Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kad Kredit HSBC Terbaik

Bandingkan dan mohon kad kredit HSBC terbaik di Malaysia. Dapatkan ganjaran, pulangan tunai, dan keistimewaan perjalanan eksklusif dengan kad kredit HSBC.

Papar Semua Kad Kredit
Paparan 1 hingga 8 daripada 8 hasil carian

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!

Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Kredit HSBC

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas

Kad Islamik

Kad Islamik

Teroka kad kredit patuh Syariah yang mengamalkan pembiayaan beretika.

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Mampu Milik

Kad Mampu Milik

Dapatkan kad kredit dengan syarat permohonan mudah.

Promosi Terkini Kad Kredit HSBC

Untuk tempoh yang terhad, pemohon yang memenuhi syarat akan menerima hadiah pendaftaran secara percuma seperti berikut:

• RM4,500 Kredit eDompet Touch 'n Go (terhad 3 unit) – Bagi setiap pemohon ke-20 dengan perbelanjaan RM1,000 dan keatas dalam 60 hari. Kad yang layak: HSBC Visa Signature, HSBC TravelOne, HSBC Live+.

• RM600 Kredit eDompet Touch 'n Go (Dijamin) – Perbelanjaan RM1,000 dalam 60 hari. Kad yang layak: HSBC Visa Signature.

• RM400 Kredit eDompet Touch 'n Go (Dijamin) – Perbelanjaan RM1,000 dalam 60 hari. Kad yang layak: HSBC TravelOne, HSBC Live+.

Tempoh promosi: 8 September - 17 September 2025. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Apakah Ciri-ciri dan Faedah Kad Kredit HSBC?

Tingkatkan gaya hidup anda dengan pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh kad kredit HSBC. Kad kredit HSBC menawarkan ciri-ciri yang memenuhi keperluan anda daripada mata ganjaran sehinggalah akses eksklusif ke tawaran perjalanan, diskaun makan dan banyak lagi.

Apakah Ciri-ciri dan Faedah Kad Kredit HSBC?

Tingkatkan gaya hidup anda dengan pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh kad kredit HSBC. Kad kredit HSBC menawarkan ciri-ciri yang memenuhi keperluan anda daripada mata ganjaran sehinggalah akses eksklusif ke tawaran perjalanan, diskaun makan dan banyak lagi.

Dapatkan lebih banyak mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan harian anda! Kad kredit HSBC Platinum memberi ganjaran hebat untuk perbelanjaan harian. Dapatkan 8X mata ganjaran untuk transaksi tanpa sentuh, 5X mata ganjaran untuk perbelanjaan luar negara dan pembelian dalam talian untuk menjadikan setiap perbelanjaan anda lebih berbaloi.
Jimat lebih dengan pulangan tunai sehingga 8% untuk perbelanjaan harian anda! Dengan kad HSBC Amanah MPower Platinum, anda boleh mendapat pulangan tunai sehingga 8% bagi perbelanjaan petrol, barangan runcit dan e-Wallet apabila berbelanja setiap bulan melebihi RM2,000.
Nikmati kemewahan perjalanan dengan akses lounge eksklusif dan lebih banyak keistimewaan! Dapatkan akses ke lounge lapangan terbang dan diskaun eksklusif di seluruh dunia dengan kad HSBC Visa Signature, termasuk perlindungan insurans perjalanan.
Urus kewangan anda dengan lebih mudah melalui pelan ansuran dan pemindahan baki HSBC! Nikmati pelan pengurusan hutang yang fleksibel dengan program pemindahan baki HSBC dan pelan ansuran tunai HSBC dengan kadar faedah rendah.

Pelan Ansuran Tunai HSBC: Pelan pinjaman tunai dengan kadar serendah 3.88% setahun untuk tempoh 12 bulan, terhad 60% daripada had kredit anda. Pelan ini tersedia untuk pelanggan baharu yang memohon bersama kad kredit baharu, manakala pelanggan sedia ada menikmati kadar 4.88% setahun dengan syarat yang sama.

Pelan Ansuran Kad HSBC: Nikmati ansuran 0% sehingga 36 bulan di lebih 500 kedai rakan niaga yang mengambil bahagian apabila anda membuat pembayaran menggunakan kad kredit HSBC.

Apa Dokumen Diperlukan untuk Permohonan Kad Kredit HSBC?

Sediakan dokumen seperti pengenalan diri dan bukti pendapatan untuk memudahkan permohonan kad kredit HSBC. Mohon kad kredit HSBC secara dalam talian melalui RinggitPlus.

*Jika anda telah buat permohonan untuk kad tambahan, sila sertakan salinan kad pengenalan pemegang kad tambahan (depan dan belakang).

Pekerja Bergaji

Individu Bekerja Sendiri Warga Asing/Ekspatriat

•  Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
•  Slip gaji 3 bulan terkini ATAU penyata KWSP terkini
•  Penyata bank 6 bulan terkini
•  Borang BE terkini dengan resit cukai rasmi

•  Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
•  Salinan Borang 9, 24 dan 49 ATAU sijil perakuan pendaftaran perniagaan (SSM)
•  Penyata bank syarikat 6 bulan terkini
•  Borang B terkini dengan resit cukai rasmi

•  Salinan pasport
•  Slip gaji 3 bulan terkini
•  Surat pengesahan majikan mengenai jawatan, gaji dan tempoh perkhidmatan
•  Bekerja dengan syarikat multinasional/syarikat tersenarai awam/kerajaan/separa kerajaan/majikan pinjaman korporat HSBC sahaja

Soalan Lazim Tentang Kad Kredit HSBC Malaysia

Baca soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai kad kredit HSBC. Ia akan membantu anda memahami ciri-ciri kad yang ditawarkan dan memilih kad yang paling sesuai dengan gaya hidup serta keperluan perbelanjaan anda.

Promosi ini terbuka kepada pelanggan baharu HSBC sahaja. Pemegang kad utama sedia ada, pelanggan yang telah memohon atau membatalkan kad kredit HSBC dalam tempoh 6 bulan dari tarikh permulaan kempen tidak layak untuk menyertai promosi ini.
Anda perlu memohon dan mendapat kelulusan untuk kad kredit HSBC yang layak. Bagi HSBC Live+, Visa Signature dan TravelOne, anda mesti mengaktifkan kad dan berbelanja sekurang-kurangnya RM1,000 dalam tempoh 60 hari selepas kelulusan. Untuk HSBC Platinum dan Amanah MPower Platinum, anda perlu mengaktifkan kad, berbelanja minimum RM500 dan melakukan 5 tambah nilai e-wallet dalam tempoh yang sama.
Kad kredit HSBC Visa Signature, TravelOne, Live+, Platinum, Amanah MPower Platinum-i.
Kadar faedah adalah antara 15% hingga 18% setahun bergantung pada tabiat pembayaran anda. Jika bayaran balik dibuat secara konsisten, kadar faedah yang dikenakan adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika pembayaran tidak konsisten atau tertunggak, kadar faedah akan menjadi lebih tinggi.
Bayaran minimum ialah 5% daripada baki semasa atau RM50, mana-mana yang lebih tinggi. Anda perlu membuat bayaran pada tarikh akhir yang ditetapkan. Jika lewat, caj pembayaran lewat minimum RM10 atau 1% daripada jumlah tertunggak (sehingga RM100) akan dikenakan.
Untuk pertanyaan mengenai permohonan kad kredit HSBC, anda boleh e-mel pertanyaan anda ke [email protected].

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak