Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Pelan Pembayaran Flexi Hong Leong

Lakukan pembelian runcit anda dengan jumlah minimum RM500 di mana-mana sahaja pada bila-bila masa dengan ansuran fleksibel sehingga 36 bulan.

Tempoh

Sehingga 36 bulan

Yuran Penyelesaian AwalRM 0

Kadar Faedah

Lakukan pindahan baki hutang anda dan dapatkan kadar faedah bulanan yang istimewa setiap bulan.
Tempoh BayaranKadar FaedahJumlah Pindahan
3 bulan1.88% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 500
6 bulan3.18% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 500
12 bulan3.58% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 500
18 bulan3.99% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 500
24 bulan3.99% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 2,000
36 bulan3.99% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 2,000

Soalan Lazim

Apa kelebihan Pelan Bayaran Flexi Hong Leong ini?

Selain digunakan untuk pembelian runcit, anda juga boleh memindahkan baki tertunggak kad kredit kepada pembayaran kepada ansuran bulanan yang lebih kecil untuk tempoh maksimum 36 bulan:

•  6 bulan: Minimum RM500 pada kadar faedah 8.99% setahun.
•  12 bulan dan 18 bulan: Minimum RM1,000 pada kadar faedah 8.99% setahun.
•  24 bulan dan 36 bulan: Minimum RM2,000 pada kadar faedah 8.99% setahun.

Pelan Pembayaran Flexi Hong Leong ini hanya tersedia untuk transaksi daripada Kod Kategori Pedagang (MCC) berikut:

Pelan Pembayaran Flexi Hong Leong ini hanya tersedia untuk transaksi daripada Kod Kategori Pedagang (MCC) berikut:

•  Insurans (MCC 5960, 6300)
•  Syarikat Penerbangan dan Perjalanan (MCC 3000 – 3300, 3501 – 3838, 4511, 4582, 4722, 7011)
•  Utiliti (MCC 4821, 4899, 4900, 9399)
•  Perkhidmatan Runcit (MCC 5200 – 5399, 5611 – 5950, 5712 – 5732, 5944, 5970 – 5999, 7622 – 7641)
•  Perkhidmatan Perubatan (MCC 8011 – 8099)
•  Perkhidmatan Automobil & Automotif (MCC 3351 – 3412, 5531 -5599, 7512 - 7549)
•  Tambah Nilai E-dompet (MCC 6540)
•  Perkhidmatan Pelbagai (MCC 2741-2842, 4829, 5013-5199, 5963 – 5969, 6010 – 6533, 7012 – 7299)
•  Perniagaan kepada Perniagaan (B2B) (MCC 7311 - 7399)
•  Sekolah, Kolej & Universiti (MCC 8211 - 8299)
•  Perkhidmatan Kerajaan (MCC 9211 – 9405)

Apa syarat untuk elak dari perlu membayar caj tambahan?

Untuk mengelakkan daripada membayar yuran tambahan atau caj kewangan, anda mesti memastikan pembayaran anda dibuat tepat pada masanya selepas pembayaran Pelan Pembayaran Flexi Hong Leong anda diluluskan.

Permohonan anda juga tertakluk kepada kelulusan berdasarkan skor kredit dan had kredit semasa anda. Jadi penting untuk anda mengekalkan sejarah pembayaran balik yang baik.

Bagaimana cara untuk saya mohon Pelan Pembayaran Flexi Hong Leong ini?

Anda boleh mendaftar untuk pelan pembayaran fleksibel ini sama ada melalui Hong Leong Connect Internet Banking atau Aplikasi Hong Leong Connect.

Caranya adalah dengan log masuk dan pergi ke 'Apply' > pilih ‘Credit Card Services’ > pilih 'Flexi Payment Plan'.

Jika anda bukan pengguna Hong Leong Connect, anda boleh mendaftar di Laman Web Hong Leong