Kalkulator Nisbah Khidmat Hutang/ Debt Service Ratio (DSR)
Serahkan pengiraan anda kepada kami dengan Kalkulator DSR kami dan ketahui potensi meminjam anda.
Kira Nisbah Khidmat Hutang (DSR) anda
Jawab soalan-soalan ini dan kami akan kira DSR anda
Anda dihendaki memilih satu sektor pekerjaan *
Gaji bulanan tanpa sebarang potongan cukai atau KWSP.
Jumlah bayaran balik pinjaman bulanan anda, termasuk PTPTN, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, dll.
Sukar buat keputusan untuk memilih pinjaman peribadi?
Biar kami bantu anda!
Cari pilihan pinjaman lain yang sesuai dengan anda
Semak kelayakan anda dan kadar faedah sebelum memohon
Bimbingan buat anda sepanjang proses permohonan

Mengapa Perlu Semak Nisbah Khidmat Hutang (DSR)?
Nisbah Khidmat Hutang atau DSR (Debt Service Ratio) ialah antara angka utama yang dinilai bank setiap kali anda memohon pinjaman di Malaysia. Ia menunjukkan sama ada anda mampu menanggung bayaran bulanan baharu di samping komitmen sedia ada.
Kalkulator DSR RinggitPlus di atas membantu anda mendapatkan angka ini dalam beberapa saat. Setelah anda tahu nilai DSR, anda dapat menilai kemampuan pinjaman sebenar anda dan memohon pinjaman yang mempunyai peluang kelulusan lebih tinggi.
Apa Itu DSR dan Mengapa Bank Ambil Berat?
DSR ialah peratusan yang membandingkan jumlah bayaran hutang bulanan anda dengan pendapatan bersih bulanan. Bank menggunakan angka ini untuk menjawab satu soalan penting iaitu adakah anda mampu menanggung satu lagi bayaran pinjaman tanpa menjejaskan kewangan anda?
Jika DSR anda rendah, ini bermakna anda mempunyai baki pendapatan yang banyak selepas membayar hutang. Bank melihat anda sebagai peminjam yang selamat dan cenderung menawarkan kadar faedah yang lebih baik serta jumlah pinjaman yang lebih tinggi.
Sebaliknya, jika DSR anda tinggi, kebanyakan pendapatan telah digunakan untuk membayar hutang. Ini menunjukkan risiko kewangan yang lebih tinggi dan mungkin akan menyebabkan bank menolak permohonan anda atau meluluskan pinjaman dengan jumlah yang lebih kecil.
DSR mempengaruhi tiga perkara utama semasa anda memohon pinjaman iaitu peluang kelulusan, jumlah pinjaman yang boleh diluluskan, dan kadar faedah yang dikenakan.
Cara Mengira DSR
Formula DSR agak mudah:
DSR (%) = (Jumlah Komitmen Bulanan ÷ Pendapatan Bersih Bulanan) × 100%
Pendapatan Bersih Bulanan bermaksud jumlah gaji yang diterima selepas potongan wajib seperti KWSP, PERKESO, dan cukai pendapatan (PCB). Ia termasuk gaji asas dan elaun tetap seperti elaun pengangkutan atau perumahan. Pendapatan tidak tetap seperti bonus, kerja lebih masa atau komisen biasanya tidak diambil kira kecuali dibuktikan secara konsisten dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.
Jumlah Komitmen Bulanan pula merujuk kepada semua bayaran hutang yang dilaporkan kepada CCRIS atau CTOS, termasuk pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, PTPTN dan bayaran minimum kad kredit. Perbelanjaan seperti sewa rumah, bil utiliti atau barangan dapur tidak dikira kerana ia bukan komitmen hutang yang dilaporkan kepada biro kredit.
Contohnya, Aiman berpendapatan bersih sebanyak RM5,000 sebulan. Beliau membayar RM800 untuk pinjaman kereta, RM200 untuk pinjaman PTPTN, dan RM150 sebagai bayaran minimum kad kredit. Jumlah komitmen bulanannya ialah RM1,150.
Maka, pengiraannya ialah: (RM1,150 ÷ RM5,000) × 100 = 23%.
Dengan DSR 23%, Aiman dianggap sebagai peminjam berisiko rendah dengan peluang kelulusan yang tinggi.
Cara Mentafsir Tahap DSR Anda
Peratusan DSR menunjukkan tahap kesihatan kewangan anda dari perspektif bank. Secara umum, inilah cara bank menilai:
Had DSR Berbeza-Beza Mengikut Bank
Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan garis panduan bagi pinjaman bertanggungjawab untuk memastikan setiap peminjam mampu menanggung komitmen mereka. Namun, setiap bank komersial mempunyai dasar penilaian sendiri serta had DSR yang berbeza bergantung pada tahap pendapatan dan jenis pinjaman yang dipohon.
Bagi peminjam berpendapatan rendah hingga sederhana (contohnya dengan pendapatan bersih antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan): kebanyakan bank lebih berhati-hati dan menetapkan had DSR sekitar 60% atau lebih rendah. Ini kerana peminjam dalam kategori ini mempunyai ruang kewangan yang lebih terhad untuk menampung sebarang kecemasan atau perubahan perbelanjaan bulanan.
Sebaliknya, bagi peminjam berpendapatan tinggi yang memperoleh lebih RM10,000 sebulan, bank biasanya lebih fleksibel dan boleh menerima DSR sehingga 70%. Pendapatan yang lebih tinggi memberi ruang yang selesa untuk menampung kos sara hidup serta perbelanjaan tidak dijangka.
Penolakan daripada satu bank tidak bermaksud anda akan ditolak oleh semua bank. Setiap institusi kewangan mempunyai penetapan tahap risiko dan peraturan DSR tersendiri. Sebab itu penting untuk mengetahui DSR anda sebelum memohon pinjaman, agar anda boleh memilih bank dan pakej pinjaman yang paling sesuai dengan profil kewangan anda.
Cara Cepat Meningkatkan DSR Anda
Jika DSR anda terlalu tinggi, terdapat dua pendekatan utama untuk memperbaikinya: kurangkan jumlah bayaran hutang bulanan atau tingkatkan pendapatan bulanan.
Soalan lazim (FAQ) mengenai DSR
Semak soalan-soalan lazim mengenai DSR di bawah:
Langkah Seterusnya Selepas Semak DSR
Ingin belajar lebih lanjut tentang pinjaman?
Kami boleh bantu anda.
Kami ada alat, panduan, dan pelbagai lagi untuk bantu anda mencari pinjaman bersesuaian

