Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kad Kredit Bank Rakyat Terbaik

Kad kredit Bank Rakyat menyediakan solusi kewangan untuk setiap segmen ekonomi.

Papar Semua Kad Kredit
Paparan 1 hingga 4 daripada 4 hasil carian

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!

Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Bank Rakyat

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas

Kad Islamik

Kad Islamik

Teroka kad kredit patuh Syariah yang mengamalkan pembiayaan beretika.

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Mampu Milik

Kad Mampu Milik

Dapatkan kad kredit dengan syarat permohonan mudah.

Gambaran Keseluruhan Kad Kredit Bank Rakyat di Malaysia

Terbuka kepada semua penganut agama dan latar belakang, kad kredit Bank Rakyat memenuhi keperluan semua segmen ekonomi. Sama ada anda baru sahaja memulakan kerjaya atau sudah berpendapatan tinggi, Bank Rakyat memahami keperluan, jangkaan, dan kekangan anda.

Apa Ciri-ciri dan Manfaat Kad Kredit Bank Rakyat

Berikut adalah beberapa ciri dan kelebihan yang dimiliki oleh kad kredit Bank Rakyat:

Apabila anda memohon kad Bank Rakyat, anda akan mendapat kad kredit patuh Syariah yang mengikut peraturan kewangan Islam. Maksudnya tiada unsur riba atau faedah kompaun dikenakan ke atas kredit anda.

Selain itu, anda boleh mendapat penjimatan berganda apabila berbelanja dengan kad Bank Rakyat kerana ia antara yang menawarkan kadar keuntungan terendah di pasaran, iaitu antara 13.5% hingga 17% setahun. Oleh kerana ia mematuhi undang-undang Syariah, pihak bank memastikan kadar pertukaran 0% bagi transaksi luar negara, yang bermaksud tiada caj tambahan dikenakan untuk pertukaran mata wang.
Mesti anda gembira bila mendapat tahu bahawa yuran tahunan bagi semua kad kredit Bank Rakyat adalah dikecualikan tanpa sebarang syarat. Perkara yang sama turut terpakai bagi Kad Kredit-i Bank Rakyat Platinum untuk tahun pertama penggunaan sahaja. Bermula tahun kedua dan seterusnya, anda hanya perlu melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi atau berbelanja dengan jumlah minimum RM0.01 dalam tempoh setahun untuk mengecualikan yuran tahunan tersebut.
Nikmati program ganjaran kad kredit yang unik di mana anda boleh memperoleh 1 Mata Ganjaran Rakyat bagi setiap RM10 yang dibelanjakan menggunakan kad kredit anda.

Mata ganjaran ini boleh ditukarkan kepada tunai pada kadar RM0.10 bagi setiap 10 mata. Bukan itu sahaja, Bank Rakyat turut memberi ganjaran kepada anda dengan rebat keuntungan sehingga 3%. Anda boleh menggunakan Mata Ganjaran Rakyar dan Rebat Keuntungan ini untuk menebus pakej umrah atau percutian. Selain itu, anda juga boleh menebusnya dalam bentuk tunai melalui cek, dikreditkan terus ke Akaun Simpanan Bank Rakyat anda, atau dikreditkan ke akaun Bank Rakyat anda untuk mengurangkan baki tunggakan kad.
Semua kad kredit Bank Rakyat menawarkan perlindungan Takaful untuk seisu secara PERCUMA sehingga RM200,000 yang termasuk perlindungan untuk risiko kematian dan hilang upaya kekal. Selain itu, anda juga akan menerima Elaun Ihsan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pengebumian.
Sekiranya anda kehilangan kad kredit Bank Rakyat, anda tidak perlu panik kerana anda boleh terus menghubungi Pusat Kad Bank Rakyat di talian 03 2692 4600 untuk membuat laporan kehilangan atau kecurian dengan segera. Selain itu, bagi sebarang pertanyaan lanjut atau aduan, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Bank Rakyat di 03 2693 6880 untuk mendapatkan bantuan pada bila-bila masa.

Pelan Pindahan Baki Bank Rakyat

Kad kredit Bank Rakyat turut menawarkan pelan pindahan baki bagi anda yang mahu menguruskan hutang atau tunggakan baki dengan lebih baik.

Ciri-ciri Pelan Pindahan Baki Bank Rakyat

Sekiranya anda sedang mencari pelan pindahan baki dengan kadar terendah dan tempoh bayaran balik yang paling fleksibel, pelan pindahan baki Bank Rakyat adalah jawapannya. Melalui pelan ini, anda boleh memindahkan baki sehingga 100% daripada had kredit kad anda tanpa sebarang tempoh sekatan (lock-in period) dan tiada yuran penyelesaian awal dikenakan.


TempohKadar FaedahJumlah Pindahan Minimum
3 bulan3% setahunRM1,000
12 bulan13.5% setahunRM1,000

Soalan-soalan Lazim Mengenai Kad Kredit Bank Rakyat

Untuk membantu anda memahami tentang kad kredit Bank Rakyat, berikut adalah maklumat yang boleh membantu anda.

Pemohon mestilah warganegara Malaysia atau ekspatriat yang berusia 21 tahun bagi pemegang kad utama dan 18 tahun bagi pemegang kad tambahan. Selain itu, anda perlu memenuhi kelayakan gaji bulanan minimum bagi kad kredit yang ingin dimohon seperti berikut:
•  Kad Kredit-i Bank Rakyat Muslimah: RM2,000
•  Kad Kredit-i Bank Rakyat Gold: RM3,000
•  Kad Kredit-i Bank Rakyat Platinum Explorer: RM5,000
•  Kad Kredit-i Bank Rakyat Platinum: RM5,000

Nota: Kelayakan gaji bulanan bagi ekspatriat adalah sedikit berbeza.
Untuk memastikan permohonan kad kredit Bank Rakyat anda diluluskan, berikut adalah senarai dokumen penting yang perlu disediakan:

Pekerja bergaji:
•  Salinan kad pengenalan (depan dan belakang) atau pasport
•  Salinan slip gaji terkini
•  Salinan Borang EA dan penyata KWSP terkini

Bekerja Sendiri:
•  Salinan kad pengenalan (depan dan belakang) atau pasport
•  Penyata bank 3 bulan terkini
•  Borang B
•  Sijil Pendaftaran Perniagaan

Ekspatriat:
•  Salinan passport
•  Salinan Akaun Simpanan Bank Rakyat
•  Salinan Surat Pengesahan dari majikan

Pelan Pembayaran Fleksi Bank Rakyat

Bank Rakyat turut menawarkan dua jenis pembayaran yang memudahkan anda untuk mendapatkan barangan idaman tanpa perlu membayar secara sekaligus!

Adakah anda ingin menukarkan pembelian barangan bernilai tinggi kepada ansuran bulanan yang lebih ringan? Pelan Ansuran Mudah Bank Rakyat membolehkan anda membahagikan pembayaran bagi pembelian bernilai RM500 ke atas kepada tempoh sehingga 36 bulan dengan kadar keuntungan yang rendah. Ini adalah cara yang bijak untuk menguruskan perbelanjaan anda, hanya swipe kad dan tukarkan kepada ansuran!
Perlukan lebih fleksibiliti dalam aliran tunai anda? Pelan Pembayaran Mudah Fleksi Bank Rakyat memberikan anda kebebasan untuk menukarkan pembelian runcit kepada pelan ansuran pada bila-bila masa, walaupun selepas pembelian tersebut selesai dilakukan. Nikmati tempoh bayaran balik sehingga 36 bulan dengan kadar yang kompetitif tanpa perlu bimbang tentang perancangan awal.

Jenis-jenis Kad Kredit Bank Rakyat Di Malaysia

Terdapat beberapa jenis kad kredit Bank Rakyat yang boleh anda dapati di Malaysia, antaranya adalah:

Individu yang kerap melancong untuk tujuan peribadi mahupun perniagaan akan mendapat manfaat besar daripada Kad Kredit-i Bank Rakyat Platinum Explorer yang menawarkan pulangan tunai sebanyak 5% untuk semua tempahan tiket penerbangan dan hotel. Selain itu, anda juga akan menerima akses percuma sebanyak 3 kali ke Plaza Premium Lounge di Malaysia!
Kad kredit ini memberikan ganjaran 1 Mata Ganjaran Rakyat bagi setiap perbelanjaan RM10. Ia juga disertakan dengan Pelan Perlindungan Takaful Keluarga secara percuma.
Dengan syarat pendapatan tahunan minimum RM36,000, anda boleh menukarkan perbelanjaan anda kepada pelan pembayaran mudah 0%. Nikmati juga sifar yuran tambahan bagi pertukaran mata wang untuk transaksi di luar negara.
Direka khas untuk wanita, Kad Kredit-i Muslimah Bank Rakyat menawarkan diskaun sehingga 10% di pedagang terpilih serta pelbagai keistimewaan Mastercard.

Kad Kredit Bank Rakyat Yang Terbaik Di Malaysia 2026

Senarai di bawah merupakan antara kad kredit Bank Rakyat terbaik yang boleh anda pertimbangkan untuk membuat permohonan melalui platform kami di RinggitPlus!

Kad Kredit Perjalanan Terbaik Bank Rakyat

Nikmati pulangan tunai sebanyak 5% untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel tanpa sebarang had perbelanjaan minimum. Selain itu, anda boleh mengumpul Mata Ganjaran Rakyat pada kadar 1 mata bagi setiap RM10 yang dibelanjakan di dalam mahupun luar negara.

Kad Kredit-i Bank Rakyat Platinum Explorer
Kad Kredit-i Bank Rakyat Platinum Explorer

Gaji Min.

RM 60,000

Yuran Tahunan

RM 0

Kad Kredit Mata Ganjaran Terbaik Bank Rakyat

Dapatkan Mata Ganjaran Rakyat setiap kali anda berbelanja dan tukarkannya kepada tunai pada bila-bila masa anda memerlukannya. Selain itu, nikmati perlindungan Takaful Keluarga secara percuma serta pengecualian yuran tahunan tanpa sebarang syarat bagi memudahkan pengurusan kewangan anda.

Kad Kredit-i Bank Rakyat Platinum
Kad Kredit-i Bank Rakyat Platinum

Gaji Min.

RM 60,000

Yuran Tahunan

RM 388

Kad Kredit Untuk Wanita Terbaik Bank Rakyat

Kad kredit ini dikecualikan daripada yuran tahunan seumur hidup dan direka khas untuk memenuhi keperluan setiap wanita di Malaysia. Anda boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif, termasuk diskaun sehingga 10% di pedagang terpilih serta pelbagai keistimewaan hebat daripada MasterCard.

Bank Rakyat Kad Muslimah
Bank Rakyat Kad Muslimah

Gaji Min.

RM 24,000

Yuran Tahunan

RM 0

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak