Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Sebab Pinjaman Peribadi Ditolak

Ketahui sebab pinjaman ditolak dan langkah seterusnya

Mohon dengan yakin

Cari Pinjaman Peribadi Terbaik

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Ketahui panduan dan cara yang betul untuk tingkatkan kelulusan pinjaman anda

Memohon pinjaman peribadi adalah salah satu cara terpantas untuk mendapatkan dana tambahan – sama ada untuk menyatukan hutang, menampung kecemasan kewangan, atau memenuhi keperluan peribadi seperti pembelian besar. Namun begitu, tidak semua permohonan akan mendapat kelulusan dengan mudah.

Jika anda baru sahaja menerima makluman bahawa permohonan pinjaman anda telah ditolak, jangan panik kerana anda tidak keseorangan. Ramai pemohon mengalami situasi yang sama, dan penolakan biasanya berlaku atas sebab tertentu yang boleh dikenal pasti dan diperbaiki.

Apa yang penting ialah memahami mengapa permohonan anda ditolak dan mengambil langkah pembetulan sebelum mencuba lagi. Dengan strategi yang betul, anda masih berpeluang mendapat kelulusan pada percubaan seterusnya.

Sama ada anda sedang merancang untuk mohon semula atau sekadar ingin lebih bersedia, teruskan membaca untuk ketahui cara yang betul untuk membina semula kelayakan pinjaman anda.

Kenapa permohonan pinjaman anda ditolak?

Permohonan pinjaman yang ditolak selalunya berpunca daripada faktor kewangan yang membimbangkan pihak bank. Dengan mengenal pasti puncanya, anda boleh ambil tindakan yang lebih tepat untuk memperbaiki peluang anda pada masa akan datang.

Skor kredit rendah atau laporan CCRIS tidak baik
skor credit

Skor kredit yang rendah biasanya berlaku apabila anda mempunyai rekod lewat bayar kad kredit, akaun tertunggak, atau akaun yang sudah ditutup tetapi masih mempunyai baki tunggakan. Institusi kewangan menggunakan skor ini untuk menilai tahap risiko anda sebagai peminjam. Jika skor kredit anda buruk, bank mungkin menganggap anda kurang disiplin dalam urusan kewangan dan berisiko tinggi untuk gagal bayar pinjaman.

DSR (Debt Service Ratio) terlalu tinggi
dsr

DSR adalah nisbah peratusan antara jumlah komitmen hutang bulanan anda dengan jumlah pendapatan kasar. Jika nisbah ini terlalu tinggi, ia bermaksud pendapatan anda tidak mencukupi untuk menampung hutang sedia ada bersama pinjaman baru. Sebagai contoh, jika DSR melebihi 60%, bank mungkin menolak permohonan kerana risau anda tidak mampu membayar balik pinjaman tambahan.

Gaji tidak tetap atau terlalu rendah
gaji rendah

Pendapatan yang tidak konsisten seperti pekerja bebas (freelancer) tanpa penyata gaji yang jelas dan tetap sering menghadapi kesukaran untuk mendapat kelulusan pinjaman. Begitu juga dengan gaji yang rendah, ia boleh menjejaskan peluang kerana ia tidak cukup untuk menampung komitmen kewangan.

Rekod pekerjaan singkat atau tidak stabil
beg pekerja

Jika anda baru bekerja dalam tempoh dua atau tiga bulan sahaja dan masih dalam tempoh percubaan, permohonan pinjaman anda mungkin ditolak. Institusi kewangan lebih selesa dengan pemohon yang mempunyai rekod pekerjaan stabil dan lama kerana ia menunjukkan kestabilan kewangan.

Maklumat tidak lengkap atau tidak tepat dalam borang permohonan
borang tak tepat

Kesilapan seperti nombor telefon yang salah, dokumen sokongan tidak lengkap atau tidak disertakan, serta maklumat yang tidak tepat dalam borang permohonan boleh menyebabkan permohonan anda ditolak. Pastikan semua dokumen yang diperlukan lengkap dan maklumat yang diberikan adalah tepat untuk memudahkan proses kelulusan.

Jadi, apa tindakan seterusnya untuk perbaiki peluang kelulusan?

Sebelum cuba memohon semula, ambil masa untuk fahami punca kegagalan dan perkemaskan langkah seterusnya. Berikut adalah tindakan yang anda boleh lakukan untuk perbaikinya:

Anda perlu menyemak laporan CCRIS atau CTOS dengan segera. Melalui eCCRIS, anda boleh akses laporan kredit sendiri secara percuma. Semak dengan teliti segala maklumat seperti baki hutang, rekod pembayaran, dan permohonan sebelum ini. Langkah ini amat penting untuk anda dapat mengenal pasti jika ada kesilapan atau perkara yang perlu diperbaiki dalam rekod kewangan anda.
Pastikan semua baki tertunggak diselesaikan dengan segera dan elakkan daripada berhutang baru sehingga skor anda lebih baik. Sekiranya anda mempunyai pinjaman atau bil yang perlu dibayar, pastikan bayaran minimum dibuat tepat pada masanya untuk elak rekod pembayaran lewat. Disiplin membayar bil secara konsisten akan beri kesan positif kepada skor kredit anda.
Selesaikan pinjaman-pinjaman kecil terlebih dahulu supaya beban bulanan berkurang. Pada masa yang sama, anda boleh cuba tambahkan pendapatan dengan membuat kerja sampingan seperti freelance atau berniaga kecil-kecilan. Pendapatan tambahan ini dapat membantu seimbangkan semula Nisbah Khidmat Hutang (DSR) anda turun lebih rendah dan menarik perhatian institusi kewangan.
Pastikan anda simpan rekod kewangan dengan kemas dan konsisten. Ini termasuklah memastikan akaun bank anda aktif dengan transaksi yang jelas, menyimpan penyata gaji terkini, serta dokumen sokongan seperti penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan bagi mereka yang bekerja sendiri atau freelancer. Dokumen lengkap dan kemas ini memudahkan proses permohonan pinjaman dan meningkatkan keyakinan pihak bank terhadap kemampuan anda membayar balik pinjaman.
Salah satu kesilapan besar ialah memohon jumlah pinjaman yang tidak sepadan dengan gaji atau komitmen anda. Sebagai contoh, jika anda berpendapatan RM2,000 sebulan dan sudah mempunyai komitmen sedia ada, permohonan pinjaman bernilai RM50,000 mungkin tidak sesuai. Bank akan mengira DSR anda, jadi pastikan permohonan anda bersesuaian dengan kemampuan kewangan.
Jika anda tidak pasti pinjaman mana yang sesuai, gunakan alat seperti RinggitPlus Recommendation Tool. Kami boleh bantu padankan pilihan pinjaman berdasarkan gaji, skor kredit, status pekerjaan dan komitmen semasa. Ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah mengurangkan risiko permohonan ditolak kerana tidak menepati syarat asas.
Bagi yang bekerja dalam sektor awam, pinjaman koperasi biasanya lebih fleksibel dari segi syarat dan proses kelulusan. Manakala pinjaman bercagar (seperti cagaran aset atau simpanan tetap) pula boleh menjadi pilihan jika anda ingin tingkatkan peluang kelulusan walaupun skor kredit tidak begitu baik.

Apa langkah untuk diambil apabila pinjaman ditolak dan bila patut mohon semula?

Jika pinjaman anda ditolak oleh pihak bank atau institusi kewangan, jangan risau. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ambil sebelum mohon semula.

Apabila pinjaman anda ditolak, memang rasa kecewa itu sukar dielakkan. Namun, penting untuk tidak panik dan terus mengambil langkah yang betul agar dapat perbaiki peluang mendapat kelulusan pinjaman.

Elakkan membuat permohonan baru secara rambang

Selepas permohonan pinjaman anda ditolak, perkara pertama yang perlu dielakkan adalah membuat permohonan baru secara rambang. Ramai pemohon akan terus menghantar permohonan ke pelbagai institusi kewangan dalam masa singkat kerana risau tidak diluluskan. Namun, setiap permohonan yang ditolak akan dicatat dalam laporan kredit dan ini boleh menurunkan skor kredit anda. Jadi, sebaiknya perbaiki dahulu punca penolakan sebelum cuba semula.

Elakkan dari berurusan dengan ejen tidak sah atau tawaran palsu

Berhati-hati dengan individu atau agensi yang menjanjikan kelulusan 100% dengan bayaran pendahuluan. Ini adalah modus operandi biasa scammer yang cuba memperdaya pemohon yang terdesak. Pastikan semua urusan pinjaman dilakukan melalui saluran rasmi bank atau institusi kewangan yang berlesen sahaja.

Jangan abaikan punca penolakan pinjaman

Setiap penolakan mempunyai sebab tersendiri, seperti skor kredit yang rendah, dokumen tidak lengkap, atau pendapatan yang tidak stabil. Anda boleh menghubungi pihak bank untuk dapatkan penjelasan atau semak sendiri laporan CCRIS atau CTOS. Dengan mengenal pasti punca sebenar, anda boleh ambil langkah pembetulan yang tepat supaya peluang kelulusan pada permohonan seterusnya lebih tinggi.

Jangan terburu-buru mohon pinjaman semula sejurus selepas ditolak. Ambil sedikit masa untuk perbaiki rekod kewangan anda terlebih dahulu. Berikut adalah beberapa petanda masa yang sesuai:

Tunggu sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan

Jika penolakan berlaku kerana skor kredit yang rendah atau tunggakan, gunakan masa ini untuk selesaikan bayaran tertunggak dan pastikan semua pembayaran dibuat tepat pada waktunya. Untuk permohonan yang ditolak kerana DSR (Debt Service Ratio) terlalu tinggi, cuba kurangkan komitmen bulanan atau tambah pendapatan sebelum mohon semula.

Apabila skor kredit sudah bertambah baik

Skor kredit memainkan peranan besar dalam penilaian bank. Anda boleh semak skor kredit anda secara percuma melalui platform seperti eCCRIS atau CTOS. Jika anda lihat peningkatan dari segi bayaran yang lebih konsisten dan tiada tunggakan baharu, ini menandakan skor anda semakin sihat. Bank lebih cenderung meluluskan permohonan daripada individu yang menunjukkan disiplin dalam pengurusan kewangan.

Apabila DSR kembali ke tahap sihat

DSR yang sihat biasanya berada di bawah 40%. Jika nisbah ini masih tinggi, pihak bank akan anggap anda berisiko tinggi untuk gagal membayar semula pinjaman. Selesaikan hutang kecil atau tambah sumber pendapatan untuk bantu turunkan DSR anda ke tahap yang lebih stabil.

Soalan lazim (FAQ) mengenai permohonan pinjaman ditolak

Semak soalan-soalan lazim mengenai permohonan pinjaman ditolak di bawah:

Ya boleh, tetapi elakkan mohon secara rambang ke pelbagai bank lain dalam masa yang singkat. Semua permohonan akan direkodkan dalam laporan kredit, dan jika terlalu banyak permohonan ditolak, ini boleh menjejaskan skor anda. Sebaiknya semak dulu punca permohonan ditolak dan perbaiki isu tersebut sebelum mencuba lagi.
Setiap kali anda memohon pinjaman atau kad kredit, ia akan direkodkan dalam sistem seperti CCRIS. Jika terlalu banyak permohonan dalam tempoh singkat, ia boleh beri kesan negatif terhadap skor kredit, terutamanya jika permohonan tersebut tidak diluluskan. Oleh itu, mohon hanya apabila anda merasa yakin dengan kelayakan dan dokumen anda.
Rekod pembayaran akan kekal dalam laporan CCRIS selama 12 bulan dari tarikh laporan terkini. Jika anda pernah lewat bayar atau mempunyai tunggakan, pastikan anda mula buat bayaran tepat masa untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 hingga 12 bulan sebelum mohon semula.
Sebaiknya tunggu sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan selepas anda jelaskan semua tunggakan. Ini bagi memberi masa kepada sistem CCRIS mengemaskini rekod anda dan membina semula skor kredit yang lebih sihat. Dalam masa ini, pastikan anda tidak ada bayaran lewat dan semua komitmen dijelaskan dengan baik.
Untuk tingkatkan peluang anda lulus pinjaman, pastikan anda memohon jumlah pinjaman yang sesuai dengan kemampuan kewangan dan sediakan semua dokumen penting seperti slip gaji dan penyata bank. Gunakan RinggitPlus Recommendation Tool yang kami sediakan untuk mencari pinjaman yang padan dengan profil anda. Jika tidak berjaya, anda boleh pertimbangkan pinjaman koperasi atau pinjaman bercagar sebagai alternatif.

Ingin belajar lebih lanjut tentang pinjaman?
Kami boleh bantu anda.

Kami ada alat, panduan, dan pelbagai lagi untuk bantu anda mencari pinjaman bersesuaian