Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

AmBank AmFlexi-Pay

Tak sabar tunggu hingga hari gaji untuk beli komputer riba atau jam tangan baru? Tukarkan pembelian anda kepada ansuran bulanan mampu milik serendah RM500 sekarang!

Tempoh

Sehingga 12 bulan

Yuran Penyelesaian AwalRM 0

Kadar Faedah

Pindahkan hutang anda sekarang untuk nikmati yuran faedah istimewa yang rendah setiap bulan!
Tempoh BayaranKadar FaedahJumlah Pindahan
3 bulan7.88% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 500
6 bulan7.88% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 500
12 bulan7.88% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 500

Soalan Lazim

Apa manfaat yang ditawarkan oleh AmBank AmFlexi-Pay ini?

Anda berpeluang untuk menukar bil kad kredit dan kadar faedah yang membebankan kepada bayaran ansuran bulanan yang lebih rendah, dengan kadar faedah sekali sahaja sehingga 7.88% bagi setiap permohonan.

Pelan ini menawarkan tempoh bayaran balik seawal 3 bulan hingga maksimum 12 bulan, tertakluk kepada jumlah transaksi runcit terkumpul dengan jumlah minimum RM500.

Mengapa saya patut memilih pelan ansuran mudah dari AmBank ini?

Anda dikira beruntung jika memohon pelan AmFlexi-Pay ini kerana anda hanya perlu membayar yuran faedah/pengurusan sekali sahaja yang dikira secara pendahuluan berdasarkan jumlah penukaran dan dibilkan secara sama rata sepanjang tempoh yang anda pilih.

Jika anda masih kurang jelas tentang mekanismenya, boleh rujuk contoh di bawah untuk lebih faham:

Katakan tarikh penyata anda adalah pada 6 Mei dan tarikh transaksi pembelian adalah pada 16 April. Anda perlu memaklumkan bank sekurang-kurangnya 5 hari selepas tarikh transaksi bagi membolehkan transaksi itu dipaparkan pada penyata anda.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi AmBank melalui panggilan telefon, e-mel, atau SMS selewat-lewatnya pada 1 Jun (iaitu 5 hari sebelum tarikh penyata seterusnya, contohnya 6 Jun) untuk memohon pelan bayaran fleksibel ini.

Bolehkah pemegang kad tambahan memohon untuk AmBank AmFlexi-Pay?

Kedua-dua pemegang kad utama dan tambahan boleh memohon pelan ini, tertakluk kepada pematuhan terma dan syarat yang ditetapkan, serta kelulusan daripada AmBank.

Bagaimana jika saya membatalkan pelan semasa tempoh ansuran?

AmBank tidak akan mengenakan sebarang caj ke atas akaun anda bagi sebarang penyelesaian awal yang berlaku dalam tempoh ansuran (kecuali untuk AmBank M-Card). Walau bagaimanapun, tiada bayaran balik faedah atau yuran pengurusan akan diberikan untuk penyelesaian awal atau pembatalan.

Harap maklum bahawa anda tidak dibenarkan menukar tempoh ansuran setelah transaksi berjaya ditukar kepada ansuran bulanan.AmBank tidak akan mengenakan sebarang caj ke atas akaun anda bagi sebarang penyelesaian awal yang berlaku dalam tempoh ansuran (kecuali untuk AmBank M-Card). Walau bagaimanapun, tiada bayaran balik faedah atau yuran pengurusan akan diberikan untuk penyelesaian awal atau pembatalan.

Harap maklum bahawa anda tidak dibenarkan menukar tempoh ansuran setelah transaksi berjaya ditukar kepada ansuran bulanan.

Bagaimana cara untuk membuat permohonan AmBank AmFlexi-Pay ini?

Terdapat beberapa cara untuk anda memohon AmBank Flexi-Pay:

•  Kunjungi cawangan AmBank terdekat untuk memohon AmBank AmFlexi-Pay.
•  Isi butiran anda di laman web AmBank dan wakil bank akan menghubungi anda.
•  Hubungi AmBank di talian 03 2178 8888 (Isnin hingga Ahad, dari 7 pagi hingga 11 malam) dan boleh bertanya tentang AmFlexi-Pay.
•  Melalui aplikasi mudah alih AmOnline:
    •  Log masuk ke AmOnline.
    •  Klik pada pautan “Convert to Instalment” di “Transaction History Page”.
    •  Pilih transaksi yang ingin anda tukarkan.
    •  Pilih tempoh bayaran balik pilihan anda.
    •  Semak dan sahkan butiran permohonan anda, kemudian hantar.
    •  Anda akan menerima pemberitahuan tentang permohonan anda.