Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kad Petrol

Kad kredit petrol memberikan pulangan tunai atau mata ganjaran apabila anda mengisi minyak kereta!

Papar Semua Kad Kredit
Paparan 1 hingga 10 daripada 28 hasil carian

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!

Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Kredit dengan Kami

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas

Kad Islamik

Kad Islamik

Teroka kad kredit patuh Syariah yang mengamalkan pembiayaan beretika.

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Mampu Milik

Kad Mampu Milik

Dapatkan kad kredit dengan syarat permohonan mudah.

Kad Kredit Petrol Terbaik di Malaysia 2026

Kad kredit petrol membantu anda menjimatkan perbelanjaan bahan api melalui pulangan tunai atau mata ganjaran setiap kali mengisi minyak.

Bagi rakyat Malaysia yang memandu setiap hari sama ada untuk ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau urusan harian, kos petrol boleh menjadi antara komponen terbesar dalam bajet bulanan. Dengan kad yang sesuai, anda bukan sahaja boleh berjimat pada pengisian minyak, tetapi juga menikmati ganjaran tambahan untuk perbelanjaan harian lain.

Apa Itu Kad Kredit Petrol?

Kad kredit petrol ialah kad kredit yang memberikan pulangan tunai atau mata ganjaran apabila anda membuat transaksi di stesen minyak terpilih.

Ganjaran ini biasanya dikira berdasarkan peratusan tertentu daripada jumlah perbelanjaan petrol, contohnya 5% atau 8%, dan akan dikreditkan sama ada sebagai pulangan tunai dalam penyata atau mata ganjaran yang boleh ditebus kemudian.

Walau bagaimanapun, ganjaran ini biasanya tertakluk kepada syarat tertentu seperti stesen minyak yang layak, had maksimum bulanan bagi pulangan tunai, serta jumlah perbelanjaan minimum yang perlu dipenuhi sebelum anda boleh menikmati pulangan penuh.

Sesetengah kad juga mengasingkan kategori ganjaran, di mana petrol menerima kadar khas manakala perbelanjaan lain seperti tol, parkir, servis kereta dan pembelian harian mungkin menerima kadar berbeza atau mata ganjaran biasa.

Ini menjadikan kad kredit petrol bukan sekadar alat untuk mengisi minyak, tetapi juga satu cara untuk mengoptimumkan perbelanjaan berkaitan kenderaan dan gaya hidup harian.

Perkara Penting Tentang Kad Kredit Petrol

Kad kredit petrol mempunyai syarat dan struktur ganjaran yang berbeza mengikut bank serta stesen minyak yang terlibat. Memahami ciri utama kad ini dapat membantu anda memilih kad yang paling berbaloi berdasarkan corak penggunaan harian anda.

Pulangan tunai mengikut stesen minyak
Sesetengah kad menawarkan pulangan tunai lebih tinggi untuk stesen minyak tertentu seperti Petronas, Shell, Petron atau Caltex. Jika anda kerap mengisi minyak di stesen yang sama, memilih kad yang mempunyai kerjasama dengan jenama tersebut boleh membantu anda menjimatkan lebih banyak setiap bulan.

Had maksimum pulangan tunai bulanan
Kebanyakan kad kredit petrol mempunyai had maksimum pulangan tunai setiap bulan. Sebagai contoh, walaupun kad menawarkan 8% pulangan tunai, jumlah maksimum yang boleh diterima mungkin dihadkan kepada RM30 atau RM50 sebulan. Oleh itu, penting untuk menyemak had bulanan supaya anda dapat menganggarkan jumlah penjimatan sebenar.

Syarat minimum perbelanjaan
Sesetengah kad memerlukan jumlah minimum perbelanjaan bulanan sebelum anda layak menerima pulangan tunai penuh untuk petrol. Sebagai contoh, anda mungkin perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk transaksi lain sebelum pulangan tunai petrol diaktifkan.

Ganjaran tambahan selain petrol
Selain pengisian minyak, banyak kad kredit petrol turut menawarkan ganjaran untuk tol, parkir, servis kereta, e-dompet dan pembelian harian. Ini menjadikan kad kredit petrol lebih fleksibel dan sesuai digunakan sebagai kad utama untuk perbelanjaan harian.

Pilihan antara pulangan tunai atau mata ganjaran
Sesetengah kad memberi pulangan tunai secara terus, manakala ada yang menawarkan mata ganjaran yang boleh ditebus untuk baucar, barangan atau air miles. Jika anda mahu penjimatan segera, kad pulangan tunai biasanya lebih sesuai. Jika anda lebih gemar mengumpul mata untuk penebusan ganjaran, kad mata ganjaran mungkin memberi nilai lebih baik dalam jangka panjang.

Harga Minyak Petrol Terkini di Malaysia (Dikemaskini Setiap Minggu)

Berikut ialah harga petrol terkini di Malaysia bagi minggu 27 Mei - 3 Mei 2026:

RON95: RM3.92/liter (runcit)
RON95: RM1.99/liter (subsidi)
RON97: RM4.65/liter
Diesel: RM4.87/liter (Semenanjung Malaysia)
Diesel: RM2.15/liter (Sabah, Sarawak dan Labuan)

Bagi rakyat Malaysia yang memandu setiap hari, perbelanjaan petrol boleh mengambil sebahagian besar daripada bajet bulanan. Selain minyak, pemilik kenderaan juga perlu menanggung kos lain seperti tol, parkir, servis dan penyelenggaraan kereta.

Di Malaysia, harga petrol disemak secara mingguan melalui mekanisme apungan harga automatik. Harga diesel di Semenanjung Malaysia pula ditentukan mengikut harga pasaran semasa, manakala Sabah, Sarawak dan Labuan masih menikmati harga diesel bersubsidi.

Jika anda kerap mengisi minyak, penggunaan kad kredit petrol yang sesuai boleh membantu anda berjimat melalui pulangan tunai, mata ganjaran dan promosi di stesen minyak terpilih.

Kad Kredit Petrol Mana Yang Paling Sesuai Untuk Saya?

Kad kredit petrol berfungsi sama seperti kad kredit pulangan tunai. Untuk memilih kad kredit yang sesuai untuk mengisi minyak, ambil kira keistimewaan yang ditawarkan seperti amaun rebat, had bulanan dan syarat tambahan lain seperti penggunaan kad pada hari tertentu.

Selain itu, ada sesetengah kad kredit yang hanya menawarkan rebat di stesen minyak tertentu seperti kad kredit Petronas untuk stesen minyak Petronas atau kad kredit Petron untuk stesen minyak Petron. Jadi, pastikan anda pilih kad kredit yang sesuai dengan stesen minyak pilihan anda.

Pengguna Setia Shell

Untuk pengguna Shell

Dapatkan sehingga 12% pulangan tunai atau maksimum RM50 apabila anda berbelanja minimum RM2,500 sebulan untuk pembelian minyak di stesen Shell.

Pelanggan Tegar Petronas

Untuk pelanggan Petronas

Nikmati 8% pulangan tunai untuk semua perbelanjaan di Petronas pada hujung minggu termasuk pembelian petrol dan barangan lain di kedai Mesra.

Pengguna Semua Stesen

Untuk semua stesen minyak

Dapatkan pulangan tunai sehingga 10% apabila anda isi minyak di mana-mana stesen minyak pilihan anda di seluruh negara.

Soalan-Soalan Lazim Tentang Kad Kredit Petrol

Berikut ialah beberapa soalan lazim berkaitan kad kredit petrol di Malaysia untuk membantu anda memilih kad yang sesuai dengan corak perbelanjaan dan penggunaan harian anda.

Bolehkah saya dapatkan pulangan tunai di mana-mana stesen minyak?
Tidak semua kad kredit petrol menawarkan pulangan tunai di semua stesen minyak. Sesetengah kad hanya menawarkan ganjaran di jenama tertentu seperti Shell atau PETRONAS, manakala ada juga kad yang memberi pulangan tunai untuk transaksi di semua stesen minyak.

Bagaimana memilih kad kredit petrol yang paling sesuai?
Pemilihan kad bergantung pada corak penggunaan anda. Jika anda kerap mengisi minyak di stesen yang sama, kad khusus seperti Shell atau PETRONAS biasanya menawarkan kadar pulangan tunai yang lebih tinggi. Jika anda lebih mengutamakan fleksibiliti dan sering bertukar stesen minyak, kad yang memberi ganjaran di semua stesen mungkin lebih sesuai untuk kegunaan harian.

Bolehkah saya guna lebih dari satu kad petrol?
Ya, anda boleh menggunakan lebih daripada satu kad untuk memaksimumkan ganjaran, contohnya satu untuk Shell manakala satu lagi untuk PETRONAS.
Strategi ini lebih sesuai jika anda kerap menukar stesen minyak, tetapi ia memerlukan pengurusan yang lebih teliti supaya setiap kad masih memenuhi syarat penggunaan yang ditetapkan.

Adakah diesel layak untuk dapat pulangan tunai?
Ia bergantung kepada polisi kad. Sesetengah kad menetapkan diesel termasuk dalam kategori layak, manakala ada yang mengecualikannya atau memberikan kadar pulangan tunai yang lebih rendah.
Oleh itu, semak terma dan syarat kad sebelum membuat keputusan, terutamanya jika anda kerap menggunakan diesel.

Bagaimana cara untuk menerima pulangan tunai atau ganjaran?
Pulangan tunai biasanya akan dikreditkan secara terus ke penyata kad kredit anda pada kitaran bil berikutnya. Untuk kad yang berasaskan mata ganjaran, mata tersebut boleh dilihat dalam perbankan dalam talian dan ditebus untuk baucar, diskaun atau mata penerbangan.

Adakah pemegang kad tambahan (supplementary card) juga dapat pulangan tunai?
Ya. Perbelanjaan kad tambahan akan digabungkan dengan akaun utama, jadi semua transaksi membantu mengumpul ganjaran dengan lebih cepat.

Bolehkah kad dipautkan dengan aplikasi Setel atau BonusLink?
Ya, anda boleh pautkan kad kredit dengan aplikasi seperti Setel atau BonusLink untuk ganjaran tambahan.
Ini membolehkan anda mendapat lebih daripada satu bentuk ganjaran dalam transaksi yang sama, bergantung kepada kad dan program yang digunakan.

Apakah syarat-syarat kelayakan kad kredit petrol?
Syarat-syarat asas ialah pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, mempunyai pendapatan tahunan sekitar RM24,000 hingga RM60,000 bergantung pada jenis kad, serta sediakan dokumen sokongan seperti slip gaji atau penyata bank.

Adakah berbaloi bayar yuran tahunan bagi kad jenis ini?
Banyak kad petrol menawarkan pengecualian yuran tahunan jika anda mencapai jumlah penggunaan tertentu. Selalunya, ganjaran pulangan tunai yang diperoleh boleh melebihi yuran tahunan jika kad digunakan secara konsisten.

Bagaimana cara untuk memaksimumkan pulangan tunai?
Gunakan kad untuk stesen khusus jika ada, pastikan penggunaan kad secara konsisten, dan manfaatkan program aplikasi seperti Setel atau BonusLink untuk tambahan ganjaran.
Elakkan daripada mempunyai baki tertunggak kerana caj faedah boleh menghapuskan sepenuhnya nilai pulangan tunai yang diperoleh.

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak