Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Pembiayaan Peribadi-i Sun Gate Credit 

Pembiayaan Peribadi-i Sun Gate Credit

Kadar faedah18.00% p.a.

Pinjaman maksimumRM 50,000

Tempoh maksimum3 tahun

Pembiayaan peribadi patuh Syariah dari RM500 hingga RM50,000, tiada cagaran diperlukan, dengan kadar keuntungan tetap untuk bayaran bulanan yang lebih terancang.

Glance

Kalkulator Pembiayaan Peribadi

Anggaran Pembayaran Pinjaman
RM -pada - p.a
calculator

Bandingkan tempoh pinjaman yang sesuai dengan kewangan anda

Kami sarankan anda pilih tempoh pinjaman yang lebih panjang untuk fleksibiliti dan kemudian buat penyelesaian awal untuk jimat dari bayaran faedah.

Star BadgePilihan anda
Jika anda pinjamDalam tempoh iniDalam sebulan anda akan bayarPada kadar keuntungan ini
--tahunRM --p.a.
*Kadar keuntungan, bayaran bulanan, dan jumlah bayaran balik yang dipaparkan adalah anggaran bagi tujuan ilustrasi sahaja. Terma pinjaman sebenar anda termasuk jumlah yang diluluskan dan kadar keuntungan akhir adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan pihak pembiaya.

Kadar keuntungan ditentukan berdasarkan jumlah dan tempoh pinjaman anda, seperti berikut:

Nilai pinjamanTempoh pinjamanPendapatan andaKadar Keuntungan
RM 500 - RM 50,00012 - 36 bulanmin.  RM 20,40018.00% p.a

Tempoh bayaran balik adalah minimum 12 bulan dan maksimum 36 bulan (bergantung pada peringkat peminjaman yang dipilih).

Kadar Keuntungan18.00% setahun**Tertakluk pada terma dan syarat

3D Gold Coins

Duti Setem

Dikenakan

Mengikut Akta Duti Setem 1949 (Pindaan 1989)

Yuran Pemprosesan

Dikecualikan

Yuran Pembayaran Lewat

Dikenakan

8% setahun ke atas jumlah ansuran tertunggak

Yuran Penamatan Awal

Dikecualikan

Perbandingan dan permohonan melalui RinggitPlus adalah percuma. Sebarang yuran, caj, kadar faedah, dan syarat pinjaman ditentukan oleh pemberi pinjaman wang berlesen.

Pendapatan Minimum

RM 1,700sebulan

RM 20,400 setahun

Takaful

Tidak Wajib

Bergantung kepada permintaan pelanggan

Status Pekerjaan

  • Pekerja bergaji

Dokumen yang diperlukan

  • Kad pengenalan (depan & belakang)
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Penyata KWSP 12 bulan terkini
  • Bil utiliti 1 bulan terkini

Maklumat Penting Lain

Pembiayaan Patuh Syariah

Pembiayaan Peribadi-i Sun Gate Credit menggunakan kontrak Komoditi Murabahah melalui pengaturan Tawarruq. Kemudahan pembiayaan ini mestilah digunakan untuk tujuan peribadi yang sah dan patuh Syariah sahaja, dan tidak boleh digunakan untuk barangan atau perkhidmatan yang tidak halal.

Pembayaran Pembiayaan Peribadi Lebih Awal

Anda boleh menyelesaikan pembiayaan lebih awal selepas enam bulan dari tarikh pembiayaan anda bermula. Sebaiknya semak dengan Sun Gate Credit terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perancangan untuk melangsaikan pembiayaan lebih awal.

Perlindungan Takaful

Perlindungan Takaful tidak diwajibkan untuk kemudahan pembiayaan ini. Tetapi anda digalakkan untuk mengambil perlindungan Takaful yang sesuai bagi melindungi baki pembiayaan anda.

Soalan Lazim

Satu kemudahan pembiayaan peribadi patuh Syariah tanpa cagaran yang disusun mengikut konsep Murabahah Komoditi melalui pengaturan Tawarruq. Pembiayaan peribadi ini ditawarkan oleh Sun Gate Credit Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201701039415 (1253586M)), syarikat pemberi pinjaman wang berlesen KPKT (WL6366/14/01-7/150528).
Sun Gate Credit membeli komoditi patuh Syariah kemudian menjualnya kepada anda dengan Harga Jualan tetap. Harga ini mengandungi Jumlah Pembiayaan Prinsipal serta Jumlah Keuntungan yang Dipersetujui, yang dibayar mengikut tempoh kontrak. Sun Gate Credit berfungsi sebagai wakil anda untuk menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga secara tunai. Hasil jualan ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda.

Kadar keuntungan telah ditetapkan pada permulaan dan tidak akan naik sepanjang tempoh pembiayaan kerana jumlah ini sudah menjadi sebahagian daripada Harga Jualan yang tetap. Oleh itu, bayaran anda tidak akan berubah sehingga tempoh pembiayaan tamat.
Anda boleh memohon pembiayaan dari RM500 hingga RM50,000 untuk tujuan peribadi yang sah dan patuh Syariah sahaja, seperti perbelanjaan kecemasan, renovasi, atau kos perubatan. Dana yang diperoleh tidak boleh digunakan untuk apa-apa kegunaan peribadi yang tidak patuh Syariah.
Sun Gate Credit mengenakan kadar keuntungan rata sebanyak 18% setahun. Ini bermakna keuntungan dikira berdasarkan jumlah pokok penuh bagi keseluruhan tempoh pembiayaan, bukan baki yang semakin berkurangan apabila anda membuat bayaran balik.

Formula: I = (P + P×R×T)/M

Di mana:
P = Jumlah Pokok Pembiayaan (RM10,000.00)
R = Kadar Keuntungan Rata Tahunan (18% / 0.18)
T = Tempoh Pembiayaan dalam TAHUN (contoh: 2 tahun)
M = Jumlah Tempoh Bayaran Balik dalam Bulan (24 bulan)

Sebagai contoh, jika anda meminjam RM10,000 untuk tempoh 24 bulan, jumlah keuntungan yang dikenakan ialah RM3,600. Ini menjadikan jumlah bayaran balik sebanyak RM13,600, bersamaan RM566.67 sebulan. Namun, jumlah ini belum termasuk sebarang yuran. Ansuran bulanan sebenar mungkin lebih tinggi selepas duti setem dan caj lain diambil kira.

Untuk contoh tempoh 24 bulan tersebut, kadar keuntungan adalah bersamaan dengan Kadar Keuntungan Efektif (EPR) sebanyak 31.46% setahun. Ini kerana keuntungan dikenakan ke atas jumlah pokok penuh sepanjang tempoh pembiayaan, menyebabkan kos tahunan sebenar lebih tinggi berbanding kadar 18% yang dinyatakan.

Harap maklum bahawa kiraan EPR adalah berbeza mengikut tempoh pembiayaan.

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak