Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kad Kredit AFFIN Islamic Terbaik

Kad Kredit AFFIN Islamic dengan Manfaat Perjalanan, Pulangan Tunai & Mata Ganjaran

Papar Semua Kad Kredit
  • AFFIN Platinum Mastercard-i
    Mata ganjaran penerbangan

    AFFIN Platinum Mastercard-i

    Pendapatan Min.
    RM 2,500
    Yuran Tahunan
    percuma
    Kadar Pendapatan
    15% p.a.
  • AFFIN World Mastercard-i
    Manfaat perjalanan dan gaya hidup

    AFFIN World Mastercard-i

    Pendapatan Min.
    RM 6,667
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Pendapatan
    12% p.a.
  • AFFIN Mastercard Gold-i
    1x mata ganjaran

    AFFIN Mastercard Gold-i

    Pendapatan Min.
    RM 2,000
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Pendapatan
    15% p.a.
  • AFFIN Mastercard Basic-i
    Yuran tahunan percuma

    AFFIN Mastercard Basic-i

    Pendapatan Min.
    RM 2,000
    Yuran Tahunan
    percuma
    Kadar Pendapatan
    15% p.a.
Paparan 1 hingga 4 daripada 4 hasil carian

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!

Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad AFFIN Islamic

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas

Kad Islamik

Kad Islamik

Teroka kad kredit patuh Syariah yang mengamalkan pembiayaan beretika.

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Mampu Milik

Kad Mampu Milik

Dapatkan kad kredit dengan syarat permohonan mudah.

Apakah ciri-ciri dan manfaat kad kredit AFFIN Islamic?

AFFIN Islamic Bank menawarkan ciri-ciri kad kredit yang menarik untuk mereka yang ingin mematuhi prinsip Perbankan Islam, yang dimuatkan dalam kad kredit Basic, Gold, dan Platinum mereka.

Jadi jika anda baru dalam dunia kad kredit, AFFIN Islamic Bank menawarkan anda peluang untuk mengumpul mata ganjaran atau faedah percuma berkaitan perjalanan atau travelling.

Mari kita lihat ciri-ciri dan manfaat yang ditawarkan oleh kad kredit AFFIN Islamic Bank.

Pengecualian bayaran tahunan adalah apabila anda tidak perlu membayar yuran tahunan kad kredit anda untuk tempoh tertentu.

Sebagai contoh, anda akan menikmati manfaat ini selama setahun pada kedua-dua kad AFFIN Islamic, seperti AFFIN World Mastercard-i dan AFFIN Mastercard Gold-i.

Selepas itu, anda perlu berbelanja atau membuat transaksi kad dalam jumlah tertentu untuk layak mendapatkan pengecualian bayaran tahunan.

Selain itu, anda juga boleh pilih AFFIN Mastercard Basic-i, yang menawarkan bayaran tahunan SIFAR seumur hidup.
Untuk mengumpul Mata Ganjaran AFFIN, anda mesti berbelanja sekurang-kurangnya RM1 pada kategori berbeza yang ditetapkan oleh AFFIN Islamic Bank.

Sebagai contoh, dengan AFFIN Platinum Mastercard-i, anda boleh memperoleh 2x Mata Ganjaran AFFIN pada setiap RM1 yang anda belanjakan untuk pembelian runcit di luar negara. Manakala, transaksi runcit tempatan memberikan anda 1x Mata Ganjaran AFFIN.

Yang menariknya tentang Mata Ganjaran AFFIN ialah anda boleh tebus mata terkumpul anda untuk hadiah, baucar, atau perbatuan udara pilihan anda yang ditawarkan oleh AFFIN Islamic Bank.
Ciri ini membolehkan anda mendapat sebahagian daripada wang anda setiap bulan apabila anda berbelanja pada kategori tertentu dalam jumlah perbelanjaan yang diperlukan.

Selain itu, pulangan tunai yang anda perolehi akan dikira pada akhir penyata bulanan anda dan akan dikreditkan ke akaun anda pada awal bulan berikutnya.
Pemegang kad AFFIN Islamic dapat menikmati bukan hanya satu perlindungan Takaful tetapi dua: Takaful Perjalanan dan Takaful Kemalangan Diri. AFFIN World Mastercard-i adalah contoh yang baik.

Kad kredit ini memberi anda perlindungan Takaful Perjalanan yang tinggi sehingga RM1 Juta dan juga perlindungan Takaful Kemalangan Diri sehingga RM100,000.

Anda boleh nikmati manfaat perjalanan ini dengan syarat anda membayar tiket penerbangan tambang penuh anda ke kad kredit AFFIN Islamic Bank anda.
Kad kredit AFFIN Islamic menawarkan pemegang kad beberapa talian kredit dengan tempoh pembayaran balik yang fleksibel pada kadar keuntungan yang kompetitif.

Dengan Pelan Bayaran Mudah AFFIN 0%, anda boleh jadikan perbelanjaan anda lebih berpatutan dengan melanjutkan pembelian anda sehingga 36 bulan dengan kadar keuntungan 0%.

Tambahan pula, anda juga boleh pindahkan baki tertunggak kad kredit lain anda ke kad kredit AFFIN Islamic anda dengan kadar keuntungan 0% dan tempoh pembayaran balik fleksibel sehingga 36 bulan. Anda hanya perlu bayar yuran pengendalian pendahuluan sekali gus serendah 2%.

Selain itu, satu lagi talian kredit yang anda boleh pilih ialah Pelan Ansuran Tunai Atas Panggilan (CIP) AFFIN untuk menambah keperluan tunai anda sehingga 90% daripada had kredit anda, dan yuran pendahuluan sekali gus sebanyak 6% dalam tempoh bayaran balik tetap.

Apakah kadar keuntungan untuk kad kredit AFFIN Islamic?

AFFIN Islamic Bank mengenakan kadar keuntungan berperingkat antara 15% hingga 18% setahun. Anda boleh menikmati kadar keuntungan yang lebih rendah sekiranya anda membuat sekurang-kurangnya 10 pembayaran tepat pada masanya dalam 12 bulan yang lalu.

Walau bagaimanapun, jika bayaran balik anda tidak konsisten, anda mungkin dikenakan kadar keuntungan yang lebih tinggi.

Apakah tanggungjawab saya sebagai pemegang kad kredit AFFIN Islamic?

Pemegang kad kredit AFFIN Islamic dikehendaki membuat bayaran balik bulanan sekurang-kurangnya 5% daripada baki semasa atau jumlah tertunggak.

Berdasarkan caj pampasan Ta'widh, jika anda gagal membuat bayaran balik setiap bulan, anda akan dikenakan bayaran lewat bayar sebanyak 1% daripada jumlah baki tertunggak, sehingga maksimum RM100.

Selain itu, anda hanya boleh melakukan transaksi pada Barang dan Perkhidmatan Halal dengan kad AFFIN Islamic. Sekiranya anda menggunakan kad kredit AFFIN Islamic anda untuk sebarang aktiviti tidak Halal atau tidak sah, seperti perjudian dalam talian haram, Bank berhak untuk menolak transaksi anda.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya kehilangan kad kredit AFFIN Islamic saya?

Jika anda tersilap letak atau kehilangan kad AFFIN Islamic anda, sila hubungi Bank dengan segera di nombor-nombor ini:

Untuk AFFIN World Mastercard-i dan AFFIN Visa Business Platinum-i, sila hubungi +603-8230 2323.

Untuk kad kredit AFFIN Islamic yang lain, sila hubungi nombor ini: +603-8230 2222.

Sebaik sahaja anda membuat panggilan yang diperlukan, anda boleh buat susulan dengan pengesahan bertulis.

Jika anda menerima pemberitahuan mengenai sebarang transaksi tidak dibenarkan yang dibuat pada kad anda yang dicuri/hilang, salinan laporan polis perlu dikemukakan kepada AFFIN Islamic Bank dalam tempoh 7 hari dari tarikh transaksi tidak dibenarkan dibuat.

Untuk menggantikan AFFIN Islamic Mastercard Basic anda, anda akan dikenakan RM20 setiap kad. Manakala, untuk kad-kad lain di bawah, anda akan dikenakan RM50 setiap kad:

• AFFIN World Mastercard-i
• AFFIN Platinum Mastercard-i
• AFFIN Visa Business Platinum-i
• AFFIN Mastercard Gold-i

Adakah saya layak untuk memohon kad AFFIN Islamic?

Sesiapa sahaja boleh memohon kad kredit AFFIN Islamic, tetapi anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, manakala pemegang kad tambahan mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

Selain daripada itu, bayaran tahunan untuk setiap kad kredit AFFIN Islamic berbeza antara satu sama lain. Lihat senarai seperti berikut:

Sila ambil perhatian bahawa keperluan pendapatan bulanan untuk ekspatriat mungkin berbeza.

Umur pemegang kad utamaMinimum 21 tahun
Umur pemegang kad tambahanMinimum 18 tahun
KewarganegaraanSesiapa sahaja
Keperluan pendapatan bulananAFFIN World Mastercard-i: RM6,666.67
AFFIN Platinum Mastercard-i: RM2,500
AFFIN Mastercard Gold-i: RM2,000
AFFIN Mastercard Basic-i: RM2,000

Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan?

Sebaik sahaja anda telah memilih kad kredit AFFIN Islamic pilihan anda, anda boleh mempercepatkan permohonan kad kredit anda dengan menyediakan dokumen umum ini:

Sila ambil perhatian bahawa keperluan pendapatan bulanan untuk ekspatriat mungkin berbeza.

Pekerja BergajiBekerja SendiriPenerima Komisen
✔ Salinan IC (kedua-dua belah), atau
✔ Pasport dengan permit Visa yang sah
✔ Slip gaji 1 bulan terkini, dan
Sila sediakan mana-mana satu (1) daripada yang berikut:
✔ Salinan penyata KWSP terkini, atau
✔ Salinan penyata akaun bank 1 bulan terkini di mana gaji anda dikreditkan, atau
✔ Borang BE/B terkini dengan resit bayaran cukai
Pelanggan bukan Bank
✔ Salinan IC (kedua-dua belah), atau
✔ Passport dengan permit Visa yang sah

Pelanggan bank lebih 6 bulan:
✔ Borang 9, 24, dan 49, atau Sijil Pendaftaran Perniagaan
✔ Borang BE/B terkini dengan resit bayaran cukai
Sila sediakan mana-mana daripada yang berikut:
✔ Penyata akaun bank syarikat 3 bulan terkini
✔ Penyata akaun untung dan rugi terkini
✔ Salinan IC (kedua-dua belah), atau
✔ Pasport dengan permit Visa yang sah
✔ Penyata komisen 6 bulan terkini
✔ Salinan penyata akaun 6 bulan terkini di mana komisen dikreditkan, atau
✔ Borang EA/BE terkini dengan resit bayaran cukai dan Pengakuan E-Filing

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak