Pelan Instalment-Pay BSN
Berbelanja di mana-mana sahaja dan tukarkan pembelian besar anda kepada pelan ansuran mudah. Nikmati tempoh fleksibel sehingga 24 bulan dengan caj pemprosesan sekali bayar yang rendah.
Tempoh
Sehingga 24 bulan
Yuran Penyelesaian AwalRM 0
Kadar Faedah
Tukar pembelian besar anda kepada ansuran sehingga 24 bulan dengan caj pemprosesan sekali bayar (one-off) serendah 3%.
| Tempoh Bayaran | Kadar Faedah | Jumlah Pindahan |
|---|---|---|
| 6 bulan | 3.00% yuran pemprosesan sekali bayar | Dari RM 500 |
| 12 bulan | 4.00% yuran pemprosesan sekali bayar | Dari RM 1,000 |
| 24 bulan | 5.00% yuran pemprosesan sekali bayar | Dari RM 2,000 |
Soalan Lazim
Apa itu Pelan Instalment-Pay BSN?
Ia adalah pelan yang membolehkan anda menukar pembelian besar anda kepada ansuran bulanan dengan caj pemprosesan sekali bayar (one-off) tanpa faedah bulanan.
Bagaimana cara untuk saya memohon pelan ini?
Anda hanya perlu hubungi BSN di talian 03-2613 1900 selepas membuat pembelian atau sebelum penyata kad kredit seterusnya (mana-mana yang lebih awal).
Berapakah jumlah pembelian minimum yang diperlukan?
Jumlah minimum bergantung kepada tempoh: RM500 untuk 6 bulan, RM1,000 untuk 12 bulan, dan RM2,000 untuk 24 bulan.
Adakah pelan ini terhad kepada rakan niaga tertentu sahaja?
Tidak. Anda boleh berbelanja di mana-mana peniaga dan menukar pembelian tersebut kepada pelan ansuran ini, asalkan ia adalah transaksi runcit.
Berapakah caj faedah atau caj pemprosesan yang dikenakan?
Tiada faedah bulanan dikenakan. Anda hanya membayar caj sekali bayar (one-off) serendah 3% untuk 6 bulan, 4% untuk 12 bulan, atau 5% untuk 24 bulan.
Bolehkah saya membatalkan pelan ini lebih awal?
Ya, anda boleh menyelesaikannya lebih awal tanpa yuran penamatan (RM0), namun caj pemprosesan 'one-off' yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
