Hampir 40% Rakyat Malaysia Berpendapatan Sederhana Menyimpan Kurang RM500 Sebulan

KONGSI

Menabung sememangnya penting dalam pengurusan kewangan. Walau bagaimanapun masih ada individu yang berdepan cabaran untuk menyimpan.

Hal ini disebabkan pelbagai faktor yang mempengaruhi keupayaan untuk mengawal perbelanjaan dan merancang simpanan dengan baik.

Di Malaysia, kira-kira 39% rakyat yang berpendapatan sederhana menyimpan RM500 atau kurang setiap bulan, ia secara tidak langsung membuktikan terdapat pelbagai cabaran dalam  mengekalkan simpanan kewangan walaupun mempunyai azam yang bagus pada awal tahun.

Rakyat Malaysia berpendapatan sederhana alami tekanan kewangan 

Menurut Versa, Tinjauan Literasi Kewangan RinggitPlus 2025 menunjukkan individu berpendapatan sederhana yang memperoleh antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan sedang menghadapi tekanan kewangan yang semakin meningkat.

Difahamkan, suku pertama tahun ini mempunyai pelbagai  musim perayaan besar seperti Tahun Baru Cina dan persediaan menjelang Ramadan, yang biasanya dikaitkan dengan perbelanjaan isi rumah yang lebih tinggi setiap kali sambutan tersebut.

Data turut menunjukkan bahawa perdagangan borong dan runcit meningkat dengan ketara dalam tempoh tersebut pada tahun 2025, dengan RM148.3 bilion dalam jualan pada bulan Februari, yang banyak disokong oleh pembelian sebelum Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Perbelanjaan bermusim bertentangan dengan matlamat kewangan awal tahun

Malah, perbelanjaan bermusim yang lebih tinggi sering kali bertentangan dengan matlamat kewangan awal tahun dan iamengganggu rancangan simpanan yang telah ditetapkan.

Versa berkata, dengan bermulanya pada bulan Januari, ramai yang berazam untuk menyimpan lebih banyak tahun ini, tetapi cabaran mungkin timbul pada bulan Februari apabila komitmen perayaan mengganggu aliran tunai.

Jelasnya, menjelang bulan Mac pula, semangat untuk mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan awal tahun mungkin sudah mula pudar. Situasi ini adalah penting di Malaysia, di mana data terkini menunjukkan bahawa simpanan masih lemah bagi banyak isi rumah.

Hanya sebahagian kecil individu berpendapatan sederhana berjaya simpan lebih RM1,000 sebulan

Tinjauan juga menunjukkan bahawa hanya sebahagian kecil daripada individu yang  berpendapatan sederhana berjaya menyimpan lebih RM1,000 pada setiap bulan.

Kajian itu turut mendapati hanya 27% daripada isi rumah di negara ini dapat bertahan lebih dari enam bulan hanya dengan simpanan mereka berbanding 37% pada tahun sebelumnya.

Bagi menangani masalah ini, Starter Quest dari Versa telah menawarkan pendekatan berstruktur untuk membantu rakyat Malaysia membina semula konsistensi dalam menyimpan.

Platform ini menawarkan insentif seperti faedah ke atas dana baru dan bonus untuk auto-debit bulanan agar matlamat kewangan dapat diperkukuhkan selain mendorong tabiat pengurusan kewangan yang mampan melepasi semangat awal tahun baharu.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments