Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Tentang RinggitPlus.com

Kami adalah hero kewangan peribadi anda!

RinggitPlus.com ialah laman web perbandingan kewangan terkemuka di Malaysia. Setiap hari, kami membantu anda mendapatkan lebih nilai untuk wang anda – sama ada anda memohon kad kredit, pinjaman peribadi, pelan insurans, pinjaman perumahan untuk rumah impian anda, dan banyak lagi.

Pasukan RinggitPlus adalah rujukan utama anda untuk mendapatkan maklumat yang telus tentang segala yang anda perlukan bagi membuat keputusan yang bijak dan menjimatkan wang untuk produk serta perkhidmatan yang anda gunakan setiap hari.

Kami memudahkan anda mencari pilihan yang tepat mengikut keperluan anda, serta menerangkan terma dan syarat dengan bahasa yang mudah difahami.

Mahu lebih lagi? Ketahui tentang produk kewangan terbaik serta dapatkan tips dan panduan untuk memaksimumkan manfaat dari produk anda. Blog RinggitPlus serba lengkap dengan segala info untuk membantu anda 'Duit The Easy Way'.

RinggitPlus memudahkan rakyat Malaysia memohon produk kewangan baharu, terima kasih kepada inovasi dalaman seperti XpressApply dan chatbot RinggitPlus kami sendiri. Anda juga boleh memohon produk baharu di RinggitPlus melalui WhatsApp, tidak kira di mana jua anda berada! Projek-projek sebegini mengukuhkan kedudukan kami sebagai pemacu fintech.

Dilancarkan pada tahun 2013, RinggitPlus.com telah membina reputasi sebagai tempat terbaik untuk memohon produk perbankan secara dalam talian. Malah, 7 daripada 10 rakyat Malaysia membandingkan produk kewangan di laman kami, sambil menemui pelbagai tawaran yang tidak dapat ditemui di mana-mana tempat lain di Internet (mahupun di bank dan institusi kewangan)!

Bagaimana kami boleh sampai ke tahap ini?

Beroperasi di ibu pejabat di Kuala Lumpur, RinggitPlus.com ialah salah satu jenama yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat FinTech, Jirnexu Sdn Bhd (no. syarikat 1081989D). Kami memulakan perjalanan kami pada tahun 2012 apabila pengasas bersama syarikat bertemu dan menyedari bahawa mereka berkongsi minat yang sama untuk memberikan individu nasihat kewangan serta alat yang diperlukan untuk berbelanja dengan bijak.

2012

Jirnexu ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk merapatkan jurang dalam perkhidmatan kewangan digital dan keselamatan.

2013

RinggitPlus dilancarkan sebagai platform perbandingan kewangan pertama di Malaysia untuk memudahkan pengguna membuat keputusan kewangan.

2014

Mengembangkan operasi ke Indonesia sebagai KreditGoGo dengan menawarkan kad kredit, pinjaman, insurans, dan lain-lain; namun, operasi telah ditamatkan pada tahun 2018.

2015

Memperkenalkan XpressApply, menjadikan Jirnexu sebuah syarikat FinTech sepenuhnya dan berjaya mendapatkan pelanggan bank pertama dalam bulan November.

2019

Melancarkan Kaji Selidik Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RinggitPlus Malaysian Financial Literacy Survey - RMFLS). Diadakan setiap tahun, kami merekodkan bagaimana rakyat Malaysia mengurus, menyimpan, melabur, dan berfikir tentang wang.

2020 - 2023

Memulakan RinggitPlus Advance, perkhidmatan perancangan kewangan digital sepenuhnya dengan kerjasama Perancang Kewangan Bertauliah (Certified Financial Planner - CFP). Kami meliputi analisis aliran tunai dan nilai bersih, pengurusan hutang dan liabiliti, serta banyak lagi. Operasi ditamatkan pada 2023 apabila perniagaan ini dijual kepada Merchantrade.

2024

Mengambil alih pesaing pasaran perkhidmatan kewangan, CompareHero Malaysia.

Kini

7 daripada 10 rakyat Malaysia membandingkan perkhidmatan kewangan di RinggitPlus. Pada bulan Mac, kami memperkenalkan RinggitPlus dalam Bahasa Melayu! Kami akan terus berinovasi untuk membantu jutaan pelanggan mengurus kewangan mereka dengan lebih bijak.

Kenapa RinggitPlus?

Di RinggitPlus, kami memudahkan rakyat Malaysia untuk memohon produk kewangan baharu. Dengan penyelesaian inovatif seperti XpressApply dan chatbot RinggitPlus kami sendiri, anda kini boleh melengkapkan permohonan dengan lancar, malah melalui WhatsApp, di mana sahaja anda berada!

Inisiatif seperti ini mengukuhkan peranan kami sebagai perintis fintech dan memperkasa kedudukan kami sebagai salah satu suara utama dalam 'Regulatory Sandbox' Fintech Bank Negara Malaysia.

Jangan hanya ambil kata-kata kami sahaja

FINTECH MALAYSIA

Pasukan Kami

Yuen Tuck Siew
LinkedIn

Yuen Tuck Siew

CEO

Yuen Tuck Siew ialah CEO dan pengasas bersama Jirnexu, syarikat fintech di sebalik RinggitPlus.com. Sejak 2012, beliau telah memimpin platform ini untuk menjadi laman web perbandingan kewangan terkemuka di Malaysia. Dengan latar belakang dalam perbankan pelaburan di Citibank dan pembangunan perniagaan di Redberry, Yuen memanfaatkan kepakarannya yang mendalam dalam bidang pemasaran digital dan pertumbuhan strategik. Memegang ijazah dalam Sejarah Moden dari University of Oxford, beliau juga mempunyai visi untuk terus memperkasakan rakyat Malaysia dalam membuat keputusan kewangan yang lebih bijak setiap hari.

Jack Low
LinkedIn

Jack Low

Ketua Pegawai Komersial (Chief Commercial Officer)

Jack Low berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Komersial di Jirnexu, menyelia strategi komersial dan perkongsian perbankan. Bersama RinggitPlus sejak 2019, beliau membawa pengetahuan industri perbankan yang mendalam dari hampir sedekad di Citi, di mana beliau menguruskan portfolio kad kredit dan inisiatif bancassurance. Dengan berlatar belakangkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Monash University, Jack memulakan kerjayanya sebagai Jurutera Produk di Freescale Semiconductor. Pengalaman merentas industri beliau membantu RinggitPlus memberikan nilai luar biasa kepada pengguna dan rakan kewangan.

Lim Khoon Eong
LinkedIn

Lim Khoon Eong

Ketua Pegawai Kewangan (Chief Financial Officer)

Lim Khoon Eong ialah Ketua Pegawai Kewangan di Jirnexu, mengemudi strategi kewangan syarikat sejak 2018. Sebagai Felo CPA Australia dan Akauntan Bertauliah, beliau membawa kepimpinan kewangan yang kukuh daripada peranan kanan di PropertyGuru International, Wasco Energy Group, dan AECOM Malaysia. Khoon Eong memegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan) dari RMIT University. Kepakarannya adalah untuk memastikan RinggitPlus mengekalkan piawaian tanggungjawab fiskal tertinggi sambil menyokong pertumbuhan syarikat sebagai pemacu fintech terkemuka.

Martin Goh
LinkedIn

Martin Goh

Ketua Perniagaan - Penyelesaian Pengiklanan (Head of Digital Solutions)

Martin Goh mengetuai bahagian Penyelesaian Pengiklanan di Jirnexu, membina perkongsian strategik antara institusi kewangan dan pengguna melalui RinggitPlus. Sejak 2018, beliau telah memanfaatkan pengalaman media digital yang luas daripada peranan di iProperty Group, CtrlShift, dan Better Sdn Bhd. Dengan pengkhususan dalam pengiklanan dalam talian dan pemasaran media sosial, Martin memastikan RinggitPlus kekal sebagai platform pilihan utama rakyat Malaysia yang mencari maklumat kewangan yang telus, sambil mencipta nilai bermakna untuk rakan kewangan.

Luqman Noor
LinkedIn

Luqman Noor

Ketua Bahagian Kad Kredit (Head of Credit Cards)

Luqman Noor mengetuai bahagian Kad Kredit di Jirnexu, membawa perspektif baharu mengenai inovasi digital dan penglibatan pengguna. Sejak menyertai pada tahun 2024, beliau telah memanfaatkan pengalaman dari Hong Leong Bank, Lazada, Astro, dan Coca-Cola Malaysia untuk meningkatkan tawaran kad kredit RinggitPlus. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) dari Universiti Teknologi MARA. Kepakarannya dalam transformasi digital membantu memastikan pengguna menemui kad kredit yang paling sesuai dengan gaya hidup dan matlamat mereka.

Leong Kar Mun
LinkedIn

Leong Kar Mun

Ketua Produk (Head of Product)

Leong Kar Mun ialah Ketua Produk di Jirnexu, yang mencorakkan pengalaman pengguna bagi menjadikan RinggitPlus platform perbandingan kewangan paling dipercayai di Malaysia. Sejak 2020, beliau telah memacu inovasi produk, dengan menggunakan pengalaman daripada amalan Digital McKinsey dan SEEK. Kar Mun memegang ijazah Sarjana dari University of Oxford. Dengan kepakaran dalam penyelidikan pengguna, beliau memastikan RinggitPlus menterjemah maklumat kewangan yang kompleks kepada bahasa yang mudah, membantu pengguna amalkan “Duit The Easy Way”.

Temu Bual Bersama CEO Kami

Ingin tahu lebih lanjut mengenai pasukan di sebalik RinggitPlus? Berhubung dengan kami di LinkedIn untuk melihat perkembangan terkini kami!