Pelan Bayaran Mudah OCBC
Nikmati pembelian tanpa faedah dengan kad kredit anda sehingga 20 bulan! Bahagikan perbelanjaan kepada ansuran mudah tanpa perlu sebarang dokumen.
Tempoh
Sehingga 20 bulan
Yuran Penyelesaian AwalRM 0
Kadar Faedah
Mohon pindahan baki hutang anda untuk nikmati kadar faedah bulanan istimewa.
| Tempoh Bayaran | Kadar Faedah | Jumlah Pindahan |
|---|---|---|
| 5 bulan | 2.00% yuran pemprosesan sekali bayar | Dari RM 500 |
| 10 bulan | 4.00% yuran pemprosesan sekali bayar | Dari RM 500 |
| 20 bulan | 5.00% yuran pemprosesan sekali bayar | Dari RM 500 |
Soalan Lazim
Apa yang saya boleh dapat dengan Pelan Bayaran Mudah OCBC ini?
Anda boleh berbelanja apa sahaja yang anda mahu! Elakkan caj faedah yang tinggi dengan membayar hanya yuran pengurusan sekali sahaja bermula 2%. Anda juga dapat tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 20 bulan.
Tiada faedah dikenakan untuk penukaran ini dan pembelian minimum hanyalah RM500.
Tiada faedah dikenakan untuk penukaran ini dan pembelian minimum hanyalah RM500.
Adakah saya perlu memuat turun borang permohonan?
Tak perlu. Anda hanya perlu menghubungi Pusat Hubungan OCBC di talian 03 8317 5000, layari laman web OCBC atau mengunjungi cawangan OCBC untuk menukar pembelian anda kepada pelan ansuran mampu milik dengan faedah 0%.
Anda hanya mempunyai 15 hari dari tarikh transaksi untuk menukar pembelian anda. Pilih tempoh bayaran balik yang sesuai untuk anda dan satu-satunya caj lain yang anda tanggung ialah yuran pengurusan sekali sahaja.

Macam mana yuran pengurusan sekali sahaja ini berfungsi?
Bagi tempoh 5 bulan, yuran yang dikenakan adalah 2%. Bagi tempoh 10 bulan, yuran adalah 4% dan bagi tempoh 20 bulan, yuran hanyalah 5%. Yuran ini dikenakan ke atas jumlah yang dicaj untuk transaksi tersebut.
Sekiranya anda lewat membayar ansuran bulanan anda, penalti 1% akan dikenakan ke atas baki tertunggak. Walau bagaimanapun, tiada yuran penyelesaian awal dikenakan sekiranya anda menyelesaikan ansuran anda sebelum tamat tempoh.

Adakah terdapat syarat lain yang saya perlu ambil tahu?
Terdapat satu syarat yang perlu anda beri perhatian. Semua bayaran anda mesti dibuat sepenuhnya tepat pada masanya. Mana-mana amaun yang tidak berbayar akan dikenakan kadar faedah berperingkat antara 15% hingga 18%.
Anda juga perlu ambil maklum bahawa kelulusan Pelan Bayaran Mudah OCBC anda akan dimaklumkan melalui SMS. Untuk maklumat lanjut, boleh semak Terma dan Syarat mereka.
Anda juga perlu ambil maklum bahawa kelulusan Pelan Bayaran Mudah OCBC anda akan dimaklumkan melalui SMS. Untuk maklumat lanjut, boleh semak Terma dan Syarat mereka.
Macam mana cara untuk saya mohon Bank Islam RSVP Program ini?
Terdapat dua cara mudah untuk anda menukar pembelian anda kepada bayaran ansuran bulanan yang lebih terurus:
1. Aplikasi Melalui Perbankan Dalam Talian:
• Log masuk ke portal perbankan dalam talian OCBC untuk membuat permohonan.
• Permohonan perlu dibuat dalam tempoh 15 hari dari tarikh pembelian.
2. Hubungi Pusat Panggilan OCBC:
• Hubungi OCBC di talian 03 8317 5000.
• Permohonan mesti dibuat dalam tempoh 15 hari dari tarikh pembelian.
• Anda akan menerima SMS pengesahan permohonan anda dalam tempoh 3 hari bekerja selepas pemprosesan.