Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kad Kredit Terbaik di Malaysia

Bandingkan kad kredit terbaik di Malaysia dengan ganjaran, pulangan tunai dan faedah eksklusif. Mohon melalui RinggitPlus sekarang!

Papar Semua Kad Kredit
  • 2% rebat tunai luar negara

    Public Bank Quantum MasterCard

    Public Bank Quantum MasterCard
    Pendapatan Min.
    RM 3,000
    Yuran Tahunan
    percuma
    Kadar Faedah
    15% p.a.

    Nikmati 2% pulangan tunai untuk transaksi luar negara, Mata Ganjaran VIP untuk pembelian runcit tempatan dan tiada yuran tahunan.

  • Sehingga 3x mata ganjaran

    AFFIN World Mastercard

    AFFIN World Mastercard
    Pendapatan Min.
    RM 6,667
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Faedah
    15% p.a.

    Dapatkan pulangan tunai 3% tanpa had untuk perbelanjaan di luar negara dan 0.8% untuk tempatan. Nikmati keistimewaan akses lounge dan ganjaran eksklusif.

  • Khas untuk perbelanjaan harian

    Kad Kredit RHB Rewards MasterCard

    Kad Kredit RHB Rewards MasterCard
    Pendapatan Min.
    RM 2,000
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Faedah
    15% p.a.

    Kad kredit RHB Rewards MasterCard ini sesuai untuk segala pembelian harian anda kerana anda boleh mendapatkan sehingga 10x Mata Ganjaran dengan setiap perbelanjaan!

  • 2% pulangan tunai

    Kad Kredit-i Public Islamic Bank Platinum MasterCard

    Kad Kredit-i Public Islamic Bank Platinum MasterCard
    Pendapatan Min.
    RM 3,333
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Pendapatan
    15% p.a.

    Nikmati pulangan tunai 2% setiap bulan dan Perlindungan Pembelian e-Dagang Mastercard.

  • Terbaik untuk pembelian dari Lazada

    Lazada UOB Card

    Lazada UOB Card
    Pendapatan Min.
    RM 2,000
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Faedah
    15% p.a.

    Belanja di aplikasi Lazada atau tambah nilai Wallet untuk 10X UNIRM, potongan harga eksklusif, baucar istimewa dan penghantaran percuma sepanjang tahun.

  • 12x akses lounge

    Kad Kredit CIMB Travel World Elite

    Kad Kredit CIMB Travel World Elite
    Pendapatan Min.
    RM 20,833
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Faedah
    15% p.a.

    Nikmati mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan di luar negara, kedai bebas cukai dan penerbangan serta pelbagai keistimewaan pelancongan!

  • Patuh Shariah!

    Kad Kredit-i Bank Rakyat Platinum

    Kad Kredit-i Bank Rakyat Platinum
    Pendapatan Min.
    RM 5,000
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Pendapatan
    13.5% p.a.

    Tukarkan mata ganjaran dengan pulangan tunai selain menikmati insurans perlindungan Takaful keluarga PERCUMA serta tiada yuran tahunan!

  • Pulangan tunai & petrol percuma

    Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

    Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i
    Pendapatan Min.
    RM 5,000
    Yuran Tahunan
    percuma
    Kadar Pendapatan
    15% p.a.

    Raih pulangan tunai bagi setiap perbelanjaan di Petronas termasuk petrol dan bukan petrol serta nikmati manfaat platinum tanpa yuran tahunan seumur hidup.

  • Yuran tahunan percuma

    Kad Kredit Hong Leong I’m

    Kad Kredit Hong Leong I’m
    Pendapatan Min.
    RM 2,000
    Yuran Tahunan
    percuma
    Kadar Faedah
    15% p.a.

    Tiada yuran tambahan dan nikmati pertukaran mata wang asing tanpa caj tambahan dengan Kad Kredit Hong Leong I’m.

  • Pulangan tunai tanpa had

    Public Bank Gold MasterCard

    Public Bank Gold MasterCard
    Pendapatan Min.
    RM 2,000
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Faedah
    15% p.a.

    Nikmati pulangan tunai 0.1% tanpa had setiap bulan dan faedah 0% dengan Public Bank Balance Transfer.

Paparan 51 hingga 60 daripada 187 hasil carian

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!

Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Kredit dengan Kami

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas

Kad Islamik

Kad Islamik

Teroka kad kredit patuh Syariah yang mengamalkan pembiayaan beretika.

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Mampu Milik

Kad Mampu Milik

Dapatkan kad kredit dengan syarat permohonan mudah.

Kad Kredit Terbaik di Malaysia 2025

Memilih kad kredit terbaik dan sesuai bukanlah suatu proses yang mudah. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai pilihan kad kredit ditawarkan seperti kad kredit pulangan tunai (cashback), perjalanan atau tanpa yuran tahunan. Kad kredit bukan sahaja boleh meningkatkan gaya hidup, tetapi turut menawarkan banyak kelebihan jika digunakan secara bertanggungjawab.

Walaupun anda mungkin sudah ada pilihan tersendiri, tidak salah untuk meneroka pilihan lain bagi membolehkan anda mendapatkan kad kredit yang paling sesuai mengikut keperluan anda.

Untuk membantu anda membuat pilihan, kami menyenaraikan enam kad kredit terbaik yang boleh anda pertimbangkan.

Apa Itu Kad Kredit?

Kad kredit ialah alat pembayaran yang memudahkan anda untuk membeli apa-apa barangan atau perkhidmatan tanpa memerlukan wang tunai. Dengan kad kredit, bank akan mendahulukan pembayaran dan anda perlu membayar semula jumlah yang digunakan dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan.

Kad kredit bukan sahaja memudahkan transaksi tetapi anda juga boleh menikmati pelbagai kelebihan lain seperti mata ganjaran, diskaun, promosi dan kelebihan-kelebihan lain. Kad kredit biasanya ditawarkan untuk pelbagai peringkat pendapatan – bermula dari tahap asas seperti Gold, ke tahap pertengahan seperti Platinum sehingga tahap eksklusif seperti Infinite, Premier dan Signature.

Dengan pelbagai pilihan yang tersedia ini, anda boleh memilih kad yang paling sesuai dengan gaya hidup anda.

Bolehkah Anda Memohon Kad Kredit dengan RinggitPlus?

Sudah tentu! RinggitPlus menawarkan proses permohonan kad kredit dengan pantas dan mudah. Ia hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit dan semua proses ini boleh dilakukan dari rumah anda.

Kami juga akan membantu menyemak kelayakan anda supaya anda tidak perlu risau permohonan kad kredit anda ditolak.

Bandingkan Kad Kredit Terbaik Untuk Anda
kad kredit

Mula permohonan anda dengan menyemak senarai lengkap kad kredit di RinggitPlus

Semak Kelayakan
semak kelayakan

Menyemak terlebih dahulu sama ada layak atau tidak untuk memohon kad kredit

Sembang dengan kami di WhatsApp
sembang

Jawab beberapa soalan di chatbot WhatsApp kami untuk mohon kad kredit yang dipilih – tersedia 24/7

Bagaimana Kad Kredit Berfungsi?

Kad kredit berfungsi sama seperti pinjaman peribadi – anda perlu bayar semula kepada pihak bank yang memberi pinjaman tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan. Bagi membantu anda memahami kad kredit dengan lebih baik, berikut perkara-perkara penting yang perlu anda tahu:

Sesetengah bank menetapkan yuran tahunan kad kredit yang perlu dibayar setiap tahun. Meskipun begitu, ada juga bank yang tidak mengenakan yuran tahunan. Banyak bank yang menawarkan pengecualian yuran tahunan jika anda memenuhi syarat tertentu, seperti:
• Menggunakan kad sekurang-kurangnya 12 kali setahun.
• Membelanjakan jumlah minimum setiap tahun.
Faedah dikenakan ke atas baki tertunggak jika anda tidak menjelaskannya dalam tempoh bebas faedah selama 20 hari biasanya antara 15% hingga 18% setahun. Kadar faedah kad kredit di Malaysia dibahagikan mengikut tabiat pembayaran anda:
• 15% setahun – Bayaran tepat waktu selama 12 bulan berturut-turut.
• 17% setahun – Bayaran tepat waktu sekurang-kurangnya 10 bulan atau lebih dalam setahun.
• 18% setahun – Bayaran kurang daripada 10 bulan dalam setahun.

Pembayaran bil kad kredit sepenuhnya dan tepat waktu akan menghapuskan caj faedah.
Tiada faedah akan dikenakan ke atas pembelian anda. Ini tertakluk kepada bayaran yang dibuat dalam tempoh antara tarikh penyata kad kredit dikeluarkan hingga tarikh akhir pembayaran.
Jumlah maksimum yang boleh anda belanjakan biasanya bergantung pada pendapatan anda.

• Pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000: Had kredit biasanya dua kali ganda gaji anda.
• Pendapatan bulanan lebih daripada RM3,000: Tiada had standard; setiap bank mungkin menetapkan had yang berbeza.
Anda boleh mengeluarkan wang tunai menggunakan kad kredit anda melalui ATM sama seperti kad debit. Ia tidak sama seperti pinjaman ansuran kerana pembayaran pendahuluan tunai perlu diselesaikan sekali gus.

Apabila anda menggunakan kemudahan pendahuluan tunai, anda tertakluk pada:
• Yuran pengeluaran tunai.
• Kadar faedah 18% setahun – dikira setiap hari sehingga amaun dilunaskan sepenuhnya.
Penyata kad kredit anda menunjukkan semua transaksi selama sebulan lepas. Penting untuk anda menjelaskan baki hutang sebelum tarikh akhir untuk mengelakkan caj faedah tambahan.
Anda boleh membuat bayaran sebahagian (biasanya 5% daripada baki keseluruhan kad kredit anda) untuk mengelakkan denda lewat bayar. Namun begitu, jika masih ada baki tertunggak selepas tarikh akhir pembayaran, faedah akan dikenakan ke atas jumlah tersebut mengikut kadar yang ditetapkan oleh bank. Caj ini akan terus dikenakan sehingga baki dilunaskan sepenuhnya.

Promosi & Diskaun Kad Kredit Terkini di Malaysia

Kad kredit menawarkan ganjaran seperti pulangan tunai dan mata ganjaran serta tawaran dan diskaun eksklusif daripada peniaga di seluruh Malaysia. Semak promosi terkini di bawah untuk memaksimumkan penjimatan anda.

[Dikemas kini setiap minggu: Terakhir dikemas kini pada 25 Februari 2025]

Soalan-soalan Lazim Berkaitan Kad Kredit di Malaysia

Berikut soalan-soalan lazim berkaitan kad kredit bagi membantu anda memahami kad kredit dengan lebih baik.

Di Malaysia, terdapat empat rangkaian kad utama dan terbesar – Visa, Mastercard, American Express dan UnionPay. Rangkaian ini bekerjasama dengan bank-bank tempatan untuk menawarkan kad kredit kepada pengguna.

Kad kredit biasanya dikategorikan mengikut keperluan dan tabiat perbelanjaan yang berbeza seperti:
• Kad Pulangan Tunai: Dapatkan sebahagian perbelanjaan anda kembali.
• Kad Ganjaran: Kumpul mata untuk ditebus bagi produk atau perkhidmatan.
• Mata Penerbangan (air miles): Kumpul poin untuk ditebus melalui program penerbangan kerap.

Kad kredit anda mungkin menawarkan satu atau gabungan ciri-ciri di atas bergantung pada tabiat perbelanjaan dan tawaran bank.
Syarat pendapatan minimum untuk pemohon kali pertama adalah RM24,000 setahun seperti yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Pihak bank biasanya memerlukan bukti pendapatan untuk menentukan kelayakan. Anda juga perlu menyediakan dokumen sokongan untuk menyokong permohonan anda seperti kad pengenalan dan surat pengesahan majikan.

Meskipun begitu, syarat kelayakan mungkin berbeza bergantung pada pihak bank. Contohnya, kad kredit Gold dari Bank A mungkin ditawarkan kepada individu bergaji RM3,000/bulan. Sementara Bank B mungkin menawarkan kad kredit tersebut kepada individu berpendapatan RM2,000/bulan.
Tiada had permohonan kad kredit ditetapkan. Anda boleh mohon seberapa banyak kad kredit yang diperlukan dari mana-mana bank. Meskipun begitu, permohonan kad kredit anda boleh ditolak atau diluluskan bergantung pada pendapatan dan sejarah kredit.

Bagi individu dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, BNM menetapkan yang anda boleh miliki dua kad kredit dari bank yang berbeza dengan had kredit ditetapkan pada dua kali ganda gaji bulanan.

Jika pendapatan anda melebihi RM3,000/bulan, anda boleh memohon beberapa kad kredit dari bank yang berbeza, asalkan anda memenuhi syarat yang ditetapkan dan mempunyai rekod kredit yang baik.
Jika anda terlepas tarikh pembayaran, caj kewangan antara 15% hingga 18% setahun akan dikenakan ke atas baki tertunggak. Caj ini akan dikompaun setiap hari sehingga anda menyelesaikan jumlah yang tertunggak.
Ya, pembayaran lewat akan memberi kesan negatif kepada laporan CCRIS anda.

Central Credit Reference Information System atau CCRIS menyimpan sejarah kredit anda. Pihak bank biasanya akan menggunakan maklumat ini untuk menilai risiko kredit anda.

Pembayaran lewat boleh menurunkan skor kredit anda sekali gus menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman pada masa depan.
Untuk semak laporan CCRIS, anda boleh lakukannya secara dalam talian melalui portal eCCRIS. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu jika anda ingin mengaksesnya buat kali pertama.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan laporan kredit anda melalui agensi seperti Experian atau melawat kiosk CCRIS di mana-mana cawangan AKPK.

Kad Kredit Mana Yang Patut Anda Dapatkan?

Pemilihan kad kredit bergantung pada keperluan dan pilihan anda. Di RinggitPlus, kami menawarkan pelbagai kategori kad kredit untuk memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia.

Tip: Jika anda tidak pasti kad kredit mana yang sesuai untuk anda, kami di RinggitPlus menawarkan perkhidmatan cadangan kad kredit percuma bagi membantu anda membuat pilihan berdasarkan keperluan dan pendapatan anda.

Kad Kredit dengan Tawaran Pendaftaran

Mohon kad kredit baharu di RinggitPlus dan nikmati hadiah pendaftaran menarik setiap minggu.

Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan

Pilihan terbaik untuk pemula yang ingin membina skor kredit tanpa bayaran yuran tambahan.

Kad Kredit Pulangan Tunai

Terima pulangan tunai apabila anda berbelanja untuk barangan runcit, makan, petrol dan banyak lagi.

Kad Kredit dengan Mata Ganjaran

Kumpul dan tebus poin kesetiaan untuk dapatkan hadiah, baucar, mata penerbangan dan lain-lain.

Kad Kredit Petrol

Mata ganjaran atau pulangan tunai untuk petrol serta diskaun istimewa perbelanjaan berkaitan kereta.

Kad Kredit Perjalanan

Mata ganjaran, pulangan tunai, insurans perjalanan percuma dan banyak lagi apabila anda melancong.

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak