Public Bank Perkenal Kemaskini Beberapa Faedah Kad Kredit Mulai April dan Mei 2026

KONGSI

Public Bank akan membuat beberapa perubahan pada program ganjaran kad kreditnya sepanjang April dan Mei 2026. 

Bagi pemegang PB Visa Infinite atau PB World Mastercard, perubahan ini melibatkan had kekerapan penggunaan lounge lapangan terbang, kadar ganjaran bagi perbelanjaan luar negara dan kadar penukaran Air Miles kepada mata Enrich (Malaysia Airlines) serta AirAsia.

Akses Lounge Plaza Premium Ditambah Dari 3 Kali  Kepada 5 Kali Setahun

Pemegang PB Visa Infinite dan PB World Mastercard akan mendapat 5x akses percuma ke Plaza Premium Lounge dan cawangan kedaimakan terpilih di seluruh dunia bagi setiap tahun kalendar. Sebelum ini hanya 3 kali setahun.

Syarat perbelanjaan untuk layak bagi setiap kunjungan kekal sama. Sekurang-kurangnya RM1,000 dalam jumlah transaksi runcit terkumpul dalam tempoh 30 hari kalendar.

Dua lawatan tambahan dalam setahun adalah peningkatan yang ketara, terutama bagi anda sering melakukan perjalan antarabangsa. Pilihan cawangan kedai makan pula bermakna manfaat ini boleh digunakan untuk anda memilih restoran yang lebih selesa di restoran terpilih, bukan sekadar bufet lounge sahaja.

Walau bagaimanapun beberapa cawangan lounge akan dikeluarkan daripada senarai terpilih. Plaza Premium Lounge di Gateway@klia2, Flight Club Grab ‘n’ Go di Gateway@klia2, dan Plaza Premium Lounge di Pelepasan Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tidak lagi tersedia untuk pemegang kad Public Bank mulai 1 April. Senarai penuh lounge yang telah dikemaskini boleh disemak di halaman program lounge Public Bank. Untuk memudahkan urusan perjalanan anda, semak terlebih dahulu senarai lounge yang layak. 

Had Pulangan Tunai PB Visa Infinite Akan Dihapuskan

Had bulanan RM80 bagi Cash MegaBonus pada PB Visa Infinite akan dihapuskan sepenuhnya mulai 1 Mei 2026. Sebagai ganti, kad ini akan menawarkan Cash MegaBonus tanpa had sebanyak 1% untuk perbelanjaan runcit luar negara dan 0.3% tanpa had untuk belanja runcit tempatan.

Tawaran baharu ini pastinya lebih bernilai buat pengguna terutamanya bagi perbelanjaan perniagaan. Jika anda mengenakan bayaran pembekal, invois vendor luar negara, perjalanan kerja atau perolehan besar ke PB Visa Infinite, pulangan tunai yang diberikan kini adalah lebih berbaloi dengan apa yang belanjakan. Sebagai contoh, jika anda berbelanja RM20,000 luar negara dalam satu kitaran, anda dapat RM200 pulangan tunai. Belanja RM50,000 pula, dapat RM500.

Walau bagaimanapun, ada juga perubahan lain yang dilakukan seperti penurunan kadar pulangan tunai luar negara dari 2% kepada 1%. Jika perbelanjaan anda di luar negara adalah di bawah RM8,000 sebulan, struktur lama sebenarnya beri pulangan tunai yang lebih menguntungkan. Jika anda konsisten dengan membuat pebelanjaan melebihi  RM8,000 sebulan, struktur tanpa had ini akan lebih pulangan yang lebih tinggi mulai Mei tahun ini

PB World Mastercard Jana Lebih Banyak Air Miles Untuk Perbelanjaan Luar Negara

PB World Mastercard pula berbeza di manakadar perolehan Air Miles untuk transaksi runcit luar negara telah dinaikkan daripada 3 kali kepada 5 kali mata bagi setiap RM1 yang dibelanjakan. Sementara itu, kadar perbelanjaan tempatan kekal pada satu mata bagi setiap RM1.

Untuk perbelanjaan luar negara sebanyak RM5,000, anda akan memperolehi  25,000 mata Air Miles mulai Mei berbanding 15,000 mata Air Miles yang diberikan pada tempoh ini..

Kadar Penukaran Air Miles Akan Dikemaskini

Bermula tarikh yang sama, kadar penukaran untuk menebus Air Miles melalui PB Preferred Redemption e-Catalogue akan dikemaskini bagi kebanyakan kad kredit Public Bank termasuk:

  • PB World Mastercard
  • PB Visa Signature
  • PB Platinum Mastercard
  • PB Quantum Visa
  • PB Quantum Mastercard
  • PB RCB Gold
  • PB RCB Elite.

Dalam struktur baharu, 12,500 mata boleh ditukar kepada 1,000 Mata Enrich atau 2,000 Mata AirAsia. AirAsia beri dua kali ganda mata berbanding Enrich.

Bagi pemegang PB World Mastercard, kadar perolehan luar negara yang lebih tinggi bermakna anda akan capai had 12,500 mata dengan lebih cepat berbanding dahulu.

Padankan Perubahan Ini Dengan Cara Anda Berbelanja

Sekiranya pada tahun ini anda mempunyai beberapa perjalanan ke luar negara, masukkan tambahan lawatan lounge mulai 1 April dalam perancangan kerana pilihan restoran dan akses lounge pastinya sangat berguna semasa transit yang panjang. 

Bagi pelanggan PB Visa Infinite pula, semak semula cara anda menggunakan kad ini sebaik sahaja struktur tanpa had berkuasa pada 1 Mei. Bagi pemegang PB World Mastercard, kadar perolehan luar negara yang lebih tinggi adalah perkara utama untuk dirancang bagi perjalanan seterusnya.

Untuk pertanyaan berkaitan akaun, Perkhidmatan Kad Public Bank boleh dihubungi di 03-2170 8000 atau custsvc@publicbank.com.my.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments