Program Pindahan Baki BSN
Pindahkan hutang tertunggak anda dari mana-mana kad kredit lain ke BSN. Satukan bil kad kredit anda dengan pakej pembayaran fleksibel faedah yang rendah.
Kadar Faedah
0%
Pindahan MinimumRM 500
Tempoh Maksimum48 bulan
Kadar Faedah
Pindahkan hutang anda sekarang untuk nikmati kadar faedah istimewa setiap bulan!
| Tempoh Bayaran | Kadar Faedah | Jumlah Pindahan |
|---|---|---|
| 6 bulan | 1.99% yuran pemprosesan sekali bayar | Dari RM 500 |
| 12 bulan | 3.99% yuran pemprosesan sekali bayar | Dari RM 500 |
| 24 bulan | 3.99% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayar | Dari RM 1,000 |
| 36 bulan | 3.99% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayar | Dari RM 2,000 |
| 48 bulan | 4.99% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayar | Dari RM 3,000 |
Yuran dan Bayaran
Bayaran Bulanan Minimum
RM - atau 100% daripada baki tertunggak
Yuran Penyelesaian Awal
RM 0 dan undefined% daripada baki tertunggak
Soalan Lazim
Macam mana cara untuk mohon Program Pindahan Baki BSN?
Anda perlu menyediakan salinan penyata akaun kad kredit terkini yang anda ingin pindahkan dan borang permohonan. Cara-caranya adalah seperti berikut:
• Muat turun borang permohonan Pindahan Baki BSN
• Cetak, isikan butiran peribadi anda dan lampirkan bersama salinan penyata akaun kad kredit tersebut
• Hantar melalui e-mel ke [email protected] atau di mana-mana cawangan BSN

Bagaimana Program Pindahan Baki BSN ini berfungsi?
Program Pindahan Baki BSN menawarkan tempoh bayaran balik sehingga 48 bulan (4 tahun). Untuk menikmati kadar faedah 0%, anda perlu mengambil pelan pindahan baki untuk tempoh 6 bulan. Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa terdapat juga yuran pemprosesan sekali bayar sebanyak 1.99% apabila anda memilih pelan 6 bulan ini.
Untuk pelan 12 bulan, anda akan mendapat faedah 0% tetapi terdapat yuran pemprosesan sekali bayar sebanyak 3.99%.
Jika anda berminat dengan tempoh yang lebih panjang seperti 36 bulan atau 48 bulan, anda akan mendapat kadar faedah 3.99% dan 4.99% setahun.

Berapa jumlah minimum yang boleh dipindahkan untuk Program Pindahan Baki BSN ini?
Jumlah pindahan minimum bergantung pada tempoh bayaran balik yang anda pilih. Untuk program 6 bulan dan 12 bulan, jumlah minimum ialah RM500. Anda perlu memindahkan minimum sekurang-kurangnya RM1,000 untuk program 24 bulan, RM2,000 untuk program 36 bulan, dan RM3,000 untuk program 48 bulan. Jumlah pemindahan maksimum adalah sehingga 80% daripada had kredit BSN anda yang tersedia.
Siapa yang boleh mohon pelan pindahan baki ini?
Hanya pemegang utama kad kredit BSN sahaja dibenarkan memohon Program Pindahan Baki BSN. Jika anda adalah pemegang kad kredit bank lain, anda boleh menyatukan baki tertunggak kad kredit anda dan memindahkannya ke kad kredit BSN anda.
Apa yang berlaku jika saya batalkan pelan pindahan baki ini?
Jika anda batalkan pelan Pindahan Baki lebih awal, anda perlu membayar sekaligus keseluruhan baki hutang ansuran tersebut. Ini termasuk semua prinsipal (jumlah pinjaman asal) yang belum dibayar, serta semua faedah yang berkaitan. Kesemua jumlah ini akan dicaj ke dalam akaun kad kredit anda.
Berapa jumlah minimum yang perlu dibayar?
Selain bayaran balik bulanan dengan jumlah penuh, terdapat pilihan lain iaitu bayaran balik bulanan dengan jumlah minimum sebanyak 5% daripada jumlah baki tertunggak.
Tetapi jika anda memilih untuk membayar balik jumlah minimum 5% atau sebahagian daripada baki tertunggak kad kredit, baki yang tinggal (termasuk baki jumlah ansuran bulanan Pindahan Baki, jika ada) akan dikenakan kadar faedah kad kredit yang sedia ada.