Kalkulator Penyatuan Hutang
Ketahui cara penyatuan hutang berfungsi dan manfaatnya.
Dapatkan pelan penyatuan hutang peribadi
Bayar kurang setiap bulan dengan kadar faedah yang rendah
Kawal semula kewangan anda
Berapa banyak wang dapat dijimatkan jika saya satukan hutang-hutang saya?
BulananRM 2,000
Faedah12.45% p.a.

Adakah saya perlu menyatukan hutang saya?
Cuba kalkulator penyatuan hutang kami untuk mengetahuinya!
Sukar buat keputusan untuk memilih pinjaman peribadi?
Biar kami bantu anda!
Cari pilihan pinjaman lain yang sesuai dengan anda
Semak kelayakan anda dan kadar faedah sebelum memohon
Bimbingan buat anda sepanjang proses permohonan

Bagaimana Penyatuan Hutang Berfungsi?
Penyatuan hutang merupakan proses yang memudahkan mereka yang mempunyai baki hutang tertunggak seperti hutang pinjaman peribadi serta kad kredit dan ia perlu dibayar pada jumlah dan waktu yang berbeza kepada pihak yang berlainan.
Bagaimana penyatuan hutang ini boleh menjadi ‘hero’ yang menyelamatkan anda adalah dengan anda mengumpulkan semua tunggakan hutang kepada satu pinjaman atau pelan pembayaran baharu.
Kemudian, gunakan wang pinjaman tersebut untuk bayar segala tunggakan hutang anda yang berbeza itu. Jadi sekarang, komitmen kewangan sebelum ini sudah selesai dan anda kini hanya perlu fokus untuk membayar satu pinjaman sahaja dengan melakukan penjimatan dari segi pembayaran kadar faedah dan jumlah bayaran bulanan!
Bila Saya Patut Pertimbangkan Untuk Ambil Pinjaman Penyatuan Hutang?
Apabila bercakap bab hutang, mesti ramai yang menggaru kepala dan runsing memikirkan cara untuk menyelesaikannya secepat mungkin.
Sesetengah individu pula beranggapan bahawa mereka masih mampu untuk membayar segala pinjaman dan baki tunggakan setiap bulan tetapi hujung bulan terpaksa ‘ikat perut’.
Tetapi kalau ada cara yang lebih mudah dan menyenangkan iaitu dengan melakukan penyatuan hutang – apa salahnya kan? Penyatuan hutang sebenarnya boleh menjimatkan wang anda untuk tempoh masa panjang dan membuat banyak manfaat yang dapat membantu anda menguruskan wang dengan lebih efisien.
Nak tahu bila masa yang sesuai untuk anda mempertimbangkan untuk mengambil pinjaman penyatuan hutang? Berikut adalah salah satunya:

Pelbagai komitmen seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan tunggakan kad kredit yang perlu dibayar setiap bulan memerlukan anda untuk membuat pembahagian yang agak banyak setiap kali selepas mendapat gaji.

Kadar faedah yang tinggi boleh membebankan anda dari segi kewangan lebih-lebih lagi jika mempunyai beberapa bayaran balik yang perlu dilakukan dan hanya mampu untuk membuat bayaran minimum sahaja setiap bulan.

Mereka yang memiliki skor kredit yang baik lebih berpeluang untuk mendapat kelulusan pinjaman penyatuan hutang dan layak untuk menerima kadar faedah yang lebih rendah.

Bagi mereka yang mahu bebas hutang, penyatuan hutang adalah salah satu cara terbaik untuk membayar semula segala pinjaman dan baki tunggakan secara teratur.
Apakah istilah dalam penyatuan hutang yang anda perlu fahami?
Bagi anda yang masih belum mahir dan memahami sepenuhnya tentang penyatuan hutang, terdapat beberapa istilah yang anda perlu fahami. Bila anda lebih memahami konteks yang disampaikan, ia lebih memudahkan anda untuk membuat pemilihan pinjaman peribadi.
Berikut adalah beberapa istilah dalam penyatuan hutang yang perlu diambil tahu:
Apakah jenis hutang yang boleh disatukan dalam satu pembayaran ansuran?
Selepas membuat pembacaan di atas, pastinya anda sudah tahu tentang beberapa maklumat asas mengenai penyatuan hutang. Tetapi anda perlu ambil perhatian bahawa penyatuan hutang ini hanya terhad kepada beberapa jenis hutang sahaja.
Pinjaman Yang Boleh Disatukan
Pinjaman Tidak Bercagar
Pinjaman Tidak Bercagar yang tidak memerlukan sebarang cagaran atau deposit dan penjamin seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi, bil perubatan, bil utiliti dan pinjaman pendidikan swasta boleh disatukan di bawah satu pembiayaan baharu.
Pinjaman Yang Tidak Boleh Disatukan
Pinjaman Bercagar
Kebiasaannya pinjaman bercagar seperti pinjaman kereta dan pinjaman perumahan tidak boleh disatukan kerana mempunyai sokongan dari segi cagaran atau penjamin. Selain itu, hutang melibatkan cukai atau pihak mahkamah juga tidak dapat disatukan dalam satu pembayaran ansuran baharu dan mungkin memerlukan rundingan atau pelan pembayaran semula yang berbeza.
Pinjaman Peribadi Yang Mana Sesuai Untuk Penyatuan Hutang?
Pilihan pinjaman peribadi ini bergantung kepada keperluan anda. Berikut kami senaraikan beberapa pinjaman peribadi yang membolehkan anda melakukan penyatuan hutang.
Miliki 3 Tunggakan Baki Kad Kredit Berbeza
Shahira mempunyai 3 kad kredit dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan berbeza. Namun dia kini sudah mula terbeban untuk membayar kesemua baki tunggakan dengan kadar faedah yang tinggi kerana kerap membuat pembayaran lewat setiap bulan. Jadi, dia bertindak mengambil Pinjaman Peribadi Alliance Bank CashFirst berjumlah RM 25,000 selama 4 tahun untuk menyatukan hutang-hutangnya dengan kadar faedah baharu iaitu serendah 9.99% setahun.

Kadar Faedah
dari
4.99% p.a.
Pinjaman Maksimum
RM 200,000
Lunaskan Pinjaman Peribadi Yang Berbeza
Zarith mula bimbang dengan tunggakan bayaran bulanan bagi 3 pinjaman peribadinya dan mengambil keputusan menyatukan kesemua hutang-hutangnya itu di bawah Pembiayaan Peribadi-i Al Rajhi. Pembiayaan berjumlah RM 20,000 itu dibuat bagi tempoh 8 tahun dengan kadar keuntungan 5.77% setahun.

Kadar Keuntungan
dari
5.27% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 250,000
Kos Rawatan Perubatan
Sofia perlu membayar ubat-ubatan bapanya berjumlah RM 200 setiap bulan menggunakan kad kredit dari Bank A dan baru sahaja mengambil pinjaman peribadi bernilai RM 12,000 untuk menanggung kos pembedahan bapanya. Oleh itu, Sofia bertindak membuat Pembiayaan Peribadi-i Alliance Bank CashVantage berjumlah RM 13,000 bagi tempoh 6 tahun dengan kadar faedah 11.18% setahun untuk menyatukan kesemua hutang-hutangnya.

Kadar Keuntungan
dari
4.99% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 200,000
Soalan-soalan Lazim Berkaitan Pinjaman Peribadi di Malaysia
Bagi anda yang masih buntu dan keliru tentang pinjaman peribadi, berikut adalah soalan-soalan lazim yang diharapkan boleh membantu anda untuk memahami dengan lebih baik.
Malah jumlah bayaran bulanan juga akan berkurang kerana tempoh pembayaran balik yang lebih lama. Jadi, anda mempunyai baki simpanan yang lebih tinggi pada bulan tersebut dengan memanfaatkan kemudahan penyatuan hutang ini.
Sesetengah bank mungkin boleh meluluskan pinjaman jika anda boleh membuktikan bahawa anda mampu untuk menguruskan kewangan peribadi daripada mengumpul lebih banyak hutang.
Pinjaman Peribadi Yang Mana Satu Saya Patut Mohon?
Daripada pinjaman peribadi untuk pekerja bergaji rendah sehingga pinjaman peribadi jenis Shariah, terdapat pelbagai jenis pinjaman yang boleh dimohon mengikut kelayakan masing-masing.
Bagi anda yang masih buntu dan tidak tahu pinjaman peribadi mana yang lebih sesuai mengikut keperluan, kami di RinggitPlus boleh membantu anda dengan menyenaraikan beberapa pilihan lain yang mungkin boleh memudahkan urusan pilihan anda.
Pinjaman Peribadi Berkelulusan Segera
Nikmati wang pinjaman dalam tempoh yang pantas di mana permohonan anda dapat diluluskan dengan segera oleh pihak bank atau institusi kewangan.
Pinjaman Peribadi Untuk Individu Bergaji Rendah
Pilihan terbaik untuk mereka yang berpendapatan rendah dan memerlukan kewangan tambahan untuk menguruskan kehidupan seharian.
Pinjaman Peribadi Dengan Kadar Faedah Rendah
Sesuai bagi mereka yang mahu mengurangkan komitmen dengan cara memohon pinjaman yang menawarkan kadar faedah yang rendah dalam bayaran bulanan.
Ingin belajar lebih lanjut tentang pinjaman?
Kami boleh bantu anda.
Kami ada alat, panduan, dan pelbagai lagi untuk bantu anda mencari pinjaman bersesuaian




