CIRI - CIRI PRODUK |
||||
---|---|---|---|---|
Tempoh Kelulusan | Minimum Jumlah Pinjaman | Maksimum Jumlah Pinjaman | ||
Dalam 24 jam |
RM 2,000 |
RM 150,000 |
CIRI - CIRI LAIN PRODUK |
||||
---|---|---|---|---|
Kadar Faedah |
Minimum Tempoh Pinjaman |
Maksimum Tempoh Pinjaman |
Penyatuan Hutang |
|
Kadar tetap sebanyak 6.49% - 13.45% setiap tahun | 1 tahun | 7 tahun | Ya |
Tentang Pinjaman Peribadi RHB
RHB Group komited terhadap inovasi berperingkat tinggi dan berfikiran ke hadapan lalu menjadikan ia sebagai pilihan utama di antara rakyat Malaysia dan juga sebagai penyedia perkhidmatan kewangan di seluruh Asia.
Di Malaysia, RHB menawarkan pelanggan-pelanggannya pelbagai jenis perkhidmatan merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan perbankan dan kewangan seperti pengurusan aset, perbankan premier, perbankan pelaburan, pinjaman, kad kredit dan perbankan Islam.
Berapakah jumlah yang boleh saya pinjam dengan RHB Easy-Pinjaman Ekspres?
Pinjaman peribadi RHB Easy merupakan pinjaman ekspres, di mana anda boleh mendapatkan kelulusan segera dengan amaun pinjaman sebanyak RM2,000 sehingga RM150,000.
Anda juga boleh memilih tempoh pinjaman selama 7 tahun.
Berapakah kos untuk pinjaman peribadi ini?
Tiada bayaran yuran pemprosesan atau caj tersembunyi dengan RHB Easy-Pinjaman Ekspres.
Anda hanya perlu membayar Duti Setem Kerajaan untuk jumlah yang anda pinjam, iaitu sebanyak 0.50% daripada jumlah keseluruhan yang dipinjam.
Apakah yang saya perlukan bagi memohon pinjaman RHB Easy ini?
Untuk pengetahuan anda hanya pekerja swasta sahaja yang layak memohon RHB Easy-Pinjaman Ekspres ini.
Anda hanya perlu membawa MyKad bersama anda apabila mengunjungi cawangan bank.
Dengan pengesahan biometrik, semua maklumat kewangan anda akan diisikan secara automatik oleh RHB Easy.
Tiada dokumen atau borang yang perlu diisikan!
Bagi memastikan tiada masalah yang timbul, sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut bersama anda juga!
Jika anda seorang pekerja bergaji, sila bawa yang berikut:
- Slip gaji terkini
- Penyata KWSP 6 bulan terkini
- Buku simpanan bank terkini, penyata akaun semasa atau simpanan
Jika anda bekerja sendiri, sila sediakan yang berikut:
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (syarikat harus berusia sekurang-kurangnya 2 tahun)
- Slip gaji 6 bulan terkini
- Borang B atau BE terkini dari LHDN
Bagaimana saya boleh mendapatkan wang ini?
Anda boleh memohon di cawangan RHB Easy pilihan anda dan sekiranya anda berkelayakan, pinjaman anda akan diluluskan segera.
Wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan atau semasa anda.
Apakah cara untuk saya membayar hutang saya?
Jadual pembayaran semula anda akan disertakan sekali bersama dokumen kelulusan permohonan anda.
Kebiasaannya, bayaran pertama anda akan bermula pada bulan yang berikutnya setelah anda menerima pinjaman anda, dan akan berterusan setiap bulan sehingga pinjaman tersebut selesai dibayar semula.
Jika anda lewat membuat pembayaran balik, anda akan dikenakan caj 1% setahun pada baki tertunggak yang akan menyebabkan hutang anda meningkat!
Bolehkah saya menyelesaikan dengan awal pembayaran balik Easy-Pinjaman Ekspres saya?
Anda boleh menyelesaikan pinjaman anda pada bila-bila masa.
Jika anda ingin membuat pembayaran penuh sebelum tempoh penuh pinjaman tamat, anda perlu membayar yuran penamatan awal sebanyak RM100 atau 1% daripada jumlah keseluruhan pinjaman (mana-mana yang lebih tinggi).
Sila ambil maklum bahawa terdapat tempoh lock-in selama 6 bulan daripada tarikh surat tawaran anda.
Apakah lagi yang perlu saya ketahui tentang pinjaman peribadi ini?
Sila ambil maklum bahawa pinjaman peribadi ini merupakan pinjaman ‘reducing balance’ atau baki berkurangan.
Ansuran pinjaman anda juga adalah tetap untuk setiap bulan tetapi kadar faedah yang anda bayar akan semakin menurun setiap bulan.
Bagaimana caranya untuk saya membersihkan nama saya jika tersenarai dalam 'blacklist' CCRIS?
Sejarah kredit anda dicatatkan sepenuhnya di CCRIS.
Untuk memperbaiki kedudukan kredit anda dengan bank, anda perlu menyelesaikan semua hutang dan bayaran yang tertunggak.
Setelah itu, pastikan anda selesaikan semua bayaran bulanan anda dengan kerap.
Perlukan bantuan dalam pengurusan hutang anda?
Anda boleh menghubungi AKPK - dimana kaunselor mereka yang berpengalaman akan membimbing anda ke arah yang betul melalui program Kaunseling Kewangan dan Pengurusan Kredit AKPK.
Adakah saya perlukan insurans untuk pinjaman RHB Easy ini?
Personal Smart Shield (PSS) dan Easy-Insurans Kasih Income Aid (EIKIA) merupakan polisi-polisi insurans yang anda boleh turut memohon bersama Easy-Pinjaman Ekspres anda.