Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Fahami Pinjaman Peribadi

Fahami tentang pinjaman peribadi dan jika ianya pilihan yang tepat untuk anda.

Cari Pinjaman Peribadi Terbaik

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Apa Itu Pinjaman Peribadi?

Pinjaman peribadi merupakan satu bentuk kemudahan kewangan di mana anda memohon sejumlah wang yang kebiasaannya dalam lingkungan empat angka ke atas kepada bank atau institusi pinjaman. Untuk membolehkan anda mendapatkan wang tersebut, pihak bank akan menyelidik latar belakang kewangan terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan.

Sesetengah bank atau institusi pinjaman boleh memberi kelulusan permohonan pinjaman dalam tempoh yang agak singkat, sepantas dalam satu hari! Jadi tidak hairanlah mengapa pinjaman peribadi dilihat begitu popular terutamanya bagi mereka yang berada dalam situasi yang memerlukan kewangan dalam tempoh pantas.

Selain itu, kebanyakan pinjaman peribadi tidak memerlukan cagaran atau penjamin untuk membolehkan mereka membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan bank dengan mudah. Pinjaman peribadi ini juga terdiri daripada pelbagai jenis mengikut situasi anda. Antaranya:

• Pinjaman peribadi berkelulusan pantas
• Pinjaman peribadi dengan kadar faedah rendah
• Pinjaman peribadi patuh shariah
• Pinjaman peribadi untuk penjawat awam
• Pinjaman peribadi untuk individu bergaji rendah

Untuk pengetahuan anda, pinjaman peribadi turut mengenakan kadar faedah dengan jumlah tertentu mengikut tempoh pinjaman dan jumlah yang dipinjam. Dan pada setiap bulan, anda perlu membuat pembayaran semula pinjaman mengikut waktu bagi mengelakkan dari perlu membayar Yuran Pembayaran Lewat serta dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi.

Bila Sesuai dan Tidak Sesuai Memohon Pinjaman Peribadi di Malaysia

Pinjaman peribadi boleh menjadi penyelesaian kewangan yang cepat dan fleksibel, tetapi hanya jika digunakan pada masa yang tepat dan untuk tujuan yang betul. Ketahui bila pinjaman peribadi sesuai dimohon dan bila ia tidak digalakkan, supaya anda boleh membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.

Menghadapi situasi kecemasan

Jika anda perlu menampung kos rawatan hospital, membaiki kenderaan akibat kemalangan, atau membaiki kerosakan rumah yang teruk, pinjaman peribadi boleh menjadi penyelamat. Ia menyediakan dana segera untuk keperluan mendesak.

Mahu membuat pembelian besar yang penting

Perlu beli komputer, peti sejuk, atau barangan elektronik untuk kerja atau keperluan keluarga? Pinjaman peribadi boleh digunakan untuk pembelian besar yang memberi nilai jangka panjang, dan boleh mengelakkan anda daripada dikenakan faedah tinggi oleh penjual.

Menampung kos pendidikan

Pinjaman peribadi boleh membantu membayar yuran pengajian universiti atau kursus kemahiran yang boleh meningkatkan peluang kerjaya anda. Ini adalah pelaburan untuk masa depan anda.

Menyelesaikan hutang sedia ada

Anda boleh guna pinjaman peribadi untuk penyatuan hutang (debt consolidation), contohnya menggabungkan kad kredit dan pinjaman lain dalam satu bayaran bulanan. Ini memudahkan pengurusan kewangan dan boleh bantu kurangkan kadar faedah keseluruhan.

Membina skor kredit

Jika anda baru mula membina profil kewangan, ambil pinjaman peribadi dengan jumlah kecil dan bayar tepat pada masanya. Ia boleh membantu meningkatkan skor kredit anda, asalkan bayaran dibuat secara konsisten.

Pendapatan anda tidak stabil

Tanpa pendapatan tetap, anda berisiko gagal bayar balik pinjaman. Ini boleh menyebabkan anda dikenakan penalti, kadar faedah tambahan, dan menjejaskan skor kredit.

Tujuan pinjaman bukan keperluan

Mohon pinjaman untuk beli telefon terbaru, bercuti, atau membeli-belah semata-mata bukanlah satu tindakan bijak. Guna pinjaman peribadi untuk keperluan, bukan kehendak.

Terpengaruh dengan rakan atau trend

Jika anda mohon pinjaman hanya kerana “kawan kata senang lulus”, berhenti sejenak dan fikir semula. Pastikan keputusan anda berdasarkan keperluan sendiri dan bukan pengaruh luar.

Mahu melabur dalam skim berisiko tinggi

Menggunakan pinjaman peribadi untuk pelaburan berisiko tinggi seperti skim cepat kaya atau crypto boleh mengundang kerugian besar. Tiada jaminan pulangan — tetapi pinjaman tetap perlu dibayar.

Guna untuk tampung keperluan harian

Jika pinjaman digunakan untuk beli barang dapur atau bayar bil bulanan, itu petanda kewangan anda bermasalah. Pinjaman peribadi bukan pendapatan tetap. Ia seharusnya digunakan untuk perkara yang memberi nilai jangka panjang, bukan untuk perbelanjaan harian.

Macam Mana Nak Tahu Kita Mampu Bayar Balik Pinjaman Atau Tidak?

Sebelum anda memohon mana-mana pinjaman peribadi, semak terlebih dahulu sama ada anda mampu atau tidak untuk membayar semula pinjaman tersebut melalui beberapa cara berikut:

Guna kalkulator pinjaman peribadi
kalkulator

Kalkulator pinjaman peribadi membantu anda mengira jumlah bayaran bulanan, kadar faedah, dan jumlah keseluruhan kos pinjaman. Ia amat berguna untuk merancang kewangan serta membandingkan beberapa pilihan pinjaman sebelum membuat permohonan yang sesuai dengan kemampuan anda.

Kira jumlah komitmen bulanan anda
komitmen bulanan

Sebelum memohon pinjaman, penting untuk senaraikan semua komitmen sedia ada seperti pinjaman rumah, kereta, kad kredit, dan bil utiliti. Ini membolehkan anda menilai sama ada anda mampu menambah bayaran pinjaman baru tanpa membebankan kewangan.

Fahami Nisbah Khidmat Hutang (DSR)
DSR

DSR atau Debt Service Ratio menunjukkan peratusan pendapatan bulanan yang digunakan untuk membayar semua hutang. DSR yang baik adalah di bawah 40%. Jika DSR anda tinggi, bank mungkin anggap anda berisiko tinggi, dan anda sendiri patut pertimbang semula untuk elak beban hutang yang berlebihan.

Dapatkan nasihat kewangan yang bertauliah
penasihat kewangan

Jika anda masih kurang pasti tentang keputusan kewangan anda, berbincanglah dengan penasihat kewangan berlesen seperti AKPK, penasihat bebas di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bank Negara Malaysia (BNM), serta pegawai institusi kewangan. Semak latar belakang dan caj yang dikenakan agar anda dapat nasihat yang jujur dan bebas dari pengaruh produk tertentu.

Senarai Semak Sebelum Anda Buat Keputusan Untuk Ambil Pinjaman Peribadi

Berikut adalah beberapa soalan yang anda perlu tanya kepada diri sendiri untuk menilai sama ada anda betul-betul layak dan sesuai untuk mengambil pinjaman peribadi

Jika anda betul-betul memerlukan wang untuk perkara seperti kecemasan perubatan, membaiki rumah yang kritikal, atau penyatuan hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi — mungkin pinjaman peribadi adalah pilihan yang wajar untuk anda.

Tetapi jika ia akan digunakan untuk membeli barangan mewah, melancong, menampung gaya hidup yang melebihi kemampuan, anda tidak digalakkan untuk mengambil pinjaman peribadi.
Anda perlu menyemak semula pendapatan bulanan anda sama ada ia merupakan pendapatan yang stabil atau tidak. Jika ya, anda perlu menyemak semula segala komitmen yang perlu dibayar dan menilai sama ada anda mempunyai wang yang mencukupi pada bulan tersebut untuk membayar komitmen bayaran semula pinjaman peribadi pula (jika anda berniat untuk mengambilnya). Sebaiknya, semak terlebih dahulu Nisbah Kepada Hutang, atau lebih dikenali sebagai Debt Service Ratio (DSR) untuk mengukut peratusan pendapatan bulanan anda yang digunakan untuk membayar hutang.
Sekiranya anda tidak mahu mengambil pinjaman peribadi, terdapat beberapa pilihan lain untuk anda mendapatkan pinjaman wang seperti:

• Menggunakan kad kredit dengan ansuran 0% (Beli Sekarang, Bayar Kemudian)
• Membuat pinjaman dengan Koperasi (bagi penjawat awam)
• Menggunakan wang simpanan KWSP dalam Akaun 2
Anda perlu menyemak kadar faedah tahunan yang dikenakan oleh pihak pemberi pinjaman dan memastikan sama ada kadar itu tetap atau berubah. Selain itu, anda perlu mengenal pasti sebarang yuran tersembunyi seperti yuran pemprosesan, caj penalti lewat bayar, yuran penamatan awal, dan insurans yang mungkin dikenakan secara automatik. Dengan maklumat ini, anda tidak akan terkejut jika perlu membuat bayaran balik pinjaman peribadi lebih banyak dari jangkaan.

Soalan Lazim Berkaitan Pinjaman Peribadi di Malaysia

Adakah anda masih keliru dan tidak pasti tentang pinjaman peribadi? Kami sediakan soalan-soalan lazim yang diharap dapat membantu anda memahami tentang pinjaman peribadi dengan lebih baik.

Jika anda telah disenarai hitam sama ada oleh CTOS, CCRIS atau tindakan undang-undang, anda masih boleh memohon pinjaman peribadi, tetapi peluang untuk diluluskan adalah rendah terutamanya dari bank.
Kebanyakan bank menetapkan umur 21 tahun sebagai umur minimum untuk memohon pinjaman peribadi. Tetapi ada juga sesetengah bank yang membenarkan individu seawal 18 tahun untuk membuat permohonan.
Jumlah pinjaman peribadi yang anda layak mohon di Malaysia bergantung kepada beberapa faktor serta syarat yang ditetapkan oleh institusi kewangan seperti pendapatan bulanan, rekod kredit dan nisbah perkhidmatan hutang (DSR).
Tidak boleh, anda tidak boleh menggunakan nama orang lain untuk tujuan memohon pinjaman peribadi kerana ia menyalahi undang-undang di bawah Akta Kanun Keseksaan (Seksyen 420 – menipu).
Ia akan menyebabkan skor kredit anda tidak berada dalam keadaan yang baik, nama anda akan disenarai hitam, sukar untuk mendapat kelulusan pinjaman dari bank, dikenakan tindakan undang-undang dan berisiko untuk diisytihar sebagai muflis.

Ingin belajar lebih lanjut tentang pinjaman?
Kami boleh bantu anda.

Kami ada alat, panduan, dan pelbagai lagi untuk bantu anda mencari pinjaman bersesuaian