Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kad Petrol

Dapatkan pulangan tunai, diskaun menarik dan mata ganjaran setiap kali anda mengisi minyak dengan menggunakan kad kredit petrol!

Papar Semua Kad Kredit
Paparan 11 hingga 20 daripada 28 hasil carian

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!

Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Kredit dengan Kami

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas

Kad Islamik

Kad Islamik

Teroka kad kredit patuh Syariah yang mengamalkan pembiayaan beretika.

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Mampu Milik

Kad Mampu Milik

Dapatkan kad kredit dengan syarat permohonan mudah.

Kad Kredit Petrol Terbaik 2025

Kad kredit petrol direka khas untuk memberi pulangan tunai atau mata ganjaran bagi setiap pengisian minyak.

Sebagai rakyat Malaysia yang banyak menghabiskan masa di jalan raya, memiliki kad kredit petrol bukan sahaja membantu anda berjimat dalam perbelanjaan bahan api, tetapi juga membolehkan anda menikmati pelbagai keistimewaan tambahan. Ia adalah pilihan bijak untuk mengurangkan kos petrol bulanan dengan lebih efektif.

Harga Minyak Petrol Terkini di Malaysia – Kurangkan Komitmen Bulanan dengan Kad Kredit Petrol

Bagi mereka yang kerap memandu ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau menjalankan urusan harian, kos petrol yang tinggi boleh menjadi beban kewangan. Ditambah pula dengan kos tol, servis kereta dan perbelanjaan lain yang semakin meningkat, pengurusan kewangan kini menjadi lebih mencabar.

Di Malaysia, harga runcit petrol ditetapkan secara mingguan melalui mekanisme penetapan harga automatik. Bagi diesel pula, harga di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga pasaran tanpa subsidi, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada kadar subsidi RM2.15 seliter.

Berikut adalah harga petrol terkini di Malaysia [Dikemas kini: 3 Januari 2025] untuk panduan anda:
• RON95: RM2.05/liter (tiada perubahan)
• RON97: RM3.38/liter (dikemas kini)
• Diesel: RM3.13/liter (Semenanjung), RM2.15/liter (Sabah & Sarawak)

Jika anda kerap mengisi minyak, memiliki kad kredit petrol adalah pilihan bijak untuk lebih banyak penjimatan setiap bulan! Nikmati pulangan tunai atau mata ganjaran bagi setiap transaksi pengisian minyak di mana-mana stesen minyak terpilih.

Kad kredit petrol mana yang paling sesuai untuk saya?

Kad kredit petrol berfungsi sama seperti kad kredit pulangan tunai. Untuk memilih kad kredit yang sesuai untuk mengisi minyak, ambil kira keistimewaan yang ditawarkan seperti amaun rebat, had bulanan dan syarat tambahan lain seperti penggunaan kad pada hari tertentu.

Selain itu, ada sesetengah kad kredit yang hanya menawarkan rebat di stesen minyak tertentu seperti kad kredit Petronas untuk stesen minyak Petronas atau kad kredit Petron untuk stesen minyak Petron. Jadi, pastikan anda pilih kad kredit yang sesuai dengan stesen minyak pilihan anda.

Pengguna Setia Shell

Untuk pengguna Shell

Dapatkan sehingga 12% pulangan tunai atau maksimum RM50 apabila anda berbelanja minimum RM2,500 sebulan untuk pembelian minyak di stesen Shell.

Kad Kredit RHB Shell Visa
Kad Kredit RHB Shell Visa

Gaji Min.

RM 24,000

Yuran Tahunan

RM 195

Pelanggan Tegar Petronas

Untuk pelanggan Petronas

Nikmati 8% pulangan tunai untuk semua perbelanjaan di Petronas pada hujung minggu termasuk pembelian petrol dan barangan lain di kedai Mesra.

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i
Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

Gaji Min.

RM 60,000

Yuran Tahunan

RM 0

Pengguna Semua Stesen

Untuk semua stesen minyak

Dapatkan pulangan tunai sehingga 10% apabila anda isi minyak di mana-mana stesen minyak pilihan anda di seluruh negara.

UOB ONE Card
UOB ONE Card

Gaji Min.

RM 36,000

Yuran Tahunan

RM 195

Kad Kredit Mana Yang Sesuai untuk Anda?

Anda disarankan untuk memilih kad kredit yang paling sesuai dengan tabiat perbelanjaan dan gaya hidup anda. Tidak kira sama ada anda inginkan kad kredit pulangan tunai, mata ganjaran atau keistimewaan lain, terdapat pelbagai pilihan yang boleh dipertimbangkan bagi memenuhi keperluan anda.

Bandingkan faedah setiap kad dan pilih kad kredit yang paling berbaloi untuk kegunaan harian anda!

Kad Kredit Pulangan Tunai

Dapatkan pulangan tunai untuk setiap perbelanjaan termasuk petrol, barangan runcit dan banyak lagi.

Kad Kredit Ganjaran

Kumpul mata ganjaran untuk setiap ringgit yang dibelanjakan dan tebus pelbagai keistimewaan menarik.

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak