Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Pemindahan Baki OCBC

Pindahan Baki dengan kadar faedah yang rendah. Satukan baki tertunggak dengan jumlah minimum RM1,000 daripada kad kredit bank lain ke Kad Kredit OCBC anda.

Kadar Faedah

2.88%

Pindahan MinimumRM 1,000

Tempoh Maksimum12 bulan

Kadar Faedah

Pindahkan baki hutang kad kredit anda hari ini! Jimat dengan kadar faedah bulanan istimewa yang lebih rendah.
Tempoh BayaranKadar FaedahJumlah Pindahan
6 bulan2.88% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000
12 bulan4.88% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000

Yuran dan Bayaran

Bayaran Bulanan Minimum

RM 50 atau 5% daripada baki tertunggak

Yuran Penyelesaian Awal

RM 0 dan 0% daripada baki tertunggak

Soalan Lazim

Macam mana cara untuk saya mohon Pemindahan Baki OCBC ini?

Hantar permohonan secara dalam talian melalui perbankan dalam talian OCBC dan anda mungkin menerima kadar faedah promosi. Anda juga boleh terus menghubungi pihak OCBC di talian 03 8317 5000 untuk membuat permohonan.

Siapa yang layak untuk memohon Pemindahan Baki OCBC ini?

Pemegang kad kredit sedia ada dan baharu layak untuk memohon Pemindahan Baki OCBC ini.

Berapa jumlah yang saya perlu bayar setiap bulan?

Anda boleh memilih untuk membuat bayaran balik bulanan secara penuh. Anda juga boleh membuat bayaran balik minimum iaitu 5% daripada jumlah tertunggak atau RM50, yang mana lebih tinggi.

Macam mana kalau saya buat bayaran balik bulanan untuk Pemindahan Baki OCBC ini selepas tarikh akhir yang telah ditetapkan?

Pembayaran lewat akan mengakibatkan anda dikenakan caj sebanyak 1% daripada jumlah tertunggak atau RM10, yang mana lebih tinggi. Tetapi jangan risau, sekiranya anda terlupa untuk membuat bayaran balik, caj maksimum dihadkan kepada RM100 sahaja.

Adakah terdapat sebarang caj ke atas bayaran balik bulanan yang tidak dibayar?

Tiada caj dikenakan. Walau bagaimanapun, kadar faedah anda akan kembali kepada kadar tertinggi iaitu 18% setahun.

Bolehkah saya membuat penyelesaian awal sebelum tempoh matang?

Ya, boleh. Salah satu kelebihan Pemindahan Baki OCBC ialah tiada penalti ke atas penyelesaian awal dan juga tiada yuran pemprosesan.