Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Emicro i-Financing 

Emicro i-Financing

Kadar keuntungan18.00% p.a.

Pembiayaan maksimumRM 10,000

Tempoh maksimum2 tahun

Perlukan wang tambahan? Mohon Emicro i-Financing patuh Syariah hingga RM10,000 secara dalam talian. Kelulusan dalam 1 hari bekerja.

Glance

Berdasarkan jumlah dan tempoh pembiayaan anda, kadar keuntungan adalah serendah seperti yang berikut:

Nilai pembiayaanTempoh pembiayaanPendapatan andaKadar Keuntungan
RM 500 - RM 10,0003 - 24 bulanmin.  RM 24,00018.00% p.a

Tempoh bayaran balik adalah minimum 3 bulan dan maksimum 24 bulan (bergantung pada peringkat pembiayaan yang dipilih).

Kadar Keuntungan18.00% setahun**Tertakluk pada terma dan syarat

3D Gold Coins

Duti Setem

Dikenakan

Duti setem mengikut Akta Setem 1949

Yuran Pemprosesan

Dikecualikan

Yuran Pembayaran Lewat

Dikenakan

Faedah lewat bayar sebanyak 8% setahun akan dikenakan ke atas jumlah prinsipal, di samping yuran penalti lewat bayar sebanyak RM25.00.

Yuran Penamatan Awal

Dikecualikan

Pendapatan Minimum

RM 1,500sebulan

RM 18,000 setahun

Takaful

-

Status Pekerjaan

  • Kakitangan kerajaan & pekerja GLC

Dokumen yang diperlukan

  • Kad pengenalan (depan & belakang)
  • Swafoto sambil memegang kad pengenalan (untuk pengesahan identiti)
  • Slip gaji terkini
  • Penyata KWSP terkini
  • Resit bil utiliti asal seperti bil elektrik, bil air, dan lain-lain

Maklumat Penting Lain

Tempoh Wang Pembiayaan Akan Dikreditkan Dalam Akaun

Wang pembiayaan peribadi akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada hari yang sama sepantas 6 jam. Jika permohonan dibuat di luar waktu bekerja, pembiayaan akan dikreditkan keesokan harinya.

Pembayaran Pembiayaan Peribadi Lebih Awal

Anda boleh membuat bayaran balik awal untuk pembiayaan peribadi ini tanpa sebarang yuran tambahan.

Soalan Lazim

Emicro i-Financing merupakan penyelesaian pembiayaan peribadi patuh Syariah yang memberikan rakyat Malaysia yang layak akses pembiayaan yang pantas, mudah dan telus pada masa yang paling diperlukan, ditawarkan oleh Emicro Services Sdn Bhd (No. Pendaftaran: 201501014968 (1140300-D)), sebuah syarikat pembiayaan berlesen (No. Lesen: WL5789/14/01-10/210826) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dengan produk berasaskan Tawarruq yang disahkan oleh Penasihat Syariahnya bagi menjamin penyelesaian pembiayaan yang beretika dan telus.
Ya, Emicro akan menilai pendapatan bersih bulanan anda selepas membayar segala komitmen dan ia mestilah melebihi bayaran balik bulanan Emicro. Jika tidak, permohonan akan ditolak.
Pemohon tidak boleh disenaraihitam oleh CTOS atau CCRIS atau terlibat dalam kes undang-undang. Emicro juga akan menolak permohonan anda jika:

• Mempunyai rekod tidak membayar sebarang pinjaman melebihi 3 bulan (kecuali PTPTN)
• Sudah berusia lebih dari 30 tahun dan tidak mempunyai rekod pinjaman di CCRIS
Berikut adalah cara mudah untuk membayar semula pembiayaan Emicro ini:

• Perbankan dalam talian: Pindahkan wang ke dalam akaun bank Emicro dan masukkan nombor ID atau nombor telefon sebagai rujukan. Kemudian muat naik slip pindahan wang ke dalam laman web atau aplikasi Emicro.
• Perbankan dalam talian FPX: Bayar melalui perbankan dalam talian FPX di laman web atau aplikasi Emicro.
• Pindahan ATM: Buat pembayaran balik di mesin ATM dengan memindahkan wang ke dalam akaun bank syarikat dan muat naik slip pindahan wang ke dalam laman web atau aplikasi Emicro.
• JomPAY: Bayar semula pinjaman mikro anda melalui JomPAY dan muat naik slip ke dalam laman web atau aplikasi Emicro.

Terma dan Syarat

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak