Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Bank Islam RSVP Program

Kedai pilihan anda tiada dalam senarai ansuran mudah? Cuba Bank Islam RSVP Program untuk maksimumkan bayaran ansuran anda sehingga 12 bulan dengan caj sekali bayar yang rendah.

Tempoh

Sehingga 12 bulan

Yuran Penyelesaian AwalRM -

Kadar Faedah

Mohon pemindahan baki hutang anda untuk melayakkan diri menikmati kadar faedah bulanan istimewa setiap bulan.
Tempoh BayaranKadar FaedahJumlah Pindahan
6 bulan4.50% yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000
9 bulan4.50% yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000
12 bulan4.50% yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000

Soalan Lazim

Siapa yang layak untuk mohon Program RSVP Bank Islam ini?

Terbuka kepada semua pemegang kad utama dan tambahan Bank Islam yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik dan had pembiayaan yang mencukupi, tertakluk kepada terma dan syarat. Walau bagaimanapun, setiap permohonan perlu dibuat oleh pemegang kad utama sahaja.

Apakah jenis pembelian yang layak untuk Program RSVP Bank Islam ini?

Program RSVP Bank Islam ini hanya terpakai untuk pembelian runcit dalam satu resit tunggal. Pembelian bukan runcit yang lain, termasuk urus niaga atau pengeluaran tunai, baki tertunggak Pesanan Mel/Pesanan Telefon (MOTO), urus niaga Pelan Pembelian Ansuran, Pindahan Baki dan skim ansuran lain daripada institusi kewangan lain adalah tidak dibenarkan.

Macam mana Bank Islam RSVP Program ini berfungsi?

Apabila permohonan Program RSVP anda berjaya, anda akan dikenakan yuran pengurusan sekali sahaja sebanyak 4.5% yang akan dinyatakan dalam kitaran penyata pertama anda. Untuk kitaran penyata kedua sehingga akhir pembayaran ansuran, anda tidak akan dikenakan yuran dan caj tambahan.

Bank Islam juga tidak akan mengenakan caj kepada anda kerana melunaskan ansuran anda sebelum tamat tempoh, tetapi anda perlu memaklumkan pihak bank terlebih dahulu.

Apa yang berlaku jika saya terlewat membuat pembayaran balik?

Yuran lewat bayar sebanyak 1% akan dikenakan ke atas baki tertunggak jika anda gagal membayar jumlah penuh bagi ansuran tersebut.

Kegagalan membuat bayaran minimum atau RM50, mana-mana yang lebih tinggi daripada baki tertunggak, akan mengakibatkan amaun ansuran RSVP anda dikenakan kadar keuntungan antara 13.5% hingga 17.5%.

Macam mana cara untuk saya mohon Bank Islam RSVP Program ini?

Untuk memohon Bank Islam Program RSVP ini, anda perlu menghubungi Khidmat Pelanggan Kad Kredit Bank Islam di talian 03 2726 7799 atau Pusat Hubungan Bank Islam di talian 03 2690 0900. Permohonan perlu dibuat dalam tempoh 3 hari selepas tarikh pembelian atau sebelum penyata bulanan anda yang seterusnya.