Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kad Kredit CIMB Terbaik

Pilih kad kredit CIMB untuk ganjaran tunai dan keistimewaan gaya hidup premium.

Papar Semua Kad Kredit
Paparan 1 hingga 10 daripada 14 hasil carian

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!

Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad CIMB

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas

Kad Islamik

Kad Islamik

Teroka kad kredit patuh Syariah yang mengamalkan pembiayaan beretika.

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Mampu Milik

Kad Mampu Milik

Dapatkan kad kredit dengan syarat permohonan mudah.

Gambaran Keseluruhan Kad Kredit CIMB di Malaysia

CIMB mempunyai kad kredit yang sesuai untuk keperluan dan manfaat anda, bermula daripada pulangan tunai dan mata ganjaran sehinggalah kepada keistimewaan menjamu selera dan pelancongan. Ketahui lebih lanjut mengenai kad kredit CIMB dan lihat apa yang ditawarkan oleh setiap kad untuk anda.

Kenapa Pilih Kad Kredit CIMB?

Rangkaian kad CIMB yang adalah cukup lengkap untuk semua golongan masyarakat di Malaysia.

Sama ada ia kad CIMB untuk pulangan tunai dan rebat, kad kredit pelancongan, atau kad ganjaran, pasti ada manfaat yang sesuai dengan gaya hidup anda. Lihat senarai kad kredit bank CIMB kami, dan jika anda menemui kad yang terbaik untuk anda, jom mohon kad kredit anda bersama kami hari ini!

Apa Ciri-ciri dan Manfaat Kad Kredit CIMB?

Terdapat beberapa ciri dan keistimewaan yang ditawarkan oleh kad kredit CIMB:

Ciri ini adalah antara kegemaran ramai bagi manfaat kad kredit, kerana anda boleh jimat sehingga ratusan Ringgit dalam setahun hanya dengan menggunakan kad kredit CIMB untuk membayar keperluan harian dan perbelanjaan lain!

Untuk rebat tunai bagi pawagam, barangan runcit, petrol, telefon bimbit, dan utiliti setiap bulan, dapatkan Kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum kerana anda memperoleh 5% pulangan tunai (had RM30) bagi kategori ini jika berbelanja RM3,000 ke atas sebulan. Bagi perbelanjaan di bawah jumlah tersebut, anda mendapat 2% pulangan tunai. Manakala untuk perbelanjaan makan malam hujung minggu, anda mendapat 12% pulangan tunai (had RM30) tanpa perbelanjaan minimum!

Jika anda mencari kad pulangan tunai petrol, dapatkan kad kredit CIMB Petronas Platinum. Dapatkan 7% pulangan tunai untuk perbelanjaan di Petronas apabila anda berbelanja RM3,000 ke atas, dan 3% untuk perbelanjaan sehingga RM2,999. Pulangan tunai dihadkan pada RM50 untuk petrol, dan anda mendapat 0.2% pulangan tunai tanpa had untuk perbelanjaan runcit lain.
Pastikan setiap perbelanjaan anda membawa pulangan dengan Mata Ganjaran Bonus CIMB. Anda boleh menebus pelbagai hadiah menarik seperti barangan rumah, baucar beli-belah, atau mata ganjaran penerbangan (air miles) melalui Katalog Ganjaran Ahli CIMB. Sebagai permulaan, Kad Kredit CIMB Platinum menawarkan 1x Mata Bonus untuk setiap RM1 perbelanjaan runcit. Bagi yang sering melancong, anda boleh memilih Kad Kredit CIMB Travel World Elite atau Kad Kredit CIMB Travel World untuk mengumpul mata bagi tiket penerbangan serta menikmati akses ruang istirahat lapangan terbang dan insurans perjalanan percuma.
Pelan pindahan baki CIMB memudahkan anda menguruskan hutang kad kredit dari bank lain dengan bayaran balik yang fleksibel dan tanpa yuran pemprosesan. Anda tidak perlu menyediakan sebarang dokumen untuk memohon. Dengan memindahkan baki tertunggak ke kad kredit CIMB baharu, anda dapat menjimatkan kos faedah dan menyatukan hutang anda di bawah satu pelan. Jumlah minimum yang boleh dipindahkan adalah RM1,000, sehingga 80% daripada had kredit kad CIMB anda.
Nikmati kemudahan bayaran ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan dengan CIMB 0% Easy Pay. Terbuka kepada pemegang kad utama dan pemegang kad tambahan, anda hanya perlu memaklumkan kepada pekerja di kedai yang mengambil bahagian bahawa anda ingin menggunakan pelan ansuran CIMB semasa membayar. Anda boleh memilih tempoh bayaran balik selama 12, 24, atau 36 bulan dengan kadar faedah 0%.
CIMB CashLite adalah perkhidmatan tambahan untuk pemegang kad kredit utama CIMB yang memerlukan wang tunai segera dengan meminjam daripada had kredit kad yang tersedia. Anda boleh memohon pinjaman minimum RM1,000 dengan kadar faedah tetap 9.88% dan tempoh bayaran balik sehingga 48 bulan secara ansuran tetap. Setelah diluluskan, wang akan dikreditkan ke akaun bank pilihan anda dalam masa 5 hari bekerja, tertakluk kepada terma dan syarat.

Proses permohonan CIMB CashLite adalah sangat mudah dan pantas. Anda hanya perlu hubungi talian 03 6204 7788 antara jam 9:30 pagi hingga 6:30 petang pada hari bekerja untuk memohon. Perkhidmatan ini tidak memerlukan sebarang dokumen, penjamin, atau cagaran. Anda hanya perlu nyatakan jumlah pinjaman dan tempoh bayaran balik yang diingini sama ada 12, 24, 36, atau 48 bulan kepada wakil bank.

Berapakah Jumlah Gaji Minimum Bagi Setiap Kad Kredit BSN?

Terdapat beberapa jenis kad kredit ditawarkan oleh BSN mengikut tahap pendapatan anda:

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Platinum-i, Kad Kredit CIMB Travel Platinum, Kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum dan Kad Kredit CIMB Platinum.
Kad Kredit CIMB Visa Signature
Kad Kredit CIMB World Mastercard
Kad Kredit CIMB Travel World
Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i dan Kad Kredit CIMB Visa Infinite
Kad Kredit CIMB Travel World Elite
Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite
Kad Kredit CIMB Platinum BussinessCard

Bagaimana Cara Untuk Mohon Kad Kredit CIMB?

Permohonan kad kredit boleh dibuat secara dalam talian melalui RinggitPlus! Anda hanya perlu bandingkan semua kad kredit CIMB yang ada dan mohon terus secara dalam talian.

Soalan-soalan Lazim Tentang Kad Kredit CIMB

Bagi membantu anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kad kredit CIMB, berikut adalah antara maklumat yang berguna untuk anda.

Untuk memohon kad kredit CIMB, pemegang kad utama mestilah warganegara Malaysia yang berada dalam lingkungan 21 hingga 65 tahun, manakala pemegang kad tambahan perlulah sekurang-kurangnya berumur 18 tahun.
CIMB mengenakan kadar faedah berperingkat dalam lingkungan 15% sehingga 18% setahun seperti yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Kadar faedah yang dikenakan biasanya lebih tinggi sekiranya anda mempunyai rekod pembayaran yang tidak konsisten, dan lebih rendah jika anda membuat pembayaran tepat pada masanya.
Anda perlu membuat bayaran balik bulanan minimum sebanyak 5% daripada baki semasa atau minimum RM50, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Bayaran balik bulanan kad CIMB mestilah dibuat pada tarikh akhir yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan caj bayaran lewat dikenakan sebanyak minimum RM10 atau 1% daripada jumlah baki tertunggak (tidak termasuk faedah dan yuran), mengikut mana-mana yang lebih tinggi, sehingga maksimum RM100.
Beberapa kad kredit CIMB menawarkan akses percuma ke ruang istirahat lapangan terbang dengan syarat perbelanjaan tertentu.

Bagi pemegang Kad Kredit CIMB Travel Platinum, anda boleh menikmati akses tahunan sebanyak 4 kali, namun ia memerlukan perbelanjaan runcit minimum RM3,000 dalam suku tahun kalendar untuk menebus satu lawatan bagi suku tahun tersebut.

Untuk Kad Kredit CIMB Visa Infinite pula, anda mendapat 5x akses percuma untuk tahun pertama, manakala pembaharuan lima lawatan bagi tahun seterusnya memerlukan jumlah perbelanjaan runcit tahunan minimum sebanyak RM60,000.

Bagi pelanggan CIMB Preferred Visa Infinite, anda boleh menikmati akses tahunan sebanyak 8 kali dengan syarat anda mengekalkan status pelanggan CIMB Preferred melalui pegangan minimum Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) sebanyak RM250,000; promosi khas ini berlangsung dari 1 Oktober 2025 sehingga 31 Mac 2026.

Selain itu, untuk akses ke ruang istirahat domestik seperti Sky Lounge di Lapangan Terbang Subang (SZB), pemegang kad kredit CIMB terpilih biasanya hanya perlu memenuhi perbelanjaan minimum yang lebih rendah, iaitu RM2,000 dalam bulan kalendar yang sama dengan waktu akses. Anda boleh merujuk Terma & Syarat penuh untuk maklumat lanjut.
Ya, insurans perjalanan percuma disediakan secara automatik apabila tambang penuh tiket penerbangan dibayar menggunakan kad premium CIMB yang layak.

Polisi insurans perjalanan percuma ini menawarkan perlindungan maksimum bagi kes kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan perjalanan sehingga RM300,000 untuk kad yang layak, seperti Kad kredit CIMB Preferred Visa Infinite.

Selain itu, perlindungan utama yang disediakan turut merangkumi manfaat perbelanjaan perubatan di luar negara sehingga RM50,000 serta pampasan bagi gangguan perjalanan seperti pembatalan atau pemendekan perjalanan sehingga RM25,000. Perlindungan ini diberikan secara automatik kepada pemegang kad, pasangan, dan anak-anak tanggungan mereka apabila tambang perjalanan penuh dibayar menggunakan kad kredit CIMB yang layak.
Terdapat beberapa kaedah utama untuk membayar bil kad kredit CIMB anda dengan mudah. Cara yang paling digalakkan bagi pemegang akaun CIMB adalah melalui aplikasi mudah alih CIMB OCTO atau CIMB Clicks yang dilindungi oleh SecureTAC. Anda hanya perlu log masuk ke aplikasi, pergi ke bahagian 'Accounts', pilih 'Credit Cards', tekan 'Pay Card', dan masukkan jumlah bayaran sebelum meluluskan transaksi.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan laman web CIMB Clicks dengan memilih menu 'Pay & Transfer', diikuti dengan 'Pay Loans & Cards' untuk memindahkan dana daripada akaun pilihan anda ke kad kredit tersebut.

Bagi mereka yang lebih selesa menggunakan kemudahan fizikal, pembayaran boleh dibuat di mana-mana ATM CIMB dengan memasukkan kad ATM dan PIN, kemudian memilih menu 'Lain-lain' dan 'Pembayaran Kad Kredit' untuk memasukkan butiran kad serta jumlah bayaran.

Anda juga boleh membuat bayaran daripada bank lain melalui pindahan IBG atau IBFT dengan memilih CIMB Bank Berhad sebagai bank penerima dan memasukkan 16 digit nombor kad kredit anda sebagai nombor akaun.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan JomPAY sekiranya kod pengebil tersedia pada penyata kad anda.

Kad Kredit CIMB Terbaik Di Malaysia 2026

Berikut adalah beberapa kad kredit CIMB yang boleh anda pertimbangkan dan mohon segera untuk memudahkan urusan kewangan anda.

Kad Kredit CIMB Rewards Terbaik dengan Keistimewaan Perjalanan

Bagi mereka yang banyak berbelanja di luar negara, CIMB Visa Infinite menawarkan 5x mata ganjaran untuk setiap RM1 perbelanjaan runcit dan makan di luar negara, serta 1x mata ganjaran untuk perbelanjaan runcit tempatan.

Selain itu, anda akan menikmati 8x akses percuma ke Plaza Premium Lounge setiap tahun, bantuan perjalanan, dan insurans perjalanan percuma. Apa yang paling menarik, kad CIMB Visa Infinite ini adalah percuma seumur hidup tanpa sebarang yuran tahunan.

CIMB Visa Infinite
CIMB Visa Infinite

Gaji Min.

RM 120,000

Yuran Tahunan

RM 0

Kad Kredit Pulangan Tunai CIMB Terbaik dengan Pulangan Sehingga 5%

Ini merupakan kad pulangan tunai terbaik daripada CIMB untuk rebat bagi pawagam, barangan runcit, petrol, bil telefon bimbit, dan bil utiliti melalui arahan tetap. Anda boleh menerima pulangan tunai sehingga RM30 sebulan pada kadar 5% untuk perbelanjaan RM3,000 ke atas, atau 2% untuk perbelanjaan di bawah RM3,000.

Anda juga akan mendapat pulangan tunai 2% untuk perbelanjaan mata wang asing dengan had maksimum RM30 tanpa perbelanjaan minimum, serta pulangan tunai 0.2% tanpa had untuk semua perbelanjaan runcit atau dalam talian yang lain.

Kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum
Kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum

Gaji Min.

RM 24,000

Yuran Tahunan

RM 0

Kad Kredit Petrol CIMB Terbaik dengan Pulangan Tunai

Sekiranya anda pengguna setia Petronas, kad petrol ini adalah pilihan tepat kerana ia mampu menjimatkan sehingga RM60 setiap bulan. Perbelanjaan di Petronas sebanyak RM4,000 ke atas sebulan melayakkan anda mendapat pulangan tunai 12%, manakala perbelanjaan di bawah RM1,500 akan menerima pulangan tunai 6%.

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i
Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i

Gaji Min.

RM 120,000

Yuran Tahunan

RM 0

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak