Pinjaman Peribadi Gaji Rendah Terbaik
Cari pinjaman sesuai dengan tahap pendapatan anda dan dapatkan cadangan dengan mudah.
GX FlexiCredit
Pembayaran bulananRM 448.17Kadar faedah dari3.78% p.a.Tempoh Pinjaman2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pinjaman Maksimum: RM 150,000
Pembiayaan Peribadi AEON i-Cash
Pembayaran bulananRM 482.67Kadar keuntungan dari7.92% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pembiayaan Maksimum: RM 100,000
Pinjaman Peribadi Adacash
Pembayaran bulananRM 1,816.67Kadar faedah dari18.00% p.a.Tempoh Pinjaman0.5 tahunPendapatan Minimum: RM 1,000Pinjaman Maksimum: RM 5,000
Tambadana Short Term Loan
Pembayaran bulananRM 983.33Kadar faedah dari18.00% p.a.Tempoh Pinjaman1 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pinjaman Maksimum: RM 10,000
Pembiayaan Peribadi JCL i-Fund
Pembayaran bulananRM 566.67Kadar keuntungan dari18.00% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,000Pembiayaan Maksimum: RM 50,000
Pinjaman Peribadi Emicro
Pembayaran bulananRM 566.67Kadar faedah dari18.00% p.a.Tempoh Pinjaman2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pinjaman Maksimum: RM 10,000
Pinjaman Peribadi instaDuit
Pembayaran bulananRM 566.67Kadar faedah dari18.00% p.a.Tempoh Pinjaman2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pinjaman Maksimum: RM 10,000
Pinjaman ASB RHB
Pembayaran bulananRM 456.67Kadar faedah dari4.80% p.a.Tempoh Pinjaman2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,000Pinjaman Maksimum: RM 200,000
Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat Pesara
Pembayaran bulananRM 481.67Kadar keuntungan dari7.80% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 800Pembiayaan Maksimum: RM 100,000
Sukar buat keputusan untuk memilih pinjaman peribadi?
Biar kami bantu anda!
Cari pilihan pinjaman lain yang sesuai dengan anda
Semak kelayakan anda dan kadar faedah sebelum memohon
Bimbingan buat anda sepanjang proses permohonan

Cari Pinjaman Peribadi Mengikut Ciri Khas



Pinjaman Peribadi Untuk Individu Berpendapatan Rendah Di Malaysia
Gaji minimum di Malaysia kini berada pada paras RM 1,700 sebulan, tetapi ia masih dianggap rendah terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Malah faktor ekonomi serta masalah kecemasan yang lain membuatkan seseorang itu mempunyai kekangan dalam kewangan.
Mungkin anda terfikir, boleh ke mereka yang berpendapatan rendah memohon pinjaman peribadi dari bank? Jangan bimbang, anda masih layak untuk memohon pinjaman walaupun memiliki gaji bulanan yang rendah.
Bagi memudahkan anda membuat perbandingan, kami di RinggitPlus sedia membantu anda dengan menyenaraikan 5 pilihan pinjaman peribadi sesuai untuk individu bergaji rendah:

Pembiayaan Peribadi AEON i-Cash

Tambadana Short Term Loan

Pembiayaan Peribadi JCL i-Fund

Pinjaman Peribadi Emicro

Pinjaman Peribadi instaDuit
Bagaimana Cara Untuk Meningkatkan Kadar Kelulusan Bagi Pinjaman Peribadi Gaji Rendah Ini?
Anda perlu tunjukkan kepada bank bahawa anda boleh dipercayai dengan cara menyediakan dokumen asal yang diperlukan terutamanya alamat dan komitmen bulanan seperti bil elektrik dan air atau bil telefon.
Selain itu, anda juga perlu ambil perhatian bahawa sesetengah pembiayaan peribadi memerlukan anda untuk mengambil pelan Takaful sekiranya mengalami kejadian yang tidak diingini sehingga mengakibatkan anda tidak dapat membayar balik pembiayaan yang diambil.
Pada masa yang sama, latar belakang kredit atau kewangan anda juga memainkan peranan yang sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi peluang untuk pinjaman anda diluluskan. Jadi kami cadangkan anda untuk membuat semakan latar belakang kredit sebagai langkah pertama dan ia boleh dilakukan dalam talian seperti di Experian.
Untuk lebih lanjut, boleh juga berunding dengan pihak bank pilihan anda sebelum membuat keputusan dalam memohon sebarang pinjaman peribadi untuk individu bergaji rendah.
Macam Mana Cara Nak Mohon Pinjaman Peribadi Untuk Individu Bergaji Rendah Di Malaysia?
Pinjaman peribadi gaji rendah ini boleh dimohon dengan berkunjung ke mana-mana cawangan bank bergantung kepada pilihan pinjaman peribadi yang ingin diambil.
Untuk lebih mudah, anda juga boleh membuat permohonan secara dalam talian sahaja - tak perlu keluar rumah dan lebih menjimatkan masa!
Nak tahu cara yang lebih mudah? Mohon sahaja melalui RinggitPlus. Dalam tempoh kurang dari 10 minit, anda boleh menyelesaikan semua proses di mana-mana sahaja anda berada - Semuanya di hujung jari!

Mulakan proses permohonan dengan menyemak senarai lengkap pinjaman peribadi di RinggitPlus

Semak terlebih dahulu sama ada layak atau tidak untuk memohon pinjaman peribadi

Jawab beberapa soalan di chatbot WhatsApp kami untuk mohon pinjaman peribadi pilihan anda - tersedia 24/7
Macam Mana Cara Untuk Pilih Pinjaman Peribadi Terbaik Untuk Individu Bergaji Rendah?
Untuk anda yang memiliki gaji rendah, kami faham mungkin anda risau sekiranya tidak mampu untuk membayar balik pinjaman peribadi yang dimohon. Jangan bimbang, ada caranya untuk memilih pinjaman peribadi terbaik mengikut situasi kewangan anda.
Jom kami kongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda dalam membuat carian dan perbandingan sebelum memulakan permohonan pinjaman peribadi yang sesuai untuk individu bergaji rendah.
Pinjaman Peribadi Gaji Rendah Yang Mana Sesuai Untuk Saya?
Pilihan pinjaman peribadi ini bergantung kepada keperluan anda. Berikut kami senaraikan beberapa pinjaman peribadi gaji rendah yang bersesuaian mengikut situasi kewangan masing-masing.
Bayar Deposit Rumah
Farhana mahu membeli rumah sebagai aset pertamanya dalam mengumpul harta. Namun dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar 10% deposit rumah bernilai RM 25,000. Jadi dia membuat Pembiayaan Peribadi AEON i-CASH selama 2 tahun dengan kadar faedah paling rendah iaitu 7.92% setahun.

Kadar Keuntungan dari
7.92% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 100,000
Beli Perabot Baharu
Sarah mahu mencapai impiannya untuk membeli perabot baharu yang sedang viral di media sosial. Oleh kerana harganya yang agak mahal, Sarah mengambil keputusan untuk membuat Pinjaman Jangka Pendek Tambadana berjumlah RM 6,000 selama satu tahun dengan kadar faedah 18% setahun.

Kadar Faedah dari
18.00% p.a.
Pinjaman Maksimum
RM 10,000
Kos Majlis Perkahwinan
Bella ingin melangsungkan perkahwinan dan terpaksa menggunakan wang simpanannya untuk hal kecemasan. Ia menyebabkan dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar kelengkapan vendor. Bagi memudahkan urusan, dia membuat Pinjaman Peribadi Emicro berjumlah RM 3,000 selama 6 bulan dengan kadar faedah 18% setahun.

Kadar Faedah dari
18.00% p.a.
Pinjaman Maksimum
RM 10,000
Mulakan Perniagaan
Danial mahu membuka gerai menjual Nasi Ayam berdekatan rumahnya dan memerlukan modal untuk membeli kelengkapan seperti khemah, kerusi, meja, barangan memasak, perkakasan dapur dan sebagainya. Jadi, dia bertindak permohonan Pembiayaan Peribadi JCL i-Fund bernilai RM 5,000 untuk tempoh 2 tahun dengan kadar faedah 18% setahun.

Kadar Keuntungan dari
18.00% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 50,000
Jenis Pinjaman Peribadi Yang Ditawarkan Untuk Individu Bergaji Rendah
Bagi membantu mengurangkan beban kewangan kepada anda yang bergaji rendah, beberapa bank menawarkan pelbagai jenis pinjaman peribadi seperti berikut:
Pinjaman Peribadi Untuk Pekerja Swasta
Gaji Bulanan | Syarikat Bank/ Kewangan | Pembiayaan/ Pinjaman Peribadi |
RM 1,000 |
JCL Adacash |
Pembiayaan Peribadi JCL i-Fund Pinjaman Peribadi Adacash |
RM 1,500 |
Tambadana AEON Emicro instaDuit |
Pinjaman Jangka Pendek Tambadana Pembiayaan Peribadi AEON i-CASH Pinjaman Peribadi Emicro Pinjaman Peribadi instaDuit |
RM 2,000 |
RHB Hong Leong Bank |
Pembiayaan Peribadi RHB Pembiayaan Peribadi-i Hong Leong |
Pinjaman Peribadi Untuk Penjawat Awam / Kakitangan GLC
Gaji Bulanan | Syarikat Bank/ Kewangan | Pembiayaan/ Pinjaman Peribadi |
RM 800 | Bank Rakyat | Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat Untuk Pesara |
RM 1,600 | Bank Rakyat | Pembiayaan Peribadi-i Public Bank Rakyat |
RM 1,500 |
AmBank Affin Islamic Bank Yayasan Ihsan Rakyat Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad |
Pembiayaan Peribadi-i AmBank Pembiayaan Peribadi-i Affin Islamic Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad |
Soalan-soalan Lazim Berkaitan Pinjaman Peribadi Untuk Individu Bergaji Rendah di Malaysia
Bagi anda yang masih buntu dan keliru tentang pinjaman peribadi bergaji rendah, berikut adalah soalan-soalan lazim yang diharapkan boleh membantu anda untuk memahami dengan lebih baik.
• Salinan IC (depan dan belakang)
• Slip gaji 3 atau 6 bulan terkini (bergantung pada bank)
• Penyata EPF 3 atau 6 bulan terkini (bergantung pada bank)
• Borang BE terkini dengan resit rasmi pembayaran cukai
• Borang EA terkini
Bekerja Sendiri:
• Salinan IC (depan dan belakang)
• Sijil Pendaftaran Perniagaan
• Penyata bank syarikat 3 atau 6 bulan terkini (bergantung pada bank)
• Borang BE terkini dengan resit rasmi pembayaran cukai
• Penyata komisen 6 bulan terkini dan penyata bank (untuk pekerja berdasarkan komisen)
Sesetengah bank mungkin boleh meluluskan pinjaman jika anda boleh membuktikan bahawa anda mampu untuk menguruskan kewangan peribadi daripada mengumpul lebih banyak hutang.
Selain portal eCCRIS, laporan CCRIS anda boleh didapatkan melalui agensi seperti Experian atau boleh berkunjung ke mana-mana cawangan AKPK.
Pinjaman Peribadi Yang Mana Satu Saya Patut Mohon?
Daripada pinjaman peribadi untuk pekerja bergaji rendah sehingga pinjaman peribadi jenis Shariah, terdapat pelbagai jenis pinjaman yang boleh dimohon mengikut kelayakan masing-masing.
Bagi anda yang masih buntu dan tak tahu pinjaman peribadi mana yang lebih sesuai mengikut keperluan, kami di RinggitPlus boleh membantu anda dengan menyenaraikan beberapa pilihan lain yang mungkin boleh memudahkan urusan pilihan anda.
Pinjaman Peribadi Berkelulusan Segera
Nikmati wang pinjaman dalam tempoh yang pantas di mana permohonan anda dapat diluluskan dengan segera oleh pihak bank atau institusi kewangan.
Pinjaman Peribadi Dengan Kadar Faedah Rendah
Sesuai bagi mereka yang mahu mengurangkan komitmen dengan cara memohon pinjaman yang menawarkan kadar faedah yang rendah dalam bayaran bulanan.
Maklum Balas Pengguna
Sertai lebih 10,000 rakyat Malaysia dan mula membuat keputusan kewangan yang lebih bijak!