Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Pembiayaan Peribadi-i Public Bank BAE AG 

Pembiayaan Peribadi-i Public Bank BAE AG

Kadar untung dari3.99% p.a.

Pinjaman maksimumRM 350,000

Tempoh maksimum10 tahun

Pembiayaan peribadi untuk kakitangan sektor kerajaan. Nikmati had pembiayaan yang tinggi, kadar keuntungan rendah dan tempoh bayaran balik lebih lama!

Glance

Kalkulator Pembiayaan Peribadi

Anggaran Pembayaran Pinjaman
RM 999.58*pada 3.99% p.a
calculator

Bandingkan tempoh pinjaman yang sesuai dengan kewangan anda

Kami sarankan anda pilih tempoh pinjaman yang lebih panjang untuk fleksibiliti dan kemudian buat penyelesaian awal untuk jimat dari bayaran faedah.

Star BadgePilihan anda
Jika anda pinjamDalam tempoh iniDalam sebulan anda akan bayarPada kadar keuntungan ini
RM 50,0005tahunRM 999.583.99%p.a.
*Kadar keuntungan, bayaran bulanan, dan jumlah bayaran balik yang dipaparkan adalah anggaran bagi tujuan ilustrasi sahaja. Terma pinjaman sebenar anda termasuk jumlah yang diluluskan dan kadar keuntungan akhir adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan pihak pembiaya.

Berdasarkan jumlah dan tempoh peminjaman anda, kadar keuntungan adalah serendah seperti yang berikut:

Nilai pinjamanTempoh pinjamanPendapatan andaKadar Keuntungan
RM 5,000 - RM 350,00024 - 120 bulanmin.  RM 18,0003.99% p.a - 4.45% p.a

Kadar KeuntunganKadar serendah 3.99% setahun, bergantung kepada jumlah dan tempoh pembiayaan

3D Gold Coins

Duti Setem

0.50% daripada jumlah keseluruhan

Dan RM10 untuk Surat Tawaran

Yuran Pemprosesan

Dikecualikan

Yuran Pembayaran Lewat

1.00% ke atas jumlah tertunggak

Yuran Penamatan Awal

Dikecualikan

Pendapatan Minimum

RM 1,500sebulan

RM 18,000 setahun

Takaful

Tidak Wajib

Adalah digalakkan

Status Pekerjaan

  • Pekerja tetap dengan perkhidmatan minimum 1 tahun
  • Kakitangan Badan Berkanun
  • Penjawat Awam
  • Polis
  • Agensi Kerajaan

Dokumen yang diperlukan

  • Tiga salinan kad pengenalan (depan & belakang)
  • Surat pekerjaan atau pengesahan majikan
  • Salinan borang BPA
  • Slip gaji 3 bulan terkini

Maklumat Penting Lain

Konsep Syariah

Pinjaman ini berasaskan dua konsep Syariah: Bai' 'Inah dan Murabahah. Bai' 'Inah merujuk kepada jual beli aset secara bayaran tertunda dan pembelian semula secara tunai pada harga yang lebih rendah, manakala Murabahah ialah kaedah jual beli dengan pendedahan kos sebenar dan margin keuntungan kepada pelanggan.

Pengkreditan Wang Pembiayaan

Selepas Public Islamic Bank meluluskan pembiayaan, anda akan menerima Surat Tawaran dan wang pembiayaan akan dipindahkan ke dalam akaun bank.

Pembayaran Pembiayaan Peribadi Lebih Awal

Penyelesaian bagi bayaran balik pembiayaan boleh dilakukan lebih awal tanpa sebarang yuran tambahan dan rebat (Ibra’) akan diberikan.

Cara Bayaran Balik Pinjaman

Anda boleh membuat pembayaran balik pembiayaan ini melalui potongan gaji menerusi Biro Perkhidmatan Angkasa.

Caj Kewangan Lain

Anda hanya perlu bayar Duti Setem Kerajaan sebanyak 0.50% (akan ditolak daripada jumlah pinjaman) dan RM 10 untuk Surat Tawaran.

Soalan Lazim

Tidak, anda tidak memerlukan penjamin atau cagaran untuk memohon Pembiayaan Peribadi-i BAE AG Public Bank ini.
Anda dinasihatkan untuk mengambil perlindungan Takaful dari Takaful Keluarga Kredit Berkelompok (GCFT) daripada Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB) atau Takaful Bertempoh Kredit Berkelompok (GCTT) daripada AIA PUBLIC Takaful Berhad (APTB) atau Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB).
Bergantung pada sejarah kredit dengan institusi kewangan lain kerana semua maklumat akan dikumpul dalam CCRIS/CTOS.

Public Islamic Bank mungkin boleh meluluskan permohonan pembiayaan peribadi anda jika anda boleh menunjukkan bukti pengurusan kewangan yang baik dan tidak mengumpul lebih banyak hutang.

Terma dan Syarat