Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Pemindahan Baki CIMB Bank

Satukan semua baki kad kredit anda ke CIMB Bank untuk penjimatan faedah yang lebih besar. Pelan ini menawarkan pembayaran bulanan yang fleksibel, tiada yuran pemprosesan, dan tidak memerlukan dokumen sokongan tambahan.

Kadar Faedah

5.99%

Pindahan MinimumRM 1,000

Tempoh Maksimum12 bulan

Kadar Faedah

Pindahkan hutang anda sekarang untuk nikmati kadar faedah istimewa setiap bulan!
Tempoh BayaranKadar FaedahJumlah Pindahan
6 bulan5.99% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000
12 bulan7.99% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000

Yuran dan Bayaran

Bayaran Bulanan Minimum

RM 50 atau 5% daripada baki tertunggak

Yuran Penyelesaian Awal

RM 0 dan 0% daripada baki tertunggak

Soalan Lazim

Bagaimanakah Pemindahan Baki CIMB berfungsi?

Ia membolehkan anda menyatukan baki kad kredit bank lain ke kad CIMB anda. Anda boleh memindahkan minimum RM1,000 sehingga 80% daripada had kredit anda.

Adakah terdapat pilihan bayaran balik minimum?

Ya. Jika anda tidak dapat membuat bayaran penuh, anda boleh membayar 5% daripada baki tertunggak atau RM50, mana-mana yang lebih tinggi.

Adakah caj dikenakan untuk bayaran lewat?

Ya, caj lewat sebanyak 1% daripada jumlah baki tertunggak (minimum RM10, maksimum RM100) akan dikenakan jika bayaran tidak diterima pada tarikh matang.

Apa jadi jika saya gagal buat bayaran minimum?

Kadar istimewa (5.99% atau 7.99% setahun) akan terbatal. Kadar faedah 18% setahun akan dikenakan ke atas baki tertunggak sehingga ia dibayar sepenuhnya.

Bolehkah saya selesaikan baki sebelum tamat tempoh?

Boleh. Tidak seperti kebanyakan bank lain, Pemindahan Baki CIMB tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal untuk penyelesaian awal.

Bolehkah saya batalkan pelan ini pada bila-bila masa?

Anda hanya boleh membatalkan pemindahan baki dalam tempoh sehari selepas permohonan dibuat. Sila hubungi CIMB Bank di 03-6204 7788 untuk maklumat lanjut.