Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Pembiayaan Peribadi-i Hong Leong Islamic 

Pembiayaan Peribadi-i Hong Leong Islamic

Kadar untung dari9.00% p.a.

Pinjaman maksimumRM 150,000

Tempoh maksimum5 tahun

Pembiayaan Peribadi-i Hong Leong Islamic dengan jumlah pinjaman sehingga RM150,000 dengan kadar keuntungan tetap serendah 9% setahun.

Glance

Kalkulator Pembiayaan Peribadi

Anggaran Pembayaran Pinjaman
RM 491.67*pada 9.00% p.a
calculator

Bandingkan tempoh pinjaman yang sesuai dengan kewangan anda

Kami sarankan anda pilih tempoh pinjaman yang lebih panjang untuk fleksibiliti dan kemudian buat penyelesaian awal untuk jimat dari bayaran faedah.

Star BadgePilihan anda
Jika anda pinjamDalam tempoh iniDalam sebulan anda akan bayarPada kadar keuntungan ini
RM 10,0002tahunRM 491.679.00%p.a.
*Kadar keuntungan, bayaran bulanan, dan jumlah bayaran balik yang dipaparkan adalah anggaran bagi tujuan ilustrasi sahaja. Terma pinjaman sebenar anda termasuk jumlah yang diluluskan dan kadar keuntungan akhir adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan pihak pembiaya.

Berdasarkan jumlah dan tempoh peminjaman anda, kadar keuntungan adalah serendah seperti yang berikut:

Nilai pinjamanTempoh pinjamanPendapatan andaKadar Keuntungan
RM 5,000 - RM 150,00024 - 60 bulanmin.  RM 24,0009.00% p.a - 12.50% p.a

Kadar KeuntunganKadar serendah 9.00% setahun, bergantung kepada jumlah dan tempoh pembiayaan

3D Gold Coins

Duti Setem

0.50% daripada jumlah keseluruhan

Yuran Pemprosesan

Dikecualikan

Yuran Pembayaran Lewat

1.00% ke atas jumlah tertunggak

Yuran Penamatan Awal

Dikecualikan

Pendapatan Minimum

RM 2,000sebulan

RM 24,000 setahun

Takaful

-

Status Pekerjaan

  • Pekerja bergaji & bekerja sendiri

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan kad pengenalan (depan & belakang)
  • Penyata bank 3 bulan terkini (dengan paparan kemasukan gaji)
  • Borang B/BE terkini dengan resit cukai rasmi LHDN
  • Penyata KWSP terkini
  • Slip gaji 1 bulan terkini

Maklumat Penting Lain

Konsep Shariah

Pembiayaan ini berlandaskan kontrak Tawarruq, selaras dengan prinsip Shariah. Melalui konsep ini, bank akan menjual komoditi patuh Shariah kepada anda pada harga tertangguh, dan kemudiannya membantu menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga bagi mendapatkan tunai.

Tempoh Wang Pembiayaan Akan Disalurkan

Wang Pembiayaan Peribadi-i Hong Leong Islamic boleh diluluskan dan disalurkan ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam atau 2 hari.

Pembayaran Pinjaman Peribadi Lebih Awal

Anda boleh selesaikan pembiayaan lebih awal pada bila-bila masa. Malah, anda layak menerima ibra’ (rebat) ke atas baki keuntungan dengan syarat menghantar notis 3 bulan awal.

Perlindungan Takaful

Perlindungan Takaful untuk pembiayaan peribadi adalah pilihan, tetapi sangat digalakkan kerana ia membantu melindungi baki pembiayaan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh.

Jika anda ingin mendaftar, anda boleh memilih pelan Group Credit Term Takaful daripada Hong Leong MSIG Takaful atau panel Takaful yang diluluskan oleh pihak bank.

Caj sumbangan akan dikenakan sekali sahaja dan ditolak daripada jumlah pembiayaan.

Soalan Lazim

Ini adalah kriteria yang layak membuat pembiayaan peribadi:

• Warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 60 tahun
• Pekerja bergaji atau bekerja sendiri
• Berpendapatan minimum RM2,000 sebulan
Anda boleh membuat bayaran ansuran bulanan melalui:

• Tunai atau cek di mana-mana cawangan HLB/HLISB di seluruh negara
• Tunai atau cek melalui Terminal Layan Diri di cawangan HLB/HLISB
• Arahan Tetap daripada akaun Semasa/-i atau Simpanan/-i anda
• Pembayaran dalam talian melalui HLB Connect (Pengguna HLB Connect Sahaja)
• Pemindahan Inter Bank (IBG) or DuitNow
Jika anda membuat bayaran lebih daripada jumlah ansuran bulanan, lebihan tersebut akan dianggap sebagai bayaran awal dan akan digunakan untuk ansuran bulan yang seterusnya.
Permohonan anda bergantung kepada rekod kredit anda dengan institusi kewangan lain, yang akan dirujuk melalui laporan CCRIS/CTOS.

Hong Leong Islamic masih boleh mempertimbangkan permohonan anda sekiranya anda dapat menunjukkan bukti pengurusan kewangan yang bertanggungjawab dan tidak mempunyai hutang tertunggak yang semakin bertambah.