Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kad Kredit Standard Chartered Terbaik

Raih pelbagai manfaat apabila anda berbelanja dengan kad kredit Standard Chartered.

Papar Semua Kad Kredit
Paparan 1 hingga 5 daripada 5 hasil carian

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!

Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Standard Chartered

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas

Kad Islamik

Kad Islamik

Teroka kad kredit patuh Syariah yang mengamalkan pembiayaan beretika.

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Mampu Milik

Kad Mampu Milik

Dapatkan kad kredit dengan syarat permohonan mudah.

Ciri-ciri dan Faedah Kad Kredit Standard Chartered Bank

Ganjaran dan Manfaat Perjalanan
Kumpul Mata Ganjaran 360° dengan kad kredit Standard Chartered Visa Platinum dan Standard Chartered Platinum MasterCard Basic. Nak tahu baki mata anda? Semak pada penyata bulanan atau log masuk ke Perbankan Online SC.

Anda boleh menebus mata ganjaran untuk pelbagai hadiah yang ditawarkan. Anda juga boleh menggabungkan mata ganjaran yang terkumpul dengan bayaran tunai kalau anda mahu menyimpan mata ganjaran anda untuk pembelian besar kelak.

Selain itu, anda juga boleh menukar mata ganjaran anda kepada mata penerbangan (air miles) daripada syarikat penerbangan pilihan yang bekerjasama dengan Standard Chartered. Atau jika anda seorang pengembara tegar, anda boleh dapatkan kad perjalanan khas seperti Kad Kredit Standard Chartered Journey untuk mengumpul dan menebus mata penerbangan dengan mudah.

Dapatkan Pulangan Tunai dengan Kad Kredit Standard Chartered
Anda boleh dapatkan pulangan tunai (cashback) untuk setiap perbelanjaan bulanan petrol atau pembelian runcit anda dengan kad kredit Standard Chartered.

Sebagai contoh, Kad Kredit Standard Chartered Simply Cash menawarkan anda sehingga 15% pulangan tunai setiap kali anda berbelanja. Pulangan tunai yang terkumpul boleh ditukarkan kepada hadiah, atau terus dikreditkan sebagai tunai ke akaun kad kredit Standard Chartered anda.

Nikmati Kadar Faedah Lebih Rendah dengan Pelan Pemindahan Baki Standard Chartered

Baki tertunggak kad kredit masih akan dikenakan caj faedah selagi anda tidak menyelesaikannya. Jika anda hanya membayar sebahagian daripada jumlah baki tertunggak juga tidak akan membantu menyelesaikan hutang kad kredit anda.

Dengan kad kredit Standard Chartered, anda mempunyai jalan penyelesaian melalui pelan pemindahan baki atau balance transfer plan. Pelan ini mempunyai kadar faedah yang rendah dan tempoh bayaran balik yang fleksibel.

Dengan cara ini, anda boleh berjimat dari segi faedah dan mengurangkan jumlah ansuran bulanan. Tetapi, anda haruslah memastikan anda membayar ansuran minimum setiap bulan jika tidak mahu dikenakan caj kewangan yang tinggi sehingga 18% setahun.

Pelan Pembayaran Mudah dengan Standard Chartered FlexiPay

Pelan pembayaran mudah Standard Chartered menawarkan anda pelan untuk menukar pembelian besar kepada ansuran bulanan yang lebih kecil dengan tempoh bayaran balik yang fleksibel.

Jumlah minimum hanyalah RM500, dan anda perlu mohon Standard Chartered FlexiPay Plus dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian untuk menikmati kadar faedah rata dan rendah.

Apakah faedah perjalanan yang boleh saya perolehi dengan kad kredit Standard Chartered?

Untuk rakyat Malaysia yang kerap melancong, kad kredit Standard Chartered menawarkan pelbagai faedah perjalanan untuk menambahkan keselesaan dan nilai perjalanan anda.

Salah satu faedah utama ialah akses percuma ke Plaza Premium Lounge terpilih di KLIA dan KLIA2, di mana anda boleh berehat dahulu sebelum penerbangan antarabangsa anda.

Beberapa kad seperti Kad Kredit Standard Chartered Journey pula membolehkan anda untuk mengumpul dan menebus mata penerbangan dengan lebih cekap untuk penerbangan percuma. Anda turut dapat menikmati rebat perjalanan melalui Grab ke lapangan terbang secara bulanan apabila anda mencapai had perbelanjaan minimum untuk kategori berkaitan perjalanan.

Tambahan pula, kad tersebut juga menawarkan insurans perjalanan secara percuma bernilai sehingga USD100,000, termasuk perlindungan COVID-19.

Bagaimana Cara Memohon Kad Kredit Standard Chartered?

Sesiapa sahaja boleh memohon kad kredit Standard Chartered dalam talian di Malaysia melalui RinggitPlus. Anda hanya perlu memenuhi syarat seperti pemegang kad pengenalan Malaysia atau passport yang sah, dan memperoleh pendapatan tahunan minimum RM96,000 atau RM8,000 sebulan.

Standard Chartered boleh meminta dokumen tambahan mengikut budi bicaranya yang mutlak jika penilaian anda tidak memenuhi keperluan. Berkuat kuasa 13 Mei 2024, sila pastikan "Akaun 3" ditunjukkan dalam penyata KWSP yang dimuat turun.

Pekerja BergajiPenerima Komisen/Bekerja Sendiri
Sektor swasta:
Salinan IC anda (kedua-dua belah) atau pasport
Penyata KWSP 2 tahun terkini (salinan PDF dimuat turun daripada laman web/aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun)

Sektor awam:
Salinan IC anda (kedua-dua belah) atau pasport
Borang B/BE terkini dan Halaman Ringkasan Pengakuan (rujuk garis panduan)
Sektor swasta:
Salinan IC anda (kedua-dua belah) atau pasport
Penyata komisen dan penyata bank

Sektor awam:
Salinan IC anda (kedua-dua belah) atau pasport
Borang B/BE terkini dan Halaman Ringkasan Pengakuan (rujuk garis panduan)

Apakah Kad Kredit Standard Chartered Yang Terbaik di Malaysia?

Standard Chartered menawarkan pelbagai kad kredit untuk keperluan berbeza seperti pulangan tunai, untuk perjalanan serta mata ganjaran fleksibel. Pilihan terbaik bergantung pada corak perbelanjaan dan keutamaan anda.

Terbaik Untuk Pulangan Tunai

Dapatkan pulangan tunai sehingga 15% setiap bulan untuk perbelanjaan Petrol dan Barangan Runcit, serta Makan (kedua-duanya berada di bawah satu kategori).

Kad Kredit Standard Chartered Simply Cash
Kad Kredit Standard Chartered Simply Cash

Gaji Min.

RM 96,000

Yuran Tahunan

RM 250

Terbaik Untuk Mata Ganjaran

Peroleh 8x mata ganjaran setiap kali anda berbelanja di luar negara menggunakan mata wang asing, 5x mata ganjaran untuk pembelian makanan dan barangan runcit, dan 1x mata ganjaran untuk semua transaksi tempatan lain. Berbelanja minimum RM1,500 atau lebih untuk pembelian dalam talian dalam setiap kitaran bil bulanan untuk dapat 5,000 mata bonus tambahan!

Standard Chartered Visa Platinum
Standard Chartered Visa Platinum

Gaji Min.

RM 96,000

Yuran Tahunan

RM 250

Terbaik Untuk Perjalanan

Nikmati cara lebih pantas untuk memperoleh mata penerbangan (air miles) dan keistimewaan perjalanan yang hebat seperti akses tanpa had ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang terpilih, pemindahan perjalanan lapangan terbang percuma, perlindungan perubatan perjalanan, serta pelbagai lagi dengan Kad Kredit Journey.

Kad Kredit Standard Chartered Journey
Kad Kredit Standard Chartered Journey

Gaji Min.

RM 96,000

Yuran Tahunan

RM 600

Terbaik Untuk Pemula

Kad kredit untuk pemula tanpa sebarang yuran tahunan seumur hidup. Nikmati mata ganjaran yang menarik untuk setiap Ringgit yang dibelanjakan. Untuk menguruskan kewangan anda dengan betul, anda perlu bermula dengan betul.

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic
Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Gaji Min.

RM 96,000

Yuran Tahunan

RM 0

Berapa Lama Masa Yang Diperlukan Untuk Mendapat Kelulusan Kad Kredit Standard Chartered melalui RinggitPlus?

Tempoh kelulusan untuk kad kredit Standard Chartered adalah berbeza kerana ia berdasarkan tempoh pemprosesan bank dan kelengkapan permohonan anda. Sebaik sahaja anda memohon melalui RinggitPlus, anda akan menerima e-mel alu-aluan dengan arahan untuk melengkapkan permohonan anda dengan Standard Chartered.

Untuk mengelakkan kelewatan, pastikan anda menghantar semua dokumen yang diperlukan dengan tepat. Jika e-mel anda tidak muncul dalam peti masuk anda, semak folder Promosi atau Spam anda. Selepas penghantaran, bank akan menyemak permohonan anda dan menghubungi anda setelah ia diproses. Untuk bantuan, hubungi kami di [email protected].

Mohon melalui RinggitPlus dan anda boleh berpeluang untuk mendapatkan hadiah pendaftaran eksklusif yang tidak ditawarkan di tempat lain. Proses permohonan juga adalah cepat dan mudah, terutamanya untuk pengguna baharu.

Soalan Lazim Untuk Kad Kredit Standard Chartered

Ketahui jawapan kepada soalan lazim yang sering kami terima untuk kad kredit Standard Chartered.

Nikmati pelbagai promosi kad kredit Standard Chartered sepanjang tahun dengan The Good Life Privileges!

Setiap kad kredit Standard Chartered juga datang dengan ciri dan faedah promosi tersendiri.
Kad Standard Chartered anda dilindungi dengan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) untuk elak aktiviti penipuan. Pembayaran dalam talian pula selamat dengan Verified by Visa atau Mastercard SecureCode.

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak