Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kad Mampu Milik

Mohon kad kredit sesuai dengan pendapatan anda dan nikmati ganjaran, kemudahan kredit fleksibel, dan banyak lagi!

Papar Semua Kad Kredit
Paparan 61 hingga 70 daripada 82 hasil carian

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!

Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Kredit dengan Kami

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas

Kad Islamik

Kad Islamik

Teroka kad kredit patuh Syariah yang mengamalkan pembiayaan beretika.

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Kredit Untuk Individu Bergaji Rendah

Memiliki kad kredit bukan lagi sesuatu yang hanya sesuai untuk golongan berpendapatan tinggi. Di Malaysia, terdapat pelbagai pilihan kad kredit yang direka khas untuk individu bergaji rendah atau mereka yang baru mula membina rekod kewangan.

Dengan syarat pendapatan minimum serendah RM24,000 setahun, anda masih boleh menikmati manfaat seperti pulangan tunai, mata ganjaran, promosi eksklusif dan kemudahan pembayaran tanpa tunai untuk kegunaan harian.

Namun, pemilihan kad kredit yang betul sangat penting. Kad yang sesuai boleh membantu anda mengurus perbelanjaan dengan lebih baik, membina skor kredit yang sihat dan menikmati ganjaran tambahan tanpa membebankan kewangan bulanan.

Bagi memudahkan anda membuat pilihan, berikut ialah senarai kad kredit terbaik untuk individu bergaji rendah di Malaysia berdasarkan syarat kelayakan, manfaat dan corak perbelanjaan harian.

Berapa Pendapatan Minimum Untuk Mohon Kad Kredit?

Menurut garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM), pendapatan minimum untuk memohon kad kredit ialah RM24,000 setahun atau sekitar RM2,000 sebulan.

Walau bagaimanapun, syarat kelayakan sebenar bergantung pada bank dan jenis kad yang dipohon. Kad asas seperti Classic atau Gold biasanya mempunyai syarat pendapatan lebih rendah, manakala kad premium menawarkan lebih banyak manfaat tetapi memerlukan pendapatan yang lebih tinggi.

Selain pendapatan, pihak bank juga akan menilai beberapa faktor lain sebelum meluluskan permohonan kad kredit. Antaranya termasuk rekod pembayaran CCRIS dan CTOS, jumlah komitmen bulanan sedia ada, tempoh pekerjaan, serta sejarah penggunaan kredit anda. Faktor-faktor ini membantu bank menentukan tahap kemampuan kewangan dan risiko pemohon sebelum had kredit diberikan.

Cara Memilih Kad Kredit Yang Sesuai Untuk Individu Bergaji Rendah

Memilih kad kredit yang sesuai sangat penting supaya penggunaan kad tidak membebankan kewangan bulanan anda. Fokus kepada kad yang mempunyai syarat pendapatan minimum rendah, yuran tahunan yang mudah dikecualikan serta manfaat yang sepadan dengan corak perbelanjaan harian.

Jika anda kerap berbelanja untuk petrol, barangan dapur atau bil utiliti, pilih kad yang menawarkan pulangan tunai untuk kategori tersebut. Jika anda lebih banyak menggunakan kad untuk pembelian harian atau dalam talian, kad mata ganjaran mungkin lebih sesuai.

Elakkan memilih kad premium dengan syarat perbelanjaan tinggi sekiranya penggunaan bulanan anda masih rendah. Selain itu, pastikan anda memahami kadar faedah, had kredit dan syarat pembayaran minimum sebelum membuat permohonan supaya penggunaan kad kredit kekal terkawal dan tidak menjejaskan aliran tunai bulanan anda.

Perkara Penting Tentang Kad Kredit Untuk Individu Bergaji Rendah

Kad kredit boleh menjadi alat kewangan yang membantu jika digunakan dengan betul. Namun, bagi individu yang mempunyai pendapatan bulanan yang rendah, penggunaan kad kredit perlu dirancang dengan lebih teliti supaya tidak menjejaskan aliran tunai dan komitmen bulanan.

Gunakan Kad Untuk Perbelanjaan Keperluan
Kad kredit sebaiknya digunakan untuk perbelanjaan harian seperti barangan dapur, petrol, bil utiliti atau kecemasan. Elakkan penggunaan untuk pembelian impulsif atau komitmen yang melebihi kemampuan kewangan bulanan anda.

Buat Bayaran Penuh Setiap Bulan
Membayar baki penuh sebelum tarikh akhir membantu anda mengelakkan caj faedah yang tinggi. Ini juga membantu membina rekod kredit yang lebih baik untuk permohonan pinjaman atau kad kredit pada masa akan datang.

Pantau Had Penggunaan Kad Kredit
Sebaiknya gunakan kurang daripada 30% hingga 50% daripada had kredit yang diberikan. Penggunaan kredit yang terlalu tinggi boleh memberi kesan kepada skor kredit dan menyukarkan permohonan kewangan pada masa depan.

Semak Penyata Kad Secara Berkala
Menyemak penyata bulanan membantu anda mengawal perbelanjaan, mengesan transaksi mencurigakan dan memahami corak penggunaan bulanan dengan lebih baik.

Elakkan Pendahuluan Tunai (Cash Advance)
Pengeluaran tunai menggunakan kad kredit biasanya dikenakan caj dan kadar faedah yang tinggi. Kemudahan ini hanya sesuai digunakan jika ada kecemasan atau keperluan yang penting sahaja.

Manfaatkan Ganjaran Dengan Bijak
Pulangan tunai, mata ganjaran dan promosi boleh membantu anda berjimat untuk perbelanjaan harian. Pilih kad yang sepadan dengan gaya penggunaan anda supaya manfaat yang diterima dapat dimaksimumkan sepenuhnya.

Pilihan Kad Kredit Mengikut Gaya Hidup Untuk Individu Bergaji Rendah

Pemilihan kad kredit untuk kegunaan harian mungkin bergantung kepada gaya hidup anda. Berikut kami senaraikan beberapa kad kredit terbaik yang bersesuaian untuk golongan bergaji rendah mengikut situasi perbelanjaan yang berbeza.

Pengembara Jarak Jauh

Sering memandu merentasi negeri

Ali sering berulang-alik dari KL ke Johor dan menggunakan Kad Kredit RHB Shell Visa untuk mengisi minyak. Dengan perbelanjaan petrol RM900 sebulan, dia menikmati pulangan tunai RM50, menjimatkan RM600 setahun.

Kad Kredit RHB Shell Visa
Kad Kredit RHB Shell Visa

Gaji Min.

RM 24,000

Yuran Tahunan

RM 195

Pembeli Tegar Dalam Talian

Suka membeli-belah dalam talian

Sarah gemar membeli-belah dalam talian dan membelanjakan RM300 sebulan dengan Kad Kredit Alliance Bank Visa Virtual. Setiap RM1 dibelanjakan atas pembelian dalam talian memberinya 8 mata, mengumpul 2,400 mata setiap bulan.

Kad Kredit Alliance Bank Visa Virtual
Kad Kredit Alliance Bank Visa Virtual

Gaji Min.

RM 24,000

Yuran Tahunan

RM 0

Pengguna Setia Grab

Kerap guna perkhidmatan Grab rutin harian

Sam tidak memiliki kenderaan dan bergantung pada Grab untuk perjalanan harian dan pesanan makanan. Dengan perbelanjaan RM400 sebulan menggunakan Maybank Grab, dia memperoleh 400 GrabRewards yang boleh ditebus untuk diskaun.

Maybank Grab Mastercard Platinum
Maybank Grab Mastercard Platinum

Gaji Min.

RM 24,000

Yuran Tahunan

RM 0

Gemar Tonton Filem Di Panggung Wayang

Farah tidak pernah melepaskan peluang menonton filem baharu dan membeli tiket menggunakan Kad Kredit RHB Rewards Visa. Dengan setiap tiket RM18, dia mengumpul 180 poin untuk ganjaran menarik.

Kad Kredit RHB Rewards Visa
Kad Kredit RHB Rewards Visa

Gaji Min.

RM 24,000

Yuran Tahunan

RM 200

Suka Berbelanja Barangan Dapur Di AEON Big

Puan Mazilah membeli barang dapur di AEON Big kerana lokasinya dekat dan tawaran menarik. Dengan perbelanjaan RM600 sebulan menggunakan AEON Big Visa Classic, dia mendapat 5% pulangan tunai hingga RM100, menjimatkan perbelanjaannya kepada RM500 sahaja.

AEON BiG Visa Classic
AEON BiG Visa Classic

Gaji Min.

RM 24,000

Yuran Tahunan

RM 30

Soalan-Soalan Lazim Tentang Kad Kredit Untuk Individu Bergaji Rendah

Berikut ialah soalan-soalan yang sering ditanya sebelum memohon kad kredit, supaya anda lebih jelas tentang kelayakan, risiko, dan cara penggunaan yang betul.

Berapa pendapatan minimum untuk mohon kad kredit?
Mengikut garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM), pendapatan minimum untuk memohon kad kredit ialah RM24,000 setahun atau sekitar RM2,000 sebulan. Namun, syarat kelayakan mungkin berbeza mengikut bank dan jenis kad kredit.

Adakah individu bergaji RM2,000 layak memohon kad kredit?
Ya. Terdapat banyak kad kredit peringkat asas di Malaysia yang sesuai untuk individu dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan. Kad ini biasanya menawarkan syarat kelayakan lebih rendah dan manfaat asas seperti pulangan tunai atau mata ganjaran.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk mohon kad kredit?
Kebanyakan bank memerlukan kad pengenalan, slip gaji terkini, penyata KWSP atau penyata bank sebagai bukti pendapatan. Bagi individu yang bekerja sendiri, dokumen tambahan seperti penyata bank syarikat mungkin diperlukan.

Adakah CCRIS dan CTOS mempengaruhi kelulusan kad kredit?
Ya. Bank akan menyemak rekod CCRIS dan CTOS untuk menilai sejarah pembayaran balik hutang dan tahap komitmen kewangan anda. Rekod kredit yang baik boleh meningkatkan peluang permohonan diluluskan.

Berapa had kredit yang boleh saya dapat?
Had kredit bergantung pada pendapatan dan penilaian bank. Untuk individu dengan pendapatan RM36,000 setahun ke bawah, jumlah had kredit biasanya dihadkan kepada dua kali ganda pendapatan bulanan bagi setiap bank.

Bolehkah saya mohon kad kredit jika tiada rekod kredit?
Boleh. Ramai pemohon kali pertama berjaya mendapatkan kad kredit asas walaupun belum mempunyai sejarah kredit. Bank biasanya akan menilai kestabilan pendapatan dan tempoh pekerjaan sebelum meluluskan permohonan.

Adakah kad kredit sesuai untuk individu bergaji rendah?
Kad kredit boleh membantu mengurus perbelanjaan harian, sebagai wang kecemasan dan membina skor kredit jika digunakan secara berdisiplin. Namun, pengguna perlu mengawal perbelanjaan dan mengelakkan hutang berlebihan.

Apa akan berlaku jika saya hanya bayar jumlah minimum?
Baki tertunggak akan dikenakan caj faedah sekitar 15% hingga 18% setahun. Jika dibiarkan berpanjangan, hutang kad kredit boleh meningkat dengan cepat dan menjejaskan kewangan anda.

Adakah lewat bayar akan menjejaskan skor kredit?
Ya. Bayaran lewat akan direkodkan dalam laporan CCRIS dan boleh menurunkan skor kredit anda. Ini boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan pinjaman atau kad kredit lain pada masa hadapan.

Adakah kad kredit tanpa yuran tahunan lebih berbaloi?
Kad kredit tanpa yuran tahunan sesuai untuk pengguna baharu atau individu yang mahu berjimat. Namun, anda juga perlu mempertimbangkan manfaat lain seperti pulangan tunai, mata ganjaran dan syarat penggunaan sebelum memilih kad kredit yang sesuai.

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak