Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kalkulator Penyatuan Hutang

Ketahui cara penyatuan hutang berfungsi dan manfaatnya.

Kawal semula kewangan anda

Cari Pinjaman Peribadi dengan kami

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Berapa banyak wang dapat dijimatkan jika saya satukan hutang-hutang saya?

sebelum
Jumlah HutangRM 50,000
Pinjaman Peribadi
RM 25,000
Pinjaman Rumah
RM 15,000
Hutang Kad Kredit
RM 10,000
Jumlah kos untuk 3 pinjaman
RM 50,000
Bayaran
Bulanan
RM 2,000
Kadar
Faedah
12.45% p.a.
selepas
Terma Pinjaman Penyatuan Hutang
Bayaran BulananRM 1,241
Kadar Faedah9.78% p.a.
Tempoh Pinjaman5 tahun
Dengan pengurangan faedah, pinjaman penyatuan hutang boleh menjimatkan:
RM 759sebulan *
3D Gold Coins
* Untuk tujuan ilustrasi sahaja

Adakah saya perlu menyatukan hutang saya?

Cuba kalkulator penyatuan hutang kami untuk mengetahuinya!

Berapa jumlah baki pinjaman tertunggak anda?
Berapa jumlah yang dibayar setiap bulan untuk pinjaman?
Masukkan jumlah amaun yang anda masih berhutang bagi semua pinjaman (contohnya pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, dll.).
Sediakan jumlah amaun pembayaran balik setiap bulan bagi kesemua pinjaman anda.
RM
RM

Sukar buat keputusan untuk memilih pinjaman peribadi?
Biar kami bantu anda!

Bimbingan buat anda sepanjang proses permohonan

Cari Pinjaman Peribadi dengan kami

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Bagaimana Penyatuan Hutang Berfungsi?

Penyatuan hutang merupakan proses yang memudahkan mereka yang mempunyai baki hutang tertunggak seperti hutang pinjaman peribadi serta kad kredit dan ia perlu dibayar pada jumlah dan waktu yang berbeza kepada pihak yang berlainan.

Bagaimana penyatuan hutang ini boleh menjadi ‘hero’ yang menyelamatkan anda adalah dengan anda mengumpulkan semua tunggakan hutang kepada satu pinjaman atau pelan pembayaran baharu.

Kemudian, gunakan wang pinjaman tersebut untuk bayar segala tunggakan hutang anda yang berbeza itu. Jadi sekarang, komitmen kewangan sebelum ini sudah selesai dan anda kini hanya perlu fokus untuk membayar satu pinjaman sahaja dengan melakukan penjimatan dari segi pembayaran kadar faedah dan jumlah bayaran bulanan!

Bila Saya Patut Pertimbangkan Untuk Ambil Pinjaman Penyatuan Hutang?

Apabila bercakap bab hutang, mesti ramai yang menggaru kepala dan runsing memikirkan cara untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

Sesetengah individu pula beranggapan bahawa mereka masih mampu untuk membayar segala pinjaman dan baki tunggakan setiap bulan tetapi hujung bulan terpaksa ‘ikat perut’.

Tetapi kalau ada cara yang lebih mudah dan menyenangkan iaitu dengan melakukan penyatuan hutang – apa salahnya kan? Penyatuan hutang sebenarnya boleh menjimatkan wang anda untuk tempoh masa panjang dan membuat banyak manfaat yang dapat membantu anda menguruskan wang dengan lebih efisien.

Nak tahu bila masa yang sesuai untuk anda mempertimbangkan untuk mengambil pinjaman penyatuan hutang? Berikut adalah salah satunya:

Ada Hutang Yang Banyak Perlu Dibayar
hutang

Pelbagai komitmen seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan tunggakan kad kredit yang perlu dibayar setiap bulan memerlukan anda untuk membuat pembahagian yang agak banyak setiap kali selepas mendapat gaji.

Dibebani Dengan Kadar Faedah Yang Tinggi
Kadar faedah tinggi

Kadar faedah yang tinggi boleh membebankan anda dari segi kewangan lebih-lebih lagi jika mempunyai beberapa bayaran balik yang perlu dilakukan dan hanya mampu untuk membuat bayaran minimum sahaja setiap bulan.

Miliki Skor Kredit Yang Baik
Skor kredit

Mereka yang memiliki skor kredit yang baik lebih berpeluang untuk mendapat kelulusan pinjaman penyatuan hutang dan layak untuk menerima kadar faedah yang lebih rendah.

Tidak Mahu Berhutang Lagi
Tidak berhutang

Bagi mereka yang mahu bebas hutang, penyatuan hutang adalah salah satu cara terbaik untuk membayar semula segala pinjaman dan baki tunggakan secara teratur.

Apakah istilah dalam penyatuan hutang yang anda perlu fahami?

Bagi anda yang masih belum mahir dan memahami sepenuhnya tentang penyatuan hutang, terdapat beberapa istilah yang anda perlu fahami. Bila anda lebih memahami konteks yang disampaikan, ia lebih memudahkan anda untuk membuat pemilihan pinjaman peribadi.

Berikut adalah beberapa istilah dalam penyatuan hutang yang perlu diambil tahu:

Ia merupakan kadar bayaran yang dikenakan oleh bank kepada peminjam terhadap pinjaman wang yang dibuat. Kebiasaannya, jumlah tersebut ditunjukkan dalam bentuk peratusan dan kadar faedah atau kadar keuntungan tersebut adalah berbeza bagi setiap bank kerana ia dibuat berdasarkan penilaian melalui sejarah kredit dan kewangan anda.
Ia merupakan jumlah sebenar pinjaman atau pembiayaan anda tidak termasuk kadar faedah yang dikenakan oleh bank.
Istilah ‘setahun’ ini akan kerap disebut dalam penentuan kadar faedah di mana caj itu biasanya dikenakan pada setiap tahun. Sebagai contoh, pinjaman bernilai RM 10,000 akan dikenakan kadar faedah 5% setahun, bermakna jumlah faedah yang perlu dibayar oleh peminjam adalah RM 500 setahun.
Bagi sesetengah bank atau institusi kewangan, semakin lama anda mengambil masa untuk melunaskan bayaran, semakin tinggi jumlah kadar faedah yang dikenakan tetapi bayaran bulanan akan lebih rendah.
Anda perlu membuat pembayaran semula pinjaman mengikut tamat tempoh yang ditetapkan. Jumlah ansuran tersebut adalah tetap dan dikira berdasarkan jumlah pinjaman dan dibahagikan dengan jumlah bulan yang diambil untuk melunaskan pinjaman.
Proses penyatuan hutang akan memerlukan anda untuk menyenaraikan segala hutang jenis tidak bercagar yang perlu dibayar seperti baki tertunggak kad kredit, pinjaman peribadi, bayaran bil perubatan, bil utiliti dan sebagainya.
Nisbah ini digunakan oleh pihak bank untuk menilai kemampuan anda untuk membayar semula pinjaman. DSR ini akan membandingkan pendapatan kasar bulanan serta jumlah bayaran balik pinjaman yang telah ditetapkan dan menunjukkan peratusan pendapatan anda yang digunakan untuk membayar semula pinjaman. Semakin rendah nilai DTI, semakin tinggi peluang untuk mendapat kelulusan bagi jumlah pinjaman maksimum.
Alat kewangan yang digunakan untuk membandingkan bayaran hutang semasa anda dengan satu pinjaman penyatuan. Kalkulator ini akan menganggarkan bayaran bulanan, penjimatan kadar faedah dan tempoh bayaran. Alat ini juga membantu anda untuk mengetahui sama ada pinjaman untuk penyatuan hutang ini lebih baik atau tidak untuk pengurusan kewangan anda.
Setiap kali anda mengambil pinjaman atau menggunakan kad kredit, ia boleh menyumbang kepada tahap kualiti skor kredit anda. Maklumat tersebut akan disimpan di pangkalan data Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Jika skor kredit anda baik di mana setiap pinjaman dibayar tepat pada waktu, bank akan memudahkan anda untuk memberi pinjaman lain dengan kadar maksimum.

Apakah jenis hutang yang boleh disatukan dalam satu pembayaran ansuran?

Selepas membuat pembacaan di atas, pastinya anda sudah tahu tentang beberapa maklumat asas mengenai penyatuan hutang. Tetapi anda perlu ambil perhatian bahawa penyatuan hutang ini hanya terhad kepada beberapa jenis hutang sahaja.

Pinjaman Peribadi Yang Mana Sesuai Untuk Penyatuan Hutang?

Pilihan pinjaman peribadi ini bergantung kepada keperluan anda. Berikut kami senaraikan beberapa pinjaman peribadi yang membolehkan anda melakukan penyatuan hutang.

Miliki 3 Tunggakan Baki Kad Kredit Berbeza

Shahira mempunyai 3 kad kredit dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan berbeza. Namun dia kini sudah mula terbeban untuk membayar kesemua baki tunggakan dengan kadar faedah yang tinggi kerana kerap membuat pembayaran lewat setiap bulan. Jadi, dia bertindak mengambil Pinjaman Peribadi Alliance Bank CashFirst berjumlah RM 25,000 selama 4 tahun untuk menyatukan hutang-hutangnya dengan kadar faedah baharu iaitu serendah 9.99% setahun.

Pinjaman Peribadi Alliance CashFirst
Pinjaman Peribadi Alliance CashFirst

Kadar Faedah
dari

4.99% p.a.

Pinjaman Maksimum

RM 200,000

Lunaskan Pinjaman Peribadi Yang Berbeza

Zarith mula bimbang dengan tunggakan bayaran bulanan bagi 3 pinjaman peribadinya dan mengambil keputusan menyatukan kesemua hutang-hutangnya itu di bawah Pembiayaan Peribadi-i Al Rajhi. Pembiayaan berjumlah RM 20,000 itu dibuat bagi tempoh 8 tahun dengan kadar keuntungan 5.77% setahun.

Pembiayaan Peribadi-i Al Rajhi
Pembiayaan Peribadi-i Al Rajhi

Kadar Keuntungan
dari

5.27% p.a.

Pembiayaan Maksimum

RM 250,000

Kos Rawatan Perubatan

Sofia perlu membayar ubat-ubatan bapanya berjumlah RM 200 setiap bulan menggunakan kad kredit dari Bank A dan baru sahaja mengambil pinjaman peribadi bernilai RM 12,000 untuk menanggung kos pembedahan bapanya. Oleh itu, Sofia bertindak membuat Pembiayaan Peribadi-i Alliance Bank CashVantage berjumlah RM 13,000 bagi tempoh 6 tahun dengan kadar faedah 11.18% setahun untuk menyatukan kesemua hutang-hutangnya.

Pembiayaan Peribadi-i Alliance Bank CashVantage
Pembiayaan Peribadi-i Alliance Bank CashVantage

Kadar Keuntungan
dari

4.99% p.a.

Pembiayaan Maksimum

RM 200,000

Soalan-soalan Lazim Berkaitan Pinjaman Peribadi di Malaysia

Bagi anda yang masih buntu dan keliru tentang pinjaman peribadi, berikut adalah soalan-soalan lazim yang diharapkan boleh membantu anda untuk memahami dengan lebih baik.

Had umur permohonan bagi pinjaman peribadi bergantung kepada institusi kewangan. Namun kebanyakan bank meletakkan 21 tahun sebagai umur minimum untuk memohon.
Jumlah pendapatan minimum itu bergantung kepada syarat kelayakan yang ditetapkan oleh bank atau sesebuah institusi kewangan.
Anda mungkin perlu memanjangkan lagi tempoh pembayaran semula pinjaman dan berdepan jumlah faedah yang lebih tinggi.
Anda hanya perlu membuat satu jenis pembayaran balik dengan faedah yang rendah (jika layak) selain dapat meningkatkan peluang memperbaiki skor kredit bagi tempoh yang lama dengan cara membuat pembayaran balik pinjaman tepat pada waktu.
Anda tidak perlu lagi membayar kadar faedah dari beberapa hutang yang berbeza. Dengan penyatuan hutang, anda kini hanya perlu membayar balik pinjaman dengan satu sahaja kadar faedah.

Malah jumlah bayaran bulanan juga akan berkurang kerana tempoh pembayaran balik yang lebih lama. Jadi, anda mempunyai baki simpanan yang lebih tinggi pada bulan tersebut dengan memanfaatkan kemudahan penyatuan hutang ini.
Bergantung kepada sejarah kredit dengan institusi kewangan yang lain kerana semua maklumat seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, hutang pinjaman kereta dikumpul dalam CCRIS/CTOS iaitu sistem yang mengumpulkan informasi mengenai kredit peminjam.

Sesetengah bank mungkin boleh meluluskan pinjaman jika anda boleh membuktikan bahawa anda mampu untuk menguruskan kewangan peribadi daripada mengumpul lebih banyak hutang.

Pinjaman Peribadi Yang Mana Satu Saya Patut Mohon?

Daripada pinjaman peribadi untuk pekerja bergaji rendah sehingga pinjaman peribadi jenis Shariah, terdapat pelbagai jenis pinjaman yang boleh dimohon mengikut kelayakan masing-masing.

Bagi anda yang masih buntu dan tidak tahu pinjaman peribadi mana yang lebih sesuai mengikut keperluan, kami di RinggitPlus boleh membantu anda dengan menyenaraikan beberapa pilihan lain yang mungkin boleh memudahkan urusan pilihan anda.

Pinjaman Peribadi Berkelulusan Segera

Nikmati wang pinjaman dalam tempoh yang pantas di mana permohonan anda dapat diluluskan dengan segera oleh pihak bank atau institusi kewangan.

Pinjaman Peribadi Untuk Individu Bergaji Rendah

Pilihan terbaik untuk mereka yang berpendapatan rendah dan memerlukan kewangan tambahan untuk menguruskan kehidupan seharian.

Pinjaman Peribadi Dengan Kadar Faedah Rendah

Sesuai bagi mereka yang mahu mengurangkan komitmen dengan cara memohon pinjaman yang menawarkan kadar faedah yang rendah dalam bayaran bulanan.

Pinjaman Peribadi Untuk Penjawat Awam / GLC

Terbaik untuk penjawat awam yang mahu membuat pinjaman peribadi dengan kadar faedah rendah - khas untuk golongan ini sahaja!

Pinjaman Peribadi Islamik Dan Patuh Shariah

Sesuai bagi mereka yang menitikberatkan kewangan Islamik dan menepati Shariah dalam pinjaman peribadi.

Ingin belajar lebih lanjut tentang pinjaman?
Kami boleh bantu anda.

Kami ada alat, panduan, dan pelbagai lagi untuk bantu anda mencari pinjaman bersesuaian