Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Debt Service Ratio (DSR) Dijelaskan

Pelajari tentang DSR, cara pengiraan dan kepentingannya serta cara perbaiki.

Cari Pinjaman Peribadi Terbaik

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Apa Itu DSR?

DSR atau Debt Service Ratio merupakan nisbah hutang kepada pendapatan yang digunakan oleh bank bagi menilai kemampuan seseorang untuk membayar balik pinjaman.

Bagaimana nisbah ini berfungsi adalah ia akan mengambil kira jumlah komitmen bulanan yang perlu dibayar seperti:
• Pinjaman peribadi
• Pinjaman kereta
• Pinjaman rumah
• Kad kredit

Semakin rendah DSR seseorang, semakin tinggi peluang untuk pinjaman diluluskan kerana ia menunjukkan bahawa individu tersebut masih mempunyai lebihan pendapatan selepas membayar komitmen hutang.

Sebagai contoh, jika pendapatan bersih bulanan anda ialah RM 5,000 dan jumlah komitmen hutang bulanan anda ialah RM 2,000, maka DSR anda adalah 40%. Kebanyakan bank di Malaysia meletakkan syarat bahawa DSR seseorang itu tidak boleh melebihi 60% bagi kelayakan pinjaman.

Oleh itu, penting untuk anda mengira DSR sebelum memohon pinjaman untuk menilai kemampuan dan dapat merancang kewangan dengan lebih bijak sekaligus mengelakkan permohonan pinjaman ditolak.

Kenapa DSR Yang Tinggi Menyebabkan Permohonan Pinjaman Peribadi Anda Ditolak?

Seperti yang anda tahu, pihak bank menggunakan peratusan atau skor DSR anda untuk menentukan tahap kelayakan anda untuk permohonan pinjaman peribadi. Jika skor DSR anda terlalu tinggi, ianya boleh menjadi penyebab permohonan pinjaman peribadi anda ditolak.

Satu bentuk risiko kewangan
risiko kewangan

Apabila DSR terlalu tinggi, bank akan melihatnya sebagai satu risiko kewangan. Ini kerana ia akan menimbulkan kebimbangan kepada pihak bank tentang kemampuan pemohon untuk menampung komitmen tambahan.

Petanda tiada lebihan tunai untuk komitmen tambahan
komitmen tambahan

DSR yang tinggi juga menunjukkan sebahagian besar pendapatan bulanan digunakan untuk membayar komitmen hutang sedia ada dan tiada lebihan tunai yang mencukupi untuk membuat bayaran balik secara konsisten sekiranya permohonan pinjaman diluluskan.

Tiada jaminan untuk bayaran balik
bayaran balik

Bagi pinjaman peribadi yang tidak memerlukan cagaran atau penjamin, pihak bank akan lebih berhati-hati dalam memberi kelulusan terhadap permohonan pinjaman peribadi. Ini kerana risiko kegagalan bayaran balik lebih tinggi tanpa sebarang bentuk jaminan.

Cara Turunkan DSR Yang Tinggi Sebelum Membuat Permohonan Pinjaman Peribadi

Peratusan DSR yang rendah boleh meningkatkan potensi dan peluang untuk mendapat kelulusan pinjaman peribadi dengan lebih mudah dari pihak bank. Berikut adalah beberapa cara untuk membantu anda menurunkan peratusan DSR, antaranya:

Hutang yang terlalu banyak sehingga melebihi kemampuan untuk membayarnya semula menjadi salah satu punca utama DSR terlalu tinggi. Dengan cara mengurangkan hutang sedia ada, ia secara tidak langsung dapat menurunkan peratusan DSR dan meningkatkan peluang untuk mendapat kelulusan pinjaman peribadi.
Antara faktor yang mempengaruhi DSR adalah pendapatan bulanan. Melalui peningkatan pendapatan bulanan sama ada dengan cara menukar pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi atau melakukan kerja sampingan dengan pendapatan yang konsisten, pendapatan tetap yang tinggi boleh mengurangkan peratusan DSR anda yang sedang berada dalam keadaan tinggi atau berisiko.
Hutang-hutang yang digabungkan dalam satu pinjaman adalah lebih mudah untuk diuruskan serta dapat mengurangkan ansuran bulanan. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan peluang untuk anda membuktikan kepada pihak bank tentang keupayaan untuk mempunyai lebihan tunai bagi membuat pembayaran komitmen tambahan iaitu pinjaman peribadi yang dimohon.
Permohonan pinjaman peribadi yang terlalu banyak boleh menjejaskan skor kredit dan menaikkan peratusan DSR yang sepatutnya berada dalam lingkungan yang rendah sebagai bukti kestabilan kewangan.
Dengan memanjangkan tempoh pinjaman, jumlah bayaran bulanan dapat dikurangkan dan seterusnya menurunkan DSR anda. Namun, anda perlu mempertimbangkan juga kadar faedah yang mungkin lebih tinggi apabila tempoh pembayaran dipanjangkan.
Menjadi penjamin akan menambah komitmen kepada hutang anda dan meningkatkan DSR anda.
Pastikan maklumat mengenai komitmen dan pendapatan bulanan anda adalah yang terkini dalam rekod CCRIS. Kemukakan bukti pendapatan tambahan jika ada seperti sewaan rumah, kerja sampingan, perniagaan kecil dan sebagainya.

Bagaimana DSR Dikira?

DSR dikira dengan melibatkan pengiraan yang membandingkan komitmen kewangan bulanan anda dengan pendapatan bersih bulanan bagi menilai kemampuan untuk membuat pembayaran balik pinjaman.

Komitmen kewangan bulanan termasuk:
• Ansuran pinjaman peribadi, kereta dan rumah
• Kad kredit
• PTPTN
• ASB Financing

Pendapatan bulanan pula termasuk:
• Gaji pokok
• Elaun tetap
• Komisen tetap (bergantung kepada bank)

Contoh Pengiraan DSR Individu A Yang Bergaji Bersih RM 5,000 Sebulan

Formula asas pengiraan

DSR = (Jumlah komitmen bulanan ÷ Pendapatan bulanan) × 100

Komitmen bulananJumlah
Pinjaman keretaRM 700
Pinjaman rumahRM 1,000
Pinjaman peribadiRM 500
Jumlah keseluruhanRM 2,200

Pengiraan DSR = (RM 2,200 ÷ RM 5,000) × 100 = 44%

Maka DSR bagi individu A yang memiliki jumlah komitmen hutang RM 2,200 dan pendapatan bulanan RM 5,000 adalah 44%.

Berapa Peratus DSR Yang Dianggap ‘Sihat’ Oleh Pihak Bank?

Secara umumnya, tiada standard yang ditetapkan dalam menentukan kadar DSR yang terbaik kerana ia bergantung kepada pihak bank.

Namun secara umumnya mengikut PIDM, peratusan DSR yang digalakkan adalah di antara 30% sehingga 40% atau sekurang-kurangnya di bawah 60%. Ini menunjukkan bahawa anda mempunyai lebih banyak lebihan daripada pendapatan yang boleh digunakan untuk perkara lain berbanding keperluan untuk membayar hutang yang banyak pada setiap bulan.

Bagi seseorang yang memiliki DSR antara 60% sehingga 70% – hati-hati! Kerana peratusan tersebut sudah dianggap tinggi dan agak berisiko!

Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai jumlah hutang yang sama mungkin mempunyai DSR yang berlainan kerana memiliki jumlah pendapatan bulanan yang berbeza.

Sesetengah bank juga berkemungkinan lebih fleksibel dengan individu yang bergaji tinggi meskipun mempunyai jumlah hutang yang sama dengan individu lain – dan ia secara tidak langsung menyebabkan DSR mereka tidak terlalu tinggi seperti mereka yang bergaji lebih rendah.

Bagaimana Cara Untuk Semak DSR Secara Atas Talian?

Anda boleh menyemak DSR dengan beberapa cara berikut:

• Layari laman web https://ctoscredit.com.my
• Mendaftar akaun secara percuma
• Boleh lihat semua pinjaman, kad kredit dan sejarah pembayaran
• Anggaran DSR akan ditunjukkan dalam sesetengah laporan CTOS

• Layari laman web https://eccris.bnm.gov.my
• Mendaftar akaun secara percuma
• Cari laporan dari Bank Negara Malaysia untuk menyemak semua komitmen yang masih aktif dan jumlah bayaran bulanan
• Perlu kira DSR secara manual berdasarkan maklumat dalam laporan

• Layari laman web https://www.mycreditinfo.com.my
• Mendaftar akaun secara percuma
• Boleh beli laporan kredit lengkap yang sudah termasuk maklumat hutang dan komitmen bulanan

Soalan Lazim Berkaitan DSR di Malaysia

Soalan lazim tentang DSR di Malaysia yang membantu anda fahami maksudnya, kenapa ia penting dan bagaimana ia mempengaruhi kelayakan pinjaman anda.

Anda boleh membuat pengiraan secara manual dengan menggunakan formula DSR = (Jumlah komitmen bulanan ÷ Pendapatan bulanan) × 100.
Ia bergantung kepada polisi bank tersebut kerana ada sesetengah bank yang menggunakan pendapatan bersih dan ada juga yang menggunakan pendapatan kasar untuk mengira DSR.
Tidak, setiap bank tidak menggunakan formula DSR yang sama. Sebab itulah kelulusan pinjaman boleh jadi berbeza walaupun anda mohon pinjaman dengan jumlah yang yang sama di dua bank berlainan.
Ya, pendapatan sampingan juga boleh diambil kira dalam pengiraan DSR, bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh bank.
Secara umumnya, DSR yang dianggap sangat baik adalah di bawah 40%. Tetapi 41% sehingga 60% juga masih dalam kategori baik.
Anda masih berpeluang untuk mendapat kelulusan pinjaman jika DSR tinggi tetapi bergantung kepada beberapa faktor seperti pendapatan yang tinggi, rekod kredit yang baik dan tempoh pinjaman yang lama.
Tidak, bukan semua jenis hutang dikira dalam DSR. Hanya komitmen yang boleh dibuktikan dalam sistem (CTOS/CCRIS/slip gaji) sahaja yang biasanya akan dikira dalam DSR seperti segala pinjaman, kad kredit, PTPTN dan komitmen sebagai penjamin.

Ingin belajar lebih lanjut tentang pinjaman?
Kami boleh bantu anda.

Kami ada alat, panduan, dan pelbagai lagi untuk bantu anda mencari pinjaman bersesuaian