Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Pinjaman Jangka Panjang Sun Gate Credit

Pinjaman Jangka Panjang Sun Gate Credit

Kadar faedah18.00% p.a.

Pinjaman maksimumRM 50,000

Tempoh maksimum3 tahun

Pinjaman peribadi tanpa cagaran dari RM500 hingga RM50,000 dengan kadar faedah tetap untuk bayaran balik yang lebih mudah dijangka.

Glance

Kalkulator Pinjaman Peribadi

Anggaran Pembayaran Pinjaman
RM -pada - p.a
calculator

Bandingkan tempoh pinjaman yang sesuai dengan kewangan anda

Kami sarankan anda pilih tempoh pinjaman yang lebih panjang untuk fleksibiliti dan kemudian buat penyelesaian awal untuk jimat dari bayaran faedah.

Star BadgePilihan anda
Jika anda pinjamDalam tempoh iniDalam sebulan anda akan bayarPada kadar faedah ini
--tahunRM --p.a.
*Kadar faedah, bayaran bulanan, dan jumlah bayaran balik yang dipaparkan adalah anggaran bagi tujuan ilustrasi sahaja. Terma pinjaman sebenar anda termasuk jumlah yang diluluskan dan kadar faedah akhir adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan pihak pembiaya.

Kadar faedah ditentukan berdasarkan jumlah dan tempoh pinjaman anda, seperti berikut:

Nilai pinjamanTempoh pinjamanPendapatan andaKadar Faedah
RM 500 - RM 50,00012 - 36 bulanmin.  RM 20,40018.00% p.a

Tempoh bayaran balik adalah minimum 12 bulan dan maksimum 36 bulan (bergantung pada peringkat peminjaman yang dipilih).

Kadar Faedah18.00% setahun**Tertakluk pada terma dan syarat

3D Gold Coins

Duti Setem

Dikenakan

Mengikut Akta Duti Setem 1949 (Disemak 1989)

Yuran Pemprosesan

Dikecualikan

Yuran Pembayaran Lewat

Dikenakan

8% setahun ke atas ansuran tertunggak

Yuran Penamatan Awal

Dikecualikan

Perbandingan dan permohonan melalui RinggitPlus adalah percuma. Sebarang yuran, caj, kadar faedah, dan syarat pinjaman ditentukan oleh pemberi pinjaman wang berlesen.

Pendapatan Minimum

RM 1,700sebulan

RM 20,400 setahun

Siapakah yang layak memohon?

Warganegara Malaysia

21 - 55 tahun

Status Pekerjaan

  • Pekerja bergaji

Dokumen yang diperlukan

  • Kad pengenalan (depan & belakang)
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Penyata KWSP 12 bulan terkini
  • Bil utiliti 1 bulan terkini

Maklumat Penting Lain

Pembayaran Pinjaman Peribadi Lebih Awal

Anda boleh selesaikan pinjaman anda dengan lebih awal selepas enam bulan dari tarikh pinjaman anda bermula. Sebaiknya semak dengan Sun Gate Credit terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perancangan untuk melangsaikan pinjaman lebih awal.

Soalan Lazim

Satu kemudahan pinjaman peribadi tanpa cagaran yang ditawarkan oleh Sun Gate Credit Sdn. Bhd., syarikat pemberi pinjaman wang berlesen KPKT (WL6366/14/01-7/150528).
Anda boleh membuat pinjaman dari RM500 hingga RM50,000 untuk tujuan peribadi seperti perbelanjaan kecemasan, renovasi, atau kos perubatan.
Sun Gate Credit mengenakan kadar faedah rata sebanyak 18% setahun. Ini bermakna faedah dikira berdasarkan jumlah pokok penuh bagi keseluruhan tempoh pinjaman, bukan baki yang semakin berkurangan apabila anda membuat bayaran balik.

Formula: I = (P + P×R×T)/M

Di mana:
P = Jumlah Pokok Pinjaman (RM10,000.00)
R = Kadar Faedah Rata Tahunan (18% / 0.18)
T = Tempoh Pinjaman dalam TAHUN (contoh: 2 tahun)
M = Jumlah Tempoh Bayaran Balik dalam Bulan (24 bulan)

Sebagai contoh, jika anda meminjam RM10,000 untuk tempoh 24 bulan, jumlah faedah yang dikenakan ialah RM3,600. Ini menjadikan jumlah bayaran balik sebanyak RM13,600, bersamaan RM566.67 sebulan. Namun, jumlah ini belum termasuk sebarang yuran. Ansuran bulanan sebenar mungkin lebih tinggi selepas duti setem dan caj lain diambil kira.

Untuk contoh tempoh 24 bulan ini, kadar rata tersebut adalah bersamaan dengan Kadar Faedah Efektif (EIR) sebanyak 31.46% setahun. Ini kerana faedah dikenakan ke atas jumlah pokok penuh sepanjang tempoh pinjaman, menyebabkan kos tahunan sebenar lebih tinggi berbanding kadar 18% yang dinyatakan.

Harap maklum bahawa kiraan EIR adalah berbeza mengikut tempoh pinjaman.
• Duti Setem: Mengikut Akta Duti Setem 1949 (Pindaan 1989)
• Yuran pembayaran lewat: 8% setahun ke atas jumlah ansuran tertunggak

Anda dikehendaki membayar segala kos (jika ada) kepada Sun Gate Credit bagi penyediaan dan pendaftaran dokumen-dokumen sekuriti yang telah ditanggung sekiranya anda memutuskan untuk membatalkan kemudahan pinjaman yang telah diluluskan.

Terma dan Syarat

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak