Co-opbank Pertama Pembiayaan Peribadi-i Lestari (Awam)

Kadar faedah dari3.45% p.a.
Pinjaman maksimumRM 400,000
Tempoh maksimum10 tahun
Nikmati Pembiayaan Peribadi patuh Syariah dengan had pembiayaan sehingga RM400,000 pada kadar keuntungan serendah 3.45% setahun. Tanpa penjamin serta proses permohonan yang mudah dan pantas.

Kalkulator Pembiayaan Peribadi
*Kadar keuntungan, bayaran bulanan, dan jumlah bayaran balik yang dipaparkan adalah anggaran bagi tujuan ilustrasi sahaja. Terma pinjaman sebenar anda termasuk jumlah yang diluluskan dan kadar keuntungan akhir adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan pihak pembiaya.
Berdasarkan jumlah dan tempoh peminjaman anda, kadar keuntungan adalah serendah seperti yang berikut:
| Nilai pinjaman | Tempoh pinjaman | Pendapatan anda | Kadar Keuntungan |
|---|---|---|---|
| RM 10,000 - RM 400,000 | 12 - 120 bulan | min. RM 18,000 | 3.45% p.a |
Kadar KeuntunganKadar serendah 3.45% setahun**Tertakluk pada terma dan syarat

Duti Setem
Dikenakan
Mengikut Akta Duti Setem 1949 (Disemak 1989)
Yuran Pemprosesan
RM 100.00
Yuran Pembayaran Lewat
1.00% ke atas jumlah tertunggak
Dalam setahun
Yuran Penamatan Awal
Dikecualikan
Pendapatan Minimum
RM 1,500sebulan
RM 18,000 setahun
Takaful
-Status Pekerjaan
- Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun dan GLC yang berpendapatan tetap
Dokumen yang diperlukan
- Salinan kad pengenalan (depan & belakang)
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini
- Borang EA
- Surat Pengesahan Majikan
- Salinan penyata bank 3 bulan terkini (dengan paparan kemasukan gaji)
- Surat Tamat Perkhidmatan/ Umur Persaraan
- Penyata Penyelesaian Pembiayaan Lain (jika ada)
Maklumat Penting Lain
Konsep Syariah
Co-opbank Pertama Pembiayaan Peribadi-i Lestari (Awam) adalah pembiayaan khas untuk kakitangan sektor awam yang patuh Syariah kerana menggunakan konsep Tawarruq. Konsep ini melibatkan dua urus niaga jual beli di mana pihak Co-op Bank Pertama terlebih dahulu akan menjual aset atau dipanggil juga sebagai komoditi kepada pelanggan secara bayaran tertangguh. Pelanggan kemudiannya akan menjual aset yang sama tersebut kepada pihak ketiga di pasaran secara tunai bagi tujuan mendapatkan wang tunai yang diperlukan dengan segera, sekali gus mengelakkan unsur faedah (riba).
Tempoh Pembiayaan Akan Dikreditkan
Proses permohonan untuk Co-opbank Pertama Pembiayaan Peribadi-i Lestari (Awam) hanya mengambil masa dalam tempoh beberapa hari bekerja. Setelah permohonan diluluskan, wang pembiayaan akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan Co-opbank Pertama anda atau boleh juga dipindahkan ke akaun bank anda yang lain melalui saluran DuitNow atau Interbank GIRO (IBG).
Pembayaran Pembiayaan Peribadi Lebih Awal
Anda akan diberikan Rebat (Ibra') jika memilih untuk menyelesaikan baki pembiayaan lebih awal daripada tarikh matang yang ditetapkan.
Soalan Lazim
Co-opbank Pertama Pembiayaan Peribadi-i Lestari (Awam) merupakan produk pembiayaan peribadi yang ditawarkan untuk kakitangan sektor awam yang berlandaskan Syariah serta mengamalkan konsep Tawarruq. Ia menawarkan wang pembiayaan sehingga RM400,000 dengan tempoh pembayaran maksimum sehingga 10 tahun.
Banyak kelebihan yang ditawarkan oleh pembiayaan ini. Antaranya:
• Tanpa cagaran atau penjamin: Anda tidak perlu menyediakan aset sebagai cagaran atau mencari penjamin untuk memohon pembiayaan ini.
• Had tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun.
• Kadar keuntungan kompetitif: Kadar keuntungan serendah 3.45% setahun.
• Kaedah bayaran balik yang mudah: Pembayaran balik ansuran bulanan boleh dibuat melalui potongan gaji secara automatik menerusi Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) atau Potongan Gaji Majikan (PGM).
• Pilihan perlindungan Takaful: Anda boleh pilih untuk menambah perlindungan Takaful bagi menyelesaikan baki hutang pembiayaan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal ke atas peminjam

Kriteria untuk pemohon yang layak adalah seperti berikut:
• Warganegara Malaysia.
• Berumur antara 18 hingga 60 tahun atau mencecah umur persaraan
• Mempunyai pendapatan bulanan kasar minimum RM1,500.
• Merupakan kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun dan GLC berstatus tetap yang telah berkhidmat melebihi 3 bulan.
• Berkhidmat sebagai doktor kontrak melebihi 1 tahun
• Kakitangan KEMAS dan Jabatan Perpaduan berstatus kontrak yang sudah berkhidmat lebih daripada 2 tahun

Anda boleh mendapatkan pembiayaan mengikut tangga gaji anda. Bagi mereka yang memiliki pendapatan antara RM1,500 sehingga RM3,999.99, jumlah pembiayaan yang layak anda terima adalah sehingga RM200,000 atau mengikut kelayakan potongan yang dibenarkan (mana-mana yang lebih rendah). Jumlah pembiayaan adalah sehingga RM400,000, tertakluk kepada kelayakan pemohon serta terma dan syarat produk.
Terma dan Syarat
Dengar Apa Kata Pengguna Kami
Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak