RM68 Juta Pelaburan Sosial Dari Permodalan Nasional Berhad Manfaatkan 760,000 Rakyat Malaysia

KONGSI

Pernah tak anda terfikir bagaimana pelaburan besar dari sesebuah syarikat boleh memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat biasa? Sepanjang tahun 2025,Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah  menyalurkan RM68 juta untuk pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial.. 

RM68 juta mungkin kedengaran seperti angka yang agak besar bagi anda, tapi mari kita lihat apa manfaat yang bakal kita peroleh sebagai rakyat Malaysia.

RM68 Juta Disalurkan Oleh PNB Beri Manfaat Kepada Lebih 760,000 Rakyat Malaysia

PNB,iaitu sebuah institusi pelaburan terkemuka di Malaysia telah memberikan RM68 juta peruntukan untuk membantu lebih daripada 760,000 orang rakyat di seluruh negara. 

Dana ini tidak hanya digunakan untuk tujuan amal, tetapi turut dirancang untuk membina asas kewangan yang lebih kukuh bagi masyarakat Malaysia.

Program-program yang dilaksanakan meliputi beberapa bidang utama:

  • Biasiswa dan program pendidikan
  • Bantuan kepada asnaf (golongan yang layak menerima zakat)
  • Pemerkasaan komuniti
  • Keusahawanan wanita
  • Program literasi kewangan Celik MADANI di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

Inisiatif PNB Bukan Sekadar Pemberian Untuk Tempoh Jangka Pendek

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Seri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda, menekankan bahawa inisiatif ini bukan sekadar pemberian jangka pendek. 

Katanya, jika dahulu kemerdekaan bermaksud kebebasan daripada penjajahan, hari ini kita bercakap tentang satu lagi bentuk kemerdekaan, iaitu kemerdekaan kewangan.

Kemerdekaan kewangan bermaksud anda mempunyai kawalan penuh terhadap kewangan peribadi dan ini adalah matlamat yang ingin dicapai oleh PNB melalui program-program mereka.

Sebahagian Bantuan Disalurkan Terus Ke Akaun ASB Penerima

Salah satu pendekatan unik yang diambil PNB ialah menyalurkan sebahagian daripada bantuan terus ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) penerima. 

Ini merupakan strategi untuk memupuk budaya menabung dan pengurusan kewangan yang berdisiplin sejak awal.

Sebagai contoh, dalam majlis perayaan Ramadan bersama PNB pada baru-baru ini, 66 orang anak yatim di sekitar Lembah Klang serta 50 orang pelajar program Celik MADANI menerima sumbangan RM250 setiap seorang. 

Namun tidak semuanya diberi secara tunai. RM100 diberikan secara tunai, manakala RM100 lagi dikreditkan terus ke akaun ASB beserta cenderamata.

Kekuatan Kewangan PNB Sendiri

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana PNB mampu memberikan jumlah peruntukan yang begitu banyak? Jawapannya terletak pada prestasi kewangan mereka yang sangat kukuh. 

Pada tahun 2024, PNB merekodkan agihan pendapatan dan bonus sebanyak RM14.5 bilion kepada pemegang unit.

Angka ini menunjukkan bahawa PNB bukan hanya memberikan bantuan, tetapi juga terus berkembang dan memberikan pulangan yang baik kepada pemegang unit mereka.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments