Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Pembiayaan Peribadi-i HLB Islamic 

Pembiayaan Peribadi-i HLB Islamic

Kadar keuntungan dari8.50% setahun

Pembiayaan maksimumRM 150,000

Tempoh maksimum5 tahun

Pembiayaan Peribadi-i HLB Islamic dengan jumlah pembiayaan sehingga RM150,000 dengan kadar keuntungan tetap serendah 8.50% setahun.

Glance

Kalkulator Pembiayaan Peribadi

Anggaran Pembayaran Pembiayaan
RM 1,187.50*pada 8.50% setahun
3D Calculator Image

Bandingkan tempoh pembiayaan yang sesuai dengan kewangan anda

Kami sarankan anda pilih tempoh pembiayaan yang lebih panjang untuk fleksibiliti dan kemudian buat penyelesaian awal untuk jimat dari bayaran kadar keuntungan.

Star BadgePilihan anda
Jika anda pinjamDalam tempoh iniDalam sebulan anda akan bayarPada kadar keuntungan ini
RM 50,0005tahunRM 1,187.508.50%setahun
*Kadar keuntungan, bayaran bulanan, dan jumlah bayaran balik yang dipaparkan adalah anggaran bagi tujuan ilustrasi sahaja. Terma pembiayaan sebenar anda termasuk jumlah yang diluluskan dan kadar keuntungan akhir adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan pihak pembiaya.

Berdasarkan jumlah dan tempoh pembiayaan anda, kadar keuntungan adalah serendah seperti yang berikut:

Nilai pembiayaanTempoh pembiayaanPendapatan andaKadar Keuntungan
RM 5,000 - RM 150,00024 - 60 bulanmin.  RM 24,0008.50% setahun - 10.50% setahun

Tempoh bayaran balik adalah minimum 24 bulan dan maksimum 60 bulan (bergantung pada peringkat pembiayaan yang dipilih).

Kadar KeuntunganKadar serendah 8.50% setahun**Tertakluk pada terma dan syarat

3D Gold Coins

Duti Setem

0.50% daripada jumlah keseluruhan

Yuran Pemprosesan

Dikecualikan

Yuran Pembayaran Lewat

1.00% ke atas jumlah tertunggak

Yuran Penamatan Awal

Dikecualikan

Pendapatan Minimum

RM 2,000sebulan

RM 24,000 setahun

Takaful

-

Status Pekerjaan

  • Pekerja bergaji & bekerja sendiri

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan kad pengenalan (depan & belakang)
  • Slip gaji 1 bulan terkini
  • Penyata bank 3 bulan terkini (dengan paparan kemasukan gaji)
  • Borang B/BE terkini dengan resit cukai rasmi LHDN
  • Penyata KWSP terkini

Maklumat Penting Lain

Konsep Shariah

Pembiayaan ini berlandaskan kontrak Tawarruq, selaras dengan prinsip Shariah. Melalui konsep ini, bank akan menjual komoditi patuh Shariah kepada anda pada harga tertangguh, dan kemudiannya membantu menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga bagi mendapatkan tunai.

Tempoh Wang Pembiayaan Akan Disalurkan

Wang Pembiayaan Peribadi-i HLB Islamic boleh diluluskan dan disalurkan ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam atau 2 hari.

Pembayaran Pembiayaan Peribadi Lebih Awal

Anda boleh selesaikan pembiayaan lebih awal pada bila-bila masa. Malah, anda layak menerima ibra’ (rebat) ke atas baki keuntungan dengan syarat menghantar notis 3 bulan awal.

Perlindungan Takaful

Perlindungan Takaful untuk pembiayaan peribadi adalah pilihan, tetapi sangat digalakkan kerana ia membantu melindungi baki pembiayaan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh.

Jika anda ingin mendaftar, anda boleh memilih pelan Group Credit Term Takaful daripada Hong Leong MSIG Takaful atau panel Takaful yang diluluskan oleh pihak bank.

Caj sumbangan akan dikenakan sekali sahaja dan ditolak daripada jumlah pembiayaan.

Soalan Lazim

Ini adalah kriteria yang layak membuat pembiayaan peribadi:

• Warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 60 tahun
• Pekerja bergaji atau bekerja sendiri
• Berpendapatan minimum RM2,000 sebulan
Anda boleh membuat bayaran ansuran bulanan melalui:

• Tunai atau cek di mana-mana cawangan HLB/HLB Islamic di seluruh negara
• Tunai atau cek melalui Terminal Layan Diri di cawangan HLB/HLB Islamic
• Arahan Tetap daripada akaun Semasa/-i atau Simpanan/-i anda
• Pembayaran dalam talian melalui HLB Connect (Pengguna HLB Connect Sahaja)
• Pemindahan Inter Bank (IBG) or DuitNow
Jika anda membuat bayaran lebih daripada jumlah ansuran bulanan, lebihan tersebut akan dianggap sebagai bayaran awal dan akan digunakan untuk ansuran bulan yang seterusnya.
Permohonan anda bergantung kepada rekod kredit anda dengan institusi kewangan lain, yang akan dirujuk melalui laporan CCRIS/CTOS.

HLB Islamic masih boleh mempertimbangkan permohonan anda sekiranya anda dapat menunjukkan bukti pengurusan kewangan yang bertanggungjawab dan tidak mempunyai hutang tertunggak yang semakin bertambah.

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak

Info untuk hubungi anda

LANGKAH 1/4

Jawab beberapa soalan ringkas, dan kami akan cari pinjaman serupa daripada bank rakan kongsi yang sesuai

Pinjaman dipilih: Pembiayaan Peribadi-i HLB Islamic

Kami akan hantar pinjaman yang sesuai di WhatsApp

Pinjaman yang sesuai untuk anda hampir siap

Hanya satu langkah pengesahan identiti mudah melalui WhatsApp untuk melihat pinjaman terbaik anda.