Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kad Kredit Bank Islam Terbaik

Peroleh mata ganjaran tanpa had dengan kad kredit Bank Islam patuh syariah.

Papar Semua Kad Kredit
Paparan 1 hingga 7 daripada 7 hasil carian

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!

Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Bank Islam

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas

Kad Islamik

Kad Islamik

Teroka kad kredit patuh Syariah yang mengamalkan pembiayaan beretika.

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Mampu Milik

Kad Mampu Milik

Dapatkan kad kredit dengan syarat permohonan mudah.

Gambaran Keseluruhan Kad Kredit Bank Islam di Malaysia

Berdasarkan prinsip teras Perbankan Islam, kad kredit Bank Islam menawarkan pelbagai kelebihan untuk memenuhi keperluan masyarakat melalui pilihan kad Mastercard Classic, Gold dan Platinum.

Apa yang lebih menarik daripada mendapat mata ganjaran tanpa had untuk setiap pembelian yang anda lakukan?

Apa Ciri-ciri dan Manfaat Kad Kredit Bank Islam

Memiliki kad kredit yang tepat bukan sahaja memudahkan urusan pembayaran, malah ia merupakan instrumen kewangan yang menawarkan pelbagai ganjaran dan perlindungan bagi setiap Ringgit yang anda belanjakan.

Program Kesetiaan TruRewards membolehkan anda mengumpul mata ganjaran untuk menebus gajet, peralatan rumah, dan pelbagai manfaat perkhidmatan. Melalui program ini, anda akan mendapat 1 TruPoint bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk semua pembelian runcit di dalam dan luar negara.

Malah, anda boleh menggandakan mata TruPoints sehingga empat kali ganda apabila pemegang kad tambahan turut berbelanja menggunakan kad mereka. Mata ganjaran TruRewards ini mempunyai tempoh sah selama 3 tahun sebelum ia tamat tempoh.
Bagi anda yang suka melancong, Bank Islam menyediakan perlindungan Takaful komprehensif secara percuma. Kad Kredi-i Bank Islam MasterCard World Card dan Kad Kredit-i Bank Islam Visa Infinite melindungi anda serta ahli keluarga daripada risiko kematian atau hilang upaya kekal semasa dalam perjalanan.

Manfaat ini merangkumi perlindungan kemalangan diri sehingga RM2,000,000, liabiliti pihak ketiga sebanyak RM500,000, serta pampasan sehingga RM1,000 jika berlaku kelewatan perjalanan atau bagasi. Selain itu, pemegang kad turut mendapat perlindungan Takaful untuk baki tertunggak serta perlindungan pembelian daripada kehilangan atau kerosakan sehingga RM10,000.
Satu lagi kelebihan utama adalah yuran tahunan yang boleh dikecualikan sekiranya anda melakukan sekurang-kurangnya 12 transaksi dalam setahun. Sebagai contoh, yuran tahunan Kad Kredit-i Bank Islam Visa Platinum sebanyak RM388 boleh dimansuhkan sepenuhnya dengan syarat penggunaan tersebut.
Untuk pengurusan aliran tunai yang lebih baik, Bank Islam menawarkan Pelan Pembayaran Ansuran (IPP) sehingga 36 bulan bagi perbelanjaan RM3,000 dalam satu resit tanpa yuran pendahuluan. Jika kedai tersebut bukan rakan niaga rasmi, anda masih boleh memohon Retail Spread Value Plan (RSVP) untuk tempoh 6 hingga 12 bulan dengan yuran pengendalian sekali bayar sebanyak 4.5%.
Khusus untuk pengembara perniagaan, Kad Kredit-i Bank Islam Visa Infinite Business memberikan akses percuma ke Plaza Premium Lounge sebanyak 3 kali setahun. Selain itu, syarikat anda boleh menjimatkan kos melalui tuntutan semula sehingga 20% Cukai Nilai Tambah (VAT) bagi perbelanjaan di luar negara seperti hotel dan sebagainya melalui kerjasama dengan Taxback International.

Bagaimana Cara Untuk Saya Naikkan Had Pembiayaan Kad Kredit Bank Islam Saya?

Had pembiayaan ini boleh ditingkatkan dengan mengisi Borang Tambah/Kurang Had dan Naik Taraf/Turun Taraf Kad yang boleh dimuat turun terus dari laman web rasmi Bank Islam.

Anda juga perlu membawa beberapa dokumen berikut:
•  Salinan slip gaji dua bulan terkini
•  Penyata bank bagi tempoh enam bulan
•  Borang B terkini
•  Resit bayaran cukai bagi yang bekerja sendiri
•  Surat dari majikan terbaru jika anda baru sahaja bertukar pekerjaan

Adakah Saya Layak Untuk Memohon Kad Kredit Bank Islam?

Untuk memohon kad Bank Islam, pemegang kad utama mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, manakala pemegang kad tambahan pula perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Selain itu, syarat pendapatan tahunan minimum adalah berbeza mengikut jenis kad yang anda pilih.

    Kelayakan Untuk Memohon Kad Kredit Bank Islam

    Berikut adalah kelayakan yang anda perlu tepati untuk mendapatkan kad kredit dari Bank Islam

    Maklumat PentingKelayakan
    Umur Pemegang Kad Utama21 tahun
    Umur Pemegang Kad Tambahan18 tahun
    KerakyatanSesiapa sahaja
    Pendapatan Minimum Bulanan

    Kad Kredit-i Bank Islam Visa Gold: RM2,000

    Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard Gold: RM2,000

    Kad Kredit-i Bank Islam Visa Platinum: RM3,000

    Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard Platinum: RM3,000

    Kad Kredit-i Bank Islam Visa Infinite: RM8,333

    Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard World: RM8,333

    Kad Kredit-i Bank Islam Visa Infinite Business: melalui jemputan sahaja

Soalan-soalan Lazim Berkaitan Kad Kredit Bank Islam

Berikut adalah maklumat-maklumat yang boleh membantu anda memahami kad kredit dari Bank Islam dengan lebih baik

Untuk pembelian dan transaksi pemindahan baki, Bank Islam menggunakan kadar keuntungan berperingkat antara 13.5% hingga 17.5% setahun.

Kadar keuntungan yang dikenakan biasanya lebih tinggi jika anda mempunyai rekod pembayaran yang tidak konsisten, manakala kadar yang lebih rendah diberikan jika anda membayar mengikut tempoh masa yang ditetapkan atau lebih awal. Kad kredit Islamik ini menggunakan konsep Tawarruq dengan tempoh kontrak selama 3 tahun dan tiada yuran penyertaan dikenakan.
Anda perlu menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum setiap bulan untuk memastikan rekod kredit anda kekal bersih dan mengelakkan caj tambahan. Ahli kad kredit Bank Islam perlu membuat bayaran balik bulanan minimum sebanyak 5% daripada baki semasa atau minimum RM50, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bayaran balik bulanan mestilah dibuat pada tarikh akhir yang telah ditetapkan. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan caj bayaran lewat dikenakan, iaitu minimum RM5 atau 1% daripada jumlah baki tunggakan (tidak termasuk kadar keuntungan dan yuran), mengikut mana-mana yang lebih tinggi sehingga maksimum RM50.
Sekiranya kad Bank Islam anda hilang, dicuri, atau rosak, anda boleh mendapatkan kad kredit gantian dengan kos RM50 setiap kad. Proses penggantian ini biasanya mengambil masa antara 7 hingga 14 hari bekerja dari tarikh permohonan dibuat.
Had pembiayaan bagi Kad Kredit-i Bank Islam ditetapkan mengikut tahap pendapatan tahunan anda, di mana individu yang berpendapatan antara RM24,000 hingga RM36,000 setahun layak menerima had sebanyak 2 kali ganda gaji bulanan, manakala mereka yang berpendapatan RM36,000 ke atas boleh menerima sehingga 2.5 kali ganda gaji bulanan.

Walau bagaimanapun, jumlah akhir had pembiayaan ini tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara pihak bank berdasarkan penelitian terhadap maklumat dan dokumen permohonan anda.
Untuk mempercepatkan lagi proses tersebut, anda digalakkan untuk menyediakan beberapa dokumen berikut:

Pekerja bergaji:
•  Salinan kad pengenalan (depan dan belakang); DAN
•  Penyata KWSP terkini; ATAU
•  Salinan slip gaji 3 bulan terkini; ATAU
•  Borang EA terkini

Bekerja Sendiri:
•  Salinan kad pengenalan (depan dan belakang); DAN
•  Penyata bank 6 bulan terkini
•  Borang B terkini dengan resit pembayaran cukai
•  Borang 9/24/29
•  Sijil Pendaftaran Perniagaan

Bagaimana Cara Untuk Mohon Kad Kredit Bank Islam?

Anda boleh membuat perbandingan dan juga permohonan kad kredit secara online melalui platform RinggitPlus. Anda hanya perlu membandingkan kesemua kad kredit Bank Islam yang sesuai dengan kehendak dan mohon sekarang!

Kad Kredit Bank Islam Yang Terbaik Di Malaysia 2026

Banding dan pertimbangkan beberapa kad kredit Bank Islam terbaik di RinggitPlus!

Kad Kredit Pulangan Tunai Terbaik Bank Islam

Sama ada anda suka melancong atau membeli-belah, tingkatkan kemampuan kewangan anda dengan kad kredit ini yang menawarkan had pembiayaan tinggi dan sokongan bantuan pelanggan 24 jam sehari.

Kad Kredit-i Bank Islam Visa Infinite
Kad Kredit-i Bank Islam Visa Infinite

Gaji Min.

RM 100,000

Yuran Tahunan

RM 777

Kad Kredit Perniagaan Terbaik Bank Islam

Kembangkan perniagaan anda ke peringkat global dengan pelbagai keistimewaan dan manfaat yang direka khas untuk membantu pertumbuhan perniagaan anda dengan lebih jauh lagi.

Kad Kredit-i Bank Islam Visa Infinite Business
Kad Kredit-i Bank Islam Visa Infinite Business

Gaji Min.

RM -

Yuran Tahunan

RM 0

Kad Kredit TruPoints Terbaik Bank Islam

Berasaskan konsep Syariah, kad kredit platinum ini bebas daripada sebarang unsur riba dan hanya menerima transaksi daripada pedagang Halal sahaja.

Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard Platinum
Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard Platinum

Gaji Min.

RM 48,000

Yuran Tahunan

RM 388

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak