukan slip gaji rasmi untuk memproses permohonan pinjaman peribadi.
Adakah Pinjaman Peribadi Gaji Rendah Memerlukan Penjamin?
Kebanyakan pinjaman peribadi untuk individu bergaji rendah dari bank dan IKS tidak memerlukan penjamin
. Namun jika rekod kredit CCRIS anda mempunyai tunggakan aktif, sesetengah bank mungkin akan meminta penjamin sebagai syarat tambahan
untuk meluluskan pinjaman peribadi anda.
Pinjaman Peribadi Yang Mana Satu Saya Patut Mohon?
Daripada pinjaman peribadi untuk pekerja bergaji rendah sehingga pinjaman peribadi jenis Shariah, terdapat pelbagai jenis pinjaman yang boleh dimohon mengikut kemampuan masing-masing.
Bagi anda yang masih buntu dan tak tahu pinjaman peribadi mana yang lebih sesuai mengikut keperluan, kami di RinggitPlus boleh membantu anda dengan menyenaraikan beberapa pilihan lain yang mungkin boleh memudahkan urusan pilihan anda.
Pinjaman Peribadi Berkelulusan Segera
Nikmati wang pinjaman dalam tempoh yang pantas di mana permohonan anda dapat diluluskan dengan segera oleh pihak bank atau institusi kewangan.
Pinjaman Peribadi Dengan Kadar Faedah Rendah
Sesuai bagi mereka yang mahu mengurangkan komitmen dengan cara memohon pinjaman yang menawarkan kadar faedah yang rendah dalam bayaran bulanan.
Mitos Tentang Pinjaman Gaji Rendah Yang Ramai Terpedaya
Ramai individu yang bergaji rendah rasa seperti mereka tiada pilihan yang banyak jika mahu membuat permohonan pinjaman peribadi. Tapi sebenarnya banyak salah faham yang buat anda rugi beribu ringgit. Jom kita betulkan:
Mitos 1: "Gaji Rendah Takkan Dapat Pinjaman Peribadi Dari Bank"
Ini silap besar! AEON i-Cash dan GX FlexiCredit terima gaji serendah RM1,500 dengan kadar 7.92% dan 3.78%, jauh lebih murah daripada pemberi pinjaman berlesen yang mengenakan kadar faedah 18%.
Mitos 2: "Pemberi Pinjaman Berlesen Lebih Senang"
Senang lulus tetapi susah bayar. Pinjam RM5,000 daripada Tambadana (18%) anda bayar RM1,800 tambahan untuk faedah, tetapi kalau ambil pinjaman peribadi dari AEON (7.92%) faedah cuma RM792 - jimat RM1,008 kalau boleh tunggu untuk mendapatkan kelulusan dalam tempoh 2 hingga 3 hari.
Mitos 3: "Tidak Mengapa, Pinjam Jumlah Yang Sikit Sahaja"
Jumlah kecil tetapi kalau kadar 18%, tetap mahal! Pinjam RM2,000 dengan 18% selama 1 tahun, faedah RM360 itu sudah boleh beli barangan dapur 2 bulan untuk keluarga. Kalau gaji anda RM1,500, RM360 tu bermakna anda bekerja 7 hari penuh sebulan HANYA untuk bayar faedah - bukan bayar balik pinjaman, tetapi bayar faedah sahaja.
Dengar Apa Kata Pengguna Kami
Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak
