Kad Kredit OCBC Terbaik
Maksimumkan penjimatan harian dan pulangan tunai tanpa had melalui kad kredit OCBC.
Promosi Minggu ini
Manfaat PremiumOCBC Premier Voyage MasterCard
OCBC Premier Voyage MasterCard
- Pendapatan Min.
- RM -
- Yuran Tahunan
- RM 750
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati mata ganjaran bagi setiap perbelanjaan, 4x akses ke Plaza Premium Lounge dan insurans perjalanan percuma sehingga USD1,000,000.

Tiada Yuran TahunanOCBC Great Eastern Platinum MasterCard
OCBC Great Eastern Platinum MasterCard
- Pendapatan Min.
- RM 4,000
- Yuran Tahunan
- percuma
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati pulangan tunai sehingga 2.5% setiap bulan dan percuma yuran tahunan seumur hidup!

OCBC$ sah untuk 5 tahunOCBC 365 MasterCard
OCBC 365 MasterCard
- Pendapatan Min.
- RM 4,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati mata ganjaran sehingga 10X OCBC$ setiap bulan dan percuma yuran tahunan untuk tahun pertama.

Insurans perjalanan RM2 jutaOCBC World MasterCard
OCBC World MasterCard
- Pendapatan Min.
- RM 8,333
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati pulangan tunai bagi setiap perbelanjaan, 2x akses percuma ke Plaza Premium Lounge dan insurans perjalanan percuma sehingga RM2,000,000.

Urus wang dengan bijak!OCBC Cashflo MasterCard
OCBC Cashflo MasterCard
- Pendapatan Min.
- RM 4,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati faedah 0% dengan Pelan Pembayaran Mudah OCBC dan yuran tahunan percuma untuk tahun pertama.

Sehingga 12X Mata OCBC$OCBC Titanium MasterCard Pink
OCBC Titanium MasterCard Pink
- Pendapatan Min.
- RM 4,000
- Yuran Tahunan
- percuma
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati mata ganjaran sehingga 12X OCBC$ setiap bulan dan percuma yuran tahunan seumur hidup.

Raih OCBC$ tanpa hadOCBC Titanium MasterCard Blue
OCBC Titanium MasterCard Blue
- Pendapatan Min.
- RM 4,000
- Yuran Tahunan
- percuma
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati mata ganjaran sehingga 12X OCBC$ setiap bulan dan yuran tahunan percuma seumur hidup.

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!
Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas


Kad Tanpa Yuran Tahunan
Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Apakah Ciri-ciri dan Manfaat Kad Kredit OCBC?
Kad kredit OCBC direka khas untuk memberikan nilai tambah kepada setiap ringgit yang anda belanjakan, sama ada untuk keperluan harian mahupun gaya hidup mewah. Dengan pelbagai pilihan yang menawarkan pulangan tunai, mata ganjaran, serta fleksibiliti kewangan, berikut adalah ciri-ciri dan manfaat utama yang menjadikan kad kredit OCBC pilihan yang bijak untuk anda:
Anda boleh nikmati cashback 1.2% tanpa had untuk perbelanjaan luar negara dan 0.5% untuk perbelanjaan tempatan.
Lebih banyak anda belanja, lebih banyak cashback yang anda dapat!
Bagi anda yang suka beli-belah dalam talian, membeli barang dapur, dan kerap makan di luar, OCBC MasterCard Pink atau OCBC MasterCard Blueadalah kad yang sangat sesuai.
Anda boleh kumpul sehingga 12X OCBC$ apabila berbelanja online atau transaksi e-wallet semasa jualan Double Date dan hari gaji (Pay Day).
Pada hari-hari lain, anda tetap akan mendapat 6X OCBC$ untuk transaksi yang sama, memastikan anda sentiasa mendapat ganjaran bagi setiap perbelanjaan digital.
Sesiapa yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan RM36,000 layak untuk memohon OCBC Great Eastern Platinum MasterCard.
Namun, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu polisi insurans Great Eastern Life yang sah untuk layak memohon kad ini.
Anda juga boleh memohon kad tambahan untuk ahli keluarga tanpa sebarang yuran tahunan, asalkan mereka memenuhi syarat umur minimum.
Anda tidak perlu meluangkan masa daripada jadual kerja yang sibuk semata-mata untuk membayar bil atau cek secara manual; biarkan kad OCBC anda uruskannya. Melalui sistem auto debit OCBC PayMaster, semua bil bulanan dan bayaran balik pinjaman anda akan dibayar secara automatik. Ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah memudahkan urusan harian anda.
Talian Kredit OCBC yang Fleksibel
Berbelanja tanpa pengurusan yang baik boleh menjejaskan kewangan anda. Itulah sebabnya OCBC menawarkan pelbagai pilihan talian kredit yang fleksibel untuk membantu anda berbelanja dengan bijak:
OCBC Balance Transfer (Pindahan Baki): Kurangkan beban kewangan anda dengan bayaran balik bulanan yang lebih rendah melalui kadar faedah pindahan baki sekali bayar bermula dari 2%. Anda hanya perlu memindahkan minimum RM1,000 daripada baki tertunggak kad kredit bank lain ke kad kredit OCBC anda. Dengan cara ini, anda boleh menikmati penjimatan sehingga 60% untuk caj faedah tanpa sebarang yuran pemprosesan atau caj pengendalian. Anda juga mempunyai lebih kawalan terhadap bayaran balik dengan ansuran bulanan dan tempoh bayaran yang tetap.
OCBC Balance Conversion (Penukaran Baki): Melalui OCBC Balance Conversion, anda boleh menggabungkan pelbagai pembelian runcit pada kad kredit anda dan menukarkannya kepada bayaran bulanan yang mampu milik pada kadar 7.99% setahun untuk tempoh 12 hingga 36 bulan. Tiada tempoh terkunci (lock-in period) dikenakan. Syaratnya, transaksi runcit anda mestilah muncul dalam penyata bulan semasa dan belum melepasi Tarikh Tamat Tempoh Bayaran. Jumlah minimum untuk penukaran baki ini adalah RM1,000 dan ia boleh terdiri daripada gabungan lebih daripada satu transaksi.
OCBC Flexi Balance Transfer: Sistem pindahan baki ini memberikan anda kebebasan untuk membuat bayaran balik secara fleksibel. Anda boleh menikmati bayaran bulanan minimum sebanyak 6% daripada jumlah baki tunggakan anda atau RM50, mengikut mana yang lebih tinggi. Lebih banyak anda bayar di awal tempoh, lebih sedikit faedah yang perlu anda tanggung, dengan pemindahan minimum hanya RM1,000.
OCBC Easy Payment Plan (EPP): Dengan pelan ini, anda boleh membahagikan pembelian runcit kepada bayaran balik mampu milik selama 5, 10, atau 20 bulan dengan yuran pengendalian sekali bayar sebanyak 4% hingga 7%. Ini bermakna anda boleh menikmati beli-belah tanpa faedah sehingga 20 bulan tanpa sebarang yuran penamatan awal atau urusan dokumentasi yang rumit.
OCBC Call-for-Cash: Tiada yang lebih mudah daripada mendapatkan wang tunai segera hanya dengan satu klik! Anda boleh mendapatkan akses tunai dengan ansuran tetap sehingga 36 bulan. Kemudahan ini ditawarkan sehingga 80% daripada had kad kredit OCBC anda yang tersedia. Wang tunai yang anda perlukan kini hanya di hujung jari.
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Kad Kredit OCBC
Memahami tanggungjawab kewangan dan cara menguruskan akaun anda adalah langkah penting untuk menikmati manfaat kad kredit OCBC sepenuhnya. Bahagian FAQ ini disediakan untuk membantu anda memahami aspek penting seperti kadar faedah, syarat pembayaran balik, serta bantuan sekiranya berlaku kecemasan bagi memastikan pengalaman perbankan anda sentiasa lancar dan selamat.
Adakah saya layak untuk memohon kad kredit OCBC?
Untuk memohon kad kredit OCBC, pemegang kad utama mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, manakala pemegang kad tambahan pula mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Syarat pendapatan tahunan minimum adalah berbeza mengikut jenis kad yang dipilih.
Sila ambil perhatian bahawa syarat pendapatan minimum bagi ekspatriat mungkin berbeza.
| Kategori | Syarat Kelayakan |
| Umur Pemegang Kad Utama | Minimum 21 tahun |
| Umur Pemegang Kad Tambahan | Minimum 18 tahun |
| Warganegara | Sesiapa sahaja |
| Pendapatan Bulanan | OCBC Great Eastern Platinum Mastercard: RM4,000 OCBC 365 Mastercard: RM4,000 OCBC Cashflo Mastercard: RM6,000 OCBC Titanium Mastercard Pink/Blue: RM4,000 OCBC World Mastercard: RM8,333 OCBC Premier Voyage Mastercard: Hanya untuk ahli OCBC Premier Banking |
Dokumen apakah yang diperlukan untuk memohon kad kredit OCBC?
Anda boleh membuat perbandingan dan memohon secara terus di RinggitPlus. Untuk mempercepatkan proses permohonan anda, sila sediakan dokumen am yang diperlukan seperti berikut:
Dokumen-dokumen Untuk Memohon Kad Kredit OCBC
| Pekerja Bergaji / Pengarah (Sdn. Bhd.) | Penerima Komisen | Bekerja Sendiri / Rakan Kongsi Perniagaan / Pengarah Syarikat Bukan Bergaji (Sdn. Bhd.) |
| Salinan IC (depan dan belakang) Penyata EPF terkini dengan caruman sekurang-kurangnya 6 bulan (untuk warga Malaysia) Penyata Central Provident Fund (CPF) terkini (untuk warga Malaysia yang bekerja di Singapura dengan status PR Singapura) Slip gaji 3 bulan terkini DAN Slip gaji 1 bulan terkini (pendapatan tetap) ATAU penyata bank 4 bulan terkini jika tidak tertakluk kepada potongan EPF | Salinan IC (depan dan belakang) Slip gaji 3 bulan terkini Penyata bank (dengan gaji tetap) Penyata komisen 6 bulan terkini Bukti Bayaran Cukai / Potongan Cukai Bulanan / Notis Taksiran (NOA) DAN Penyata bank (tanpa gaji tetap) ATAU Borang B / BE / E-Filing dengan Resit Cukai yang disahkan | Salinan IC (depan dan belakang) Borang 24 / 29 / Credit Bureau Malaysia (CBM) / Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Borang B / BE / E-Filing dengan Resit Cukai yang telah disahkan Penyata bank yang disahkan untuk membuktikan pembayaran cukai Penyata bank syarikat 6 bulan terkini Bukti Bayaran Cukai ATAU Potongan Cukai Bulanan / Notis Taksiran (NOA) |
Kad Kredit OCBC Terbaik di Malaysia 2026
Sama ada anda mencari pulangan tunai bagi setiap perbelanjaan, perlindungan insurans tambahan, atau ganjaran eksklusif untuk gaya hidup mewah, OCBC mempunyai pilihan kad yang memenuhi setiap keperluan anda. Menariknya, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian dengan mudah! Apa yang perlu anda lakukan hanyalah layari RinggitPlus untuk membuat perbandingan antara semua kad yang ditawarkan dan teruskan dengan permohonan anda.
Berikut adalah senarai kad kredit OCBC terbaik untuk tahun 2026:
Yuran Tahunan Percuma Seumur Hidup
Jika warna merah jambu adalah kegemaran anda, kad ini pastinya akan menarik perhatian anda. Terokai sisi kehidupan yang lebih manis dengan kad ini yang menawarkan yuran tahunan percuma seumur hidup. Anda juga boleh mengumpul sehingga 12X OCBC$ apabila membeli-belah dalam talian atau melakukan transaksi e-wallet semasa jualan Double Date dan hari gaji (Pay Day).

Gaji Min.
RM 48,000
Yuran Tahunan
RM 0
Untuk Golongan Profesional Muda
Kad permulaan yang amat sesuai untuk para profesional muda yang baru mula menggunakan talian kredit. Nikmati pengumpulan mata ganjaran sehingga 12X OCBC$ untuk membeli-belah dalam talian atau transaksi e-wallet, serta pengecualian yuran tahunan seumur hidup.

Gaji Min.
RM 48,000
Yuran Tahunan
RM 0
Kad Kredit Insurans Terbaik OCBC
Kad ini bertujuan untuk memberikan yang terbaik daripada kedua-dua dunia – kad kredit dan insurans – kepada pemegangnya. Eksklusif untuk pemegang polisi Great Eastern, kad ini bukan sahaja memudahkan pembayaran bil dan pembelian, malah turut melindungi anda dengan perlindungan insurans sehingga RM100,000 bagi kematian dan hilang upaya kekal (TPD).

Gaji Min.
RM 48,000
Yuran Tahunan
RM 0
Kad Untuk Membeli-belah
Maksimumkan ganjaran anda dengan memperoleh 10X OCBC$ untuk perbelanjaan harian seperti membeli-belah, barangan dapur, dan makan di luar. Apa yang lebih menarik, mata ganjaran ini sah sehingga 5 tahun! Selain itu, nikmati tempoh tanpa faedah selama 20 hari untuk pembelian dan pengecualian yuran tahunan.

Gaji Min.
RM 48,000
Yuran Tahunan
RM 100
Pulangan Tunai Sehingga 1.2%
Nikmati pulangan tunai dan pelbagai keistimewaan eksklusif. Anda boleh melancong dengan tenang melalui akses segera ke Plaza Premium Lounge KLIA, insurans perjalanan percuma, serta khidmat rencam (concierge) 24/7.

Gaji Min.
RM 100,000
Yuran Tahunan
RM 388
Kad Kredit Travel Terbaik OCBC
Ini merupakan kad eksklusif OCBC yang diperbuat daripada duralumin (sejenis aloi logam). Kumpul Voyage Miles yang tidak akan tamat tempoh dan gunakannya untuk menebus tiket penerbangan percuma pada bila-bila masa. Kad ini meningkatkan kualiti perjalanan anda dengan 4X akses percuma ke KLIA Flight Club, insurans kemalangan perjalanan sehingga $1 juta, dan khidmat concierge Voyage Exchange 24 jam untuk membantu anda semasa bercuti.

Gaji Min.
RM -
Yuran Tahunan
RM 750
Dengar Apa Kata Pengguna Kami
Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak






