Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

RHB Smart Move Balance Transfer

Bayar dan satukan hutang kad kredit anda yang lain ke kad kredit RHB baharu dengan kadar faedah serendah 4.88% setahun untuk tempoh sehingga 36 bulan!

Kadar Faedah

4.88%

Pindahan MinimumRM 1,000

Tempoh Maksimum36 bulan

Kadar Faedah

Pindahkan baki hutang tertunggak kad kredit anda untuk menikmati penjimatan setiap bulan
Tempoh BayaranKadar FaedahJumlah Pindahan
6 bulan4.88% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000
12 bulan4.88% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000
24 bulan5.88% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000
36 bulan6.88% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000

Yuran dan Bayaran

Bayaran Bulanan Minimum

RM - atau 100% daripada baki tertunggak

Yuran Penyelesaian Awal

RM - dan 0% daripada baki tertunggak

Soalan Lazim

Bagaimana cara untuk memohon RHB Smart Move Balance Transfer?

Untuk memohon, anda boleh memilih salah satu daripada cara berikut:
•  Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan RHB di talian 03-92068118 dan minta untuk memohon RHB Smart Move Balance Transfer; atau
•  SMS BTCX ke 66223 dan kakitangan Khidmat Pelanggan RHB akan membantu permohonan anda; atau
•  Muat turun borang permohonan mengikut keselesaan anda dan hantarkan melalui e-mel ke [email protected] bersama salinan penyata kad kredit bank lain yang terkini; atau
•  Kunjungi cawangan RHB terdekat untuk berurusan dengan kakitangan bertugas bagi memohon pelan pemindahan baki ini; atau
•  Log masuk ke Perbankan Dalam Talian RHB untuk menyemak kadar taktikal yang ditawarkan.

Apakah itu RHB Smart Move Balance Transfer?

Anda boleh melanjutkan tempoh bayaran balik baki kad kredit tertunggak daripada bank lain sehingga 3 tahun!

Bagi pelanggan baharu bank, nikmati kadar faedah menarik antara 4.88% setahun hingga 6.88% setahun yang sah sehingga 31 Disember 2026.

Jumlah pindahan minimum adalah serendah RM1,000 sahaja, manakala jumlah maksimum adalah 80% daripada had kredit yang tersedia.

Sila rujuk maklumat berikut untuk mengetahui kadar faedah bagi tempoh berbeza:
•  bagi tempoh 6 bulan dan 12 bulan, kadar adalah 4.88% setahun;
•  bagi 24 bulan, kadar adalah 5.88% setahun;
•  bagi 36 bulan, kadar adalah 6.88% setahun.

Apa yang berlaku jika saya terlepas membuat bayaran?

Jika anda terlepas sebarang bayaran walaupun satu bulan, anda akan dikenakan caj faedah semasa sebanyak 18% setahun ke atas baki tertunggak, malah yuran bayaran lewat sebanyak 1% (atau maksimum RM100, mengikut mana yang lebih tinggi) juga akan dikenakan pada akaun pemindahan baki anda.

Bukan itu sahaja, bayaran lewat juga boleh memberikan gambaran buruk terhadap sejarah kredit anda seperti yang direkodkan dalam CCRIS / CTOS, yang berpotensi menjejaskan permohonan pinjaman anda pada masa hadapan.

Adakah terdapat sebarang yuran jika saya melunaskan hutang lebih awal?

Tiada yuran penyelesaian awal dikenakan untuk RHB Smart Move Balance Transfer.