Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kad Kredit BSN Terbaik

Nikmati pengecualian yuran tahunan seumur hidup dengan kad kredit BSN.

Papar Semua Kad Kredit
Paparan 11 hingga 12 daripada 12 hasil carian

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!

Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad BSN

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas

Kad Islamik

Kad Islamik

Teroka kad kredit patuh Syariah yang mengamalkan pembiayaan beretika.

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Mampu Milik

Kad Mampu Milik

Dapatkan kad kredit dengan syarat permohonan mudah.

Gambaran Keseluruhan Kad Kredit BSN di Malaysia

Segala keistimewaan yang boleh anda nikmati melalui kuasa membeli tanpa perlu bersusah payah perlu membawa wang tunai ke mana-mana, itulah kelebihan kad kredit BSN kepada anda.

Seiring dengan komitmen tersebut, BSN turut menawarkan pengecualian yuran tahunan seumur hidup bagi semua kad kreditnya. Anda boleh memilih daripada rangkaian lengkap kad Visa dan MasterCard kategori Classic, Gold, Platinum, serta Premium, dan lakukan permohonan anda secara dalam talian untuk kelulusan yang lebih pantas.

Apa Ciri-ciri dan Manfaat Kad Kredit BSN

Berikut adalah beberapa ciri dan kelebihan yang dimiliki oleh kad kredit BSN:

Kad kredit Bank Simpanan Nasional adalah percuma seumur hidup termasuk untuk ahli kad kredit tambahan anda juga. Bukan hanya semasa anda mendaftar, tetapi untuk seumur hidup anda tanpa sebarang syarat tambahan. Jadi, sentiasa simpan kad kredit BSN di dalam poket anda untuk meraih pelbagai manfaat.
Gunakan kad kredit BSN anda kerana setiap Ringgit yang anda belanjakan untuk transaksi tempatan memberikan anda 1 Mata Happy. Berbelanja di luar negara dan anda akan mendapat mata gandaan dua kali ganda!

Memandangkan kad kredit BSN diiktiraf di seluruh dunia, anda boleh menikmati diskaun dan tawaran istimewa daripada hidangan makanan dan membeli-belah sehinggalah ganjaran pelancongan di lebih 20 juta premis di seluruh dunia, serta pengeluaran tunai di lebih 1 juta ATM.

Kumpul mata ganjaran anda setiap kali anda menggunakan kad BSN. Mata terkumpul ini kemudiannya boleh digunakan untuk menebus hadiah menarik buat anda dan keluarga! Sama ada peralatan dapur, kelengkapan perjalanan, baucar, atau hadiah untuk kanak-kanak, katalog mata ganjaran myBSN mempunyai hadiah khas untuk anda.
Hanya Bank Simpanan Nasional yang memberikan anda kadar faedah serendah 11% setahun bagi sektor kerajaan dan 13.5% setahun bagi kakitangan sektor swasta dengan kad kredit BSN Classic, Gold atau Platinum. Bukan itu sahaja, bagi guru yang memiliki Kad Kredit BSN-Teachers Al-Aiman Gold, kadar faedah caj kewangan adalah serendah 8.88% setahun! Secara umumnya, kadar faedah yang dikenakan akan lebih tinggi jika anda mempunyai sejarah pembayaran yang tidak konsisten dan kadar faedah lebih rendah jika anda membuat pembayaran dengan segera.
Dapatkan kad tambah nilai automatik Touch ‘n Go percuma ini yang dihubungkan terus ke kad kredit anda dan nikmati rebat tol serta diskaun yang hebat. Anda boleh menghubungkan sehingga 5 Kad Zing ke Kad Kredit BSN Gold Visa anda dan kongsi kemudahan ini dengan orang tersayang.
Kad kredit BSN juga menawarkan perlindungan perjalanan yang lengkap. Hanya caj tambang perjalanan penuh anda ke Kad Kredit BSN Platinum dan anda boleh melancong dengan tenang. Mengapa? Kerana anda akan mendapat perlindungan insurans perjalanan PERCUMA sehingga RM300,000 secara automatik! Manfaat kesulitan perjalanan sehingga RM2,000 juga disertakan bagi bagasi yang hilang atau lewat, serta RM600 bagi kelewatan penerbangan dan terlepas sambungan penerbangan.
Untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan anda, kad kredit BSN menawarkan rangkaian talian kredit dengan kaedah pembayaran balik yang fleksibel pada kadar yang kompetitif.
Bagi ahli utama BSN, pindahkan baki tertunggak anda daripada kad kredit lain ke kad BSN anda dan nikmati kadar faedah yang lebih rendah. Program ini menawarkan 6 pelan pindahan baki untuk dipilih, termasuk pelan faedah 0% sehingga 12 bulan. Tiada yuran pemprosesan, tempoh pembayaran balik yang lama antara 3 hingga 36 bulan, dan nikmati kemudahan pembayaran melalui myBSN atau mana-mana cawangan atau ATM BSN.
Juga eksklusif untuk ahli utama BSN, kini anda boleh membeli-belah dan menukarkan pembelian runcit anda kepada ansuran bulanan yang mampu milik. Nikmati faedah 0% untuk ansuran anda selama 6, 12, atau 24 bulan dengan yuran pendahuluan sekali bayar sebanyak 3% sehingga 5%. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membuat pembelian minimum RM500 dalam satu resit dan pilih tempoh Pelan Bayaran Ansuran BSN anda.

Berapakah Jumlah Gaji Minimum Bagi Setiap Kad Kredit BSN?

Terdapat beberapa jenis kad kredit ditawarkan oleh BSN mengikut tahap pendapatan anda:

Kad Kredit BSN Classic, Kad Kredit BSN-Teachers Gold, Kad Kredit BSN Al-Aiman Classic, Kad Kredit UUM-BSN Al-Aiman Mastercard, Kad Kredit BSN G-Card Visa, dan Kad Kredit BSN Al-Aiman G-Card Visa.
BSN-AIAFAM Visa Platinum Credit Card
Kad Kredit BSN Al-Aiman Emas dan Kad Kredit BSN Gold
Kad Kredit BSN Platinum dan Kad Kredit BSN Al-Aiman Platinum

Apakah Dokumen Saya Perlu Sediakan Untuk Mohon Kad Kredit BSN?

Untuk memudahkan urusan permohonan kad kredit BSN anda, terdapat beberapa dokumen yang perlu disediakan.

Dokumen Penting Untuk Mohon Kad Kredit BSN

Dokumen-dokumen tersebut adalah berbeza mengikut kategori kerjaya seperti berikut:


Pekerja BergajiBekerja SendiriPenerima Komisen

✓ Salinan IC, DAN
✓ Salinan slip gaji 1 bulan terkini (Penjawat Awam), ATAU
✓ Surat pengesahan majikan (Penjawat Awam), ATAU
✓ Salinan slip gaji 3 bulan terkini (Pekerja Sektor Swasta), ATAU
✓ Penyata KWSP terkini (Pekerja Sektor Swasta), ATAU
✓ Borang EA (Pekerja Sektor Swasta), ATAU
✓ Borang BE (Pekerja Sektor Swasta)

✓ Salinan IC (depan dan belakang), DAN
✓ Salinan penyata bank syarikat 6 bulan terkini, ATAU
✓ Borang B terkini beserta resit cukai rasmi, DAN
✓ Salinan Borang 9, 24, 49, ATAU
✓ Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM)


✓ Salinan IC (depan dan belakang), DAN
✓ Salinan penyata komisen 6 bulan terkini, ATAU
✓ Penyata komisen tahunan, ATAU
✓ Borang EA, ATAU
✓ Borang BE beserta resit cukai rasmi

Bagaimana Cara Untuk Mohon Kad Kredit BSN?

Permohonan kad kredit boleh dibuat secara dalam talian dengan kami melalui platform RinggitPlus! Anda tidak perlu lagi pergi ke pusat BSN. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah bandingkan pelbagai kad kredit yang ada dan mohon secara dalam talian, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Soalan-soalan Lazim Berkaitan Kad Kredit BSN

Berikut adalah maklumat-maklumat yang boleh membantu anda memahami kad kredit BSN dengan lebih baik.

Anda perlu menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum setiap bulan untuk memastikan rekod kredit anda kekal bersih dan mengelakkan caj tambahan. Ahli kad kredit Bank Islam perlu membuat bayaran balik bulanan minimum sebanyak 5% daripada baki semasa atau minimum RM50, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bayaran balik bulanan mestilah dibuat pada tarikh akhir yang telah ditetapkan. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan caj bayaran lewat dikenakan, iaitu minimum RM5 atau 1% daripada jumlah baki tunggakan (tidak termasuk kadar keuntungan dan yuran), mengikut mana-mana yang lebih tinggi sehingga maksimum RM50.
Jika kad anda hilang, dicuri, atau rosak, anda boleh mendapatkan kad kredit penggantian secara percuma. Walau bagaimanapun, RM50 bagi setiap kad akan dikenakan untuk penggantian kedua dan seterusnya dalam tempoh 5 hingga 7 hari bekerja dari tarikh pengeluaran.
Anda boleh memohon sehingga maksimum 5 kad tambahan untuk pasangan, anak-anak, dan ahli keluarga terdekat anda yang berumur 18 tahun ke atas.
Pemohon kad utama perlulah warganegara Malaysia berusia 21 tahun atau 18 tahun bagi pemohon kad tambahan dan sekurang-kurangnya memiliki gaji bulanan minimum RM2,000.

Kad Kredit BSN Yang Terbaik Di Malaysia 2026

Berikut adalah beberapa kad kredit BSN yang boleh anda pertimbangkan.

Kad Kredit BSN Al-Aiman Platinum

Nikmati pelbagai manfaat dari Platinum termasuk keistimewaan gaya hidup eksklusif, program ganjaran, kebebasan kewangan, kemudahan, dan caj faedah yang lebih rendah, segalanya dengan BSN Al-Aiman Platinum.

Kad Kredit BSN Al-Aiman Platinum
Kad Kredit BSN Al-Aiman Platinum

Gaji Min.

RM 48,000

Yuran Tahunan

RM 0

Kad Kredit BSN Classic

Kad kredit klasik yang memberi ganjaran setiap kali anda berbelanja. Dengan pelbagai manfaat bermula daripada yuran faedah rendah dan perlindungan insurans perjalanan percuma sehinggalah pelan ansuran tanpa faedah, terdapat banyak kelebihan yang ditawarkan oleh kad ini!

Kad Kredit BSN Classic
Kad Kredit BSN Classic

Gaji Min.

RM 24,000

Yuran Tahunan

RM 0

Kad Kredit BSN-Teachers Gold

Kad yang direka khas untuk guru dan pendidik di seluruh Malaysia. Manfaatkan kad kredit tanpa yuran tahunan, kadar faedah yang rendah, dan program ganjaran yang hebat!

Kad Kredit BSN-Teachers Gold
Kad Kredit BSN-Teachers Gold

Gaji Min.

RM 24,000

Yuran Tahunan

RM 0

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak