Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kad Kredit Hong Leong Bank Terbaik

Tingkatkan keupayaan kewangan anda dengan kad kredit digital Hong Leong Bank.

Papar Semua Kad Kredit
Paparan 1 hingga 7 daripada 7 hasil carian

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!

Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Hong Leong Bank

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas

Kad Islamik

Kad Islamik

Teroka kad kredit patuh Syariah yang mengamalkan pembiayaan beretika.

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Mampu Milik

Kad Mampu Milik

Dapatkan kad kredit dengan syarat permohonan mudah.

Gambaran Keseluruhan Kad Kredit Hong Leong Bank di Malaysia

Hong Leong Bank Berhad merupakan bank berteraskan teknologi yang sentiasa fokus dalam membangunkan keupayaan kewangan untuk melayani pelanggannya. Bank ini berpangkalan di Malaysia dan turut mempunyai cawangan di negara jiran seperti Singapura, Hong Kong, Vietnam, Kemboja, serta China.

Kelebihan dan Ciri Menarik Kad Kredit Hong Leong

Hong Leong Bank menawarkan pelbagai jenis kad kredit di Malaysia mengikut keperluan anda. Sama ada anda mencari pulangan tunai yang tinggi, ganjaran menarik, kelebihan untuk melancong, atau kad tanpa yuran tahunan.

Berikut adalah antara kelebihan utama yang ditawarkan:

Kad Kredit Hong Leong Wise menawarkan pulangan tunai sehingga 15% bagi perbelanjaan seperti petrol, barangan dapur, makan di luar, utiliti, beli-belah dalam talian, dan tambah nilai eWallet. Anda juga boleh nikmati pulangan tunai tanpa had sebanyak 0.2% untuk perbelanjaan runcit yang lain, termasuk insurans dan transaksi luar negara.
Kad Hong Leong Visa Infinite dan Visa Infinite P sangat sesuai untuk mereka yang kerap melancong. Anda boleh kumpul mata ganjaran Enrich (Malaysia Airlines) dan nikmati akses percuma sehingga 4 kali setahun ke Plaza Premium Lounge di Malaysia dan Singapura. Selain itu, anda dilindungi insurans perjalanan sehingga RM2 juta jika tambang penerbangan dibayar penuh menggunakan kad ini.
Kad Hong Leong Sutera Platinum memberikan sehingga 8X Mata Ganjaran HLB yang boleh ditebus untuk baucar beli-belah, gajet, dan banyak lagi. Kad lain seperti GSC - Hong Leong Platinum pula menawarkan diskaun tiket wayang dan tempahan keutamaan.
Jangan risau tentang perbelanjaan besar. Dengan Pelan Bayaran Flexi Hong Leong Bank, anda boleh menukarkan transaksi melebihi RM500 kepada ansuran bulanan sehingga 36 bulan. Kadar faedah bermula serendah 1.88% setahun, dan anda boleh memohon dengan mudah melalui perbankan dalam talian HLB Connect.
Uruskan hutang kad kredit dengan lebih bijak melalui pelan pindahan baki dengan yuran sekali bayar 0% untuk tempoh 3 bulan. Ia merupakan cara yang mudah untuk mengurangkan beban kewangan dan mengawal semula pembayaran balik anda, terutamanya jika anda mahukan komitmen bulanan yang lebih rendah dan penyusunan semula kewangan yang lebih bersih.
Hampir kesemua kad kredit Hong Leong Bank datang tanpa yuran tahunan seumur hidup atau pengecualian yuran dengan perbelanjaan minimum — membantu anda berjimat dalam jangka masa panjang. Kesemua kad disokong oleh HLB Connect, membolehkan anda menjejak transaksi, membayar bil, menebus ganjaran, dan mengurus akaun anda dengan selamat melalui telefon atau komputer desktop.

Syarat Kelayakan dan Pendapatan Minimum

Anda boleh memohon kad kredit Hong Leong secara dalam talian dengan mudah! Secara amnya, pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun untuk berkelayakan.

Nota: Syarat pendapatan minimum untuk warga asing (expatriate) mungkin berbeza.

Jenis KadGaji Minimum
Hong Leong Wise / I'm Card / GSC Gold / EssentialRM2,000
Hong Leong Sutera PlatinumRM3,000
GSC - Hong Leong Platinum VisaRM5,000
Hong Leong Visa Infinite / Doctor's EditionRM8,333
Hong Leong Visa Infinite PAtas jemputan sahaja

Dokumen yang Diperlukan

Sediakan dokumen berikut sebelum memohon:

Bagi Pekerja Bergaji:
• Slip gaji 3 bulan terkini.
• Penyata EPF terkini (caruman sekurang-kurangnya 6 bulan).
• Borang BE terkini (beserta resit cukai).
• Penyata bank atau buku akaun simpanan 3 bulan terkini.
• Surat pengesahan jawatan.

Bagi Yang Bekerja Sendiri:

• Penyata EPF terkini (caruman sekurang-kurangnya 6 bulan).
• Borang B terkini (beserta resit cukai).
• Penyata bank atau buku akaun simpanan 6 bulan terkini.

3 Kad Kredit Hong Leong Terbaik 2026

Adakah anda seorang peminat tegar filem? Seorang usahawan yang sering terbang ke sana sini? Seorang pengembara yang sentiasa mencari pengembaraan gastronomi?

Atau mungkin, anda seorang yang bijak berbelanja dan ingin memaksimumkan pulangan tunai serta ganjaran kad kredit Hong Leong Bank anda? Bandingkan kad terbaik untuk anda dan mohon secara dalam talian tanpa membayar sebarang yuran pentadbiran!

Kad Kredit Terbaik Hong Leong untuk Pulangan Tunai

Tanpa mengira jenama petrol pilihan anda, anda sentiasa boleh memperoleh pulangan tunai 10% untuk perbelanjaan petrol. Anda layak memohon jika pendapatan tahunan minimum adalah RM24,000.

Kad Kredit Hong Leong Wise
Kad Kredit Hong Leong Wise

Gaji Min.

RM 24,000

Yuran Tahunan

RM 98

Sesuai Untuk Pembayaran Premium Insurans

Kad kredit ini membolehkan anda menikmati pulangan tunai untuk pembayaran premium insurans dan pembelian runcit lain. Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak anda dapat!

Kad Kredit Hong Leong Essential
Kad Kredit Hong Leong Essential

Gaji Min.

RM 24,000

Yuran Tahunan

RM 100

Kad Untuk Para Pengembara

Nikmati 4X akses percuma ke Plaza Premium Lounge terpilih di Malaysia dan Singapura, serta insurans perjalanan yang komprehensif. Bantuan 24/7 untuk tempahan dan pesanan turut disediakan.

Kad Kredit Hong Leong Infinite
Kad Kredit Hong Leong Infinite

Gaji Min.

RM 100,000

Yuran Tahunan

RM 0

Berapakah Had Kredit Minimum Untuk Kad Kredit Hong Leong Bank?

Had kredit minimum bagi kad kredit Hong Leong Bank bermula daripada RM2,000 sehingga RM100,000 seperti yang tertera dalam jadual di bawah:

Jenis Kad Had Kredit Minimum
Kad Kredit Hong Leong Wise RM2,000
Kad Kredit Hong Leong Essential RM2,000
Kad Kredit Hong Leong I’m RM2,000
Kad Kredit Hong Leong Sutera Platinum RM12,000
Kad Kredit Hong Leong Infinite RM45,000
Kad Kredit Hong Leong Infinite P RM100,000

Ganjaran Kad Kredit Travel Hong Leong

Berikut adalah ganjaran mata penerbangan MAS Enrich yang ditawarkan oleh kad kredit travel Hong Leong:

Jenis Kad: Hong Leong Visa Infinite dan Hong Leong Visa Infinite P.

• Transaksi Runcit Tempatan: Setiap RM3.50 = 1 mile.
• Transaksi Runcit Luar Negara: Setiap RM2.20 = 1 mile.

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak