Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

AmBank Balance Transfer

Nikmati tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 60 bulan dengan kadar faedah serendah 4.88% setahun daripada AmBank apabila anda memindahkan baki minimum sebanyak RM1,000.

Kadar Faedah

0%

Pindahan MinimumRM 1,000

Tempoh Maksimum60 bulan

Kadar Faedah

Pindahkan baki hutang tertunggak kad kredit anda sekarang dan nikmati lebih banyak penjimatan setiap bulan.
Tempoh BayaranKadar FaedahJumlah Pindahan
6 bulan4.88% yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000
12 bulan4.88% yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000
24 bulan5.88% yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000
36 bulan5.88% yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000
48 bulan6.88% yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000
60 bulan6.88% yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000

Yuran dan Bayaran

Bayaran Bulanan Minimum

RM - dan undefined% daripada baki tertunggak

Yuran Penyelesaian Awal

RM 100 dan undefined% daripada baki tertunggak

Soalan Lazim

Bagaimana cara memohon AmBank Balance Transfer?

Ikuti langkah mudah ini untuk memohon Pelan Pembayaran AmBank Balance Transfer:
•  Log masuk ke aplikasi AmOnline.
•  Skrol ke bawah ke bahagian 'Do More with AmOnline' pada papan pemuka Utama (Home dashboard).
•  Klik pada 'Apply for More Services'.
•  Klik pada 'Do More With Your Card'.
•  Klik pada 'Apply Balance Transfer'.
•  Anda akan menerima notis melalui SMS dan e-mel mengenai permohonan anda. Jika anda tidak biasa menggunakan aplikasi AmOnline, jangan risau! Ada cara lain untuk membantu anda memohon:
•  Kunjungi cawangan AmBank terdekat dan tanya tentang Balance Transfer.
•  Atau hubungi mereka di talian 03-21788888 (Isnin hingga Ahad, jam 7:00 pagi hingga 11:00 malam).

Saya pemegang kad kredit AmBank sedia ada. Bolehkah saya memohon pelan pindahan baki ini?

Sudah semestinya boleh! Pelan pindahan baki ini tersedia untuk semua pemegang kad kredit utama yang dikeluarkan oleh mana-mana bank, asalkan akaun anda masih sah dan mempunyai had kredit yang mencukupi semasa permohonan dibuat.

Adakah terdapat pilihan untuk bayaran balik bulanan minimum?

Bayaran minimum pemegang kad mesti dibayar sepenuhnya berdasarkan jumlah ansuran bulanan tersebut. Jika bayaran minimum tidak dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh akhir bayaran, pemegang kad akan dikenakan caj kewangan atau yuran pengurusan pada kadar 1.5% sebulan yang dikira secara harian berdasarkan baki penyata tertunggak.

Bagaimana jika saya gagal membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan?

Jika pemegang kad gagal membuat bayaran minimum selama 3 bulan berturut-turut atau lebih sebelum tarikh akhir, kad kredit tersebut akan dibatalkan dan pelan pindahan baki akan ditamatkan. Baki hutang yang tinggal akan dicaj ke akaun kad dengan bayaran yang perlu dijelaskan mengikut tarikh akhir yang ditetapkan.

Bolehkah saya menamatkan pelan pindahan baki ini lebih awal?

Jika anda membuat keputusan untuk menamatkan pelan pemindahan baki ini, tiada yuran penyelesaian awal akan dikenakan. Walau bagaimanapun, kadar faedah sekali bayar (one-time interest) atau yuran pengurusan yang telah dibilkan tidak akan dikembalikan dalam apa jua keadaan. Kadar faedah dan yuran pengurusan sekali bayar tersebut akan tetap dicaj ke akaun kad pemegang kad.

Bagaimana AmBank Balance Transfer berfungsi?

Pindahkan baki kad kredit tertunggak anda daripada bank lain ke kad kredit AmBank melalui AmBank Balance Transfer ini.

Anda akan mendapat manfaat daripada kadar faedah menarik serendah 4.88% setahun dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 60 bulan apabila anda memindahkan jumlah minimum RM1,000. Tambahan lagi, tiada yuran pendahuluan dikenakan bagi pelan ini.

Pemegang kad boleh menikmati kadar faedah pendahuluan yang kompetitif mengikut tempoh pilihan anda. Bagi tempoh 6 dan 12 bulan, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4.88% setahun. Untuk tempoh yang lebih lama iaitu 24 dan 36 bulan, kadar faedah adalah sebanyak 5.88% setahun, manakala bagi tempoh 48 dan 60 bulan, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.88% setahun.

Selagi jumlah pemindahan minimum anda adalah RM1,000, anda sudah boleh mula memohon pelan AmBank Balance Transfer ini.