Bank Rakyat dan Mastercard baru sahaja melancarkan kad kredit terbaharu mereka iaitu Bank Rakyat World Mastercard Credit Card-i.
Kad patuh Syariah ini direka khas untuk pemegang kad yang kerap berbelanja di luar negara dengan manfaat pelancongan yang komprehensif dan tiada caj penukaran mata wang asing.
Tiga Kelebihan Utama Kad Ini
1. Pulangan tunai 5% untuk Perbelanjaan Melancong
Pemegang kad boleh dapatkan pulangan tunai sebanyak 5% untuk pembelian tiket penerbangan, pakej pelancongan, tempahan hotel, dan makan di restoran. Pulangan tunai ini dihadkan pada RM1,500 setahun.
2. Akses Lounge Lapangan Terbang Secara Percuma
Dapatkan 6 kali akses percuma ke lounge lapangan terbang Mastercard di seluruh dunia setiap tahun, sesuai untuk perjalanan kerja mahupun percutian.
3. 0% Foreign Exchange Markup
Tiada caj penukaran mata wang asing langsung! Anda hanya dikenakan kadar interbank standard tanpa sebarang caj tambahan tersembunyi.
Ganjaran Lebih Pantas untuk Transaksi Luar Negara
Selain pulangan tunai, kad ini turut menawarkan program mata ganjaran iaitu Rakyat Rewards. Pemegang kad boleh dapat 10x Rakyat Rewards bagi setiap RM10 yang dibelanjakan di luar negara, ia bersamaan RM1.00 bagi setiap 10 mata.
Untuk perbelanjaan dalam negara negara pula, anda akan dapat 2x Rakyat Rewards bagi setiap RM10, bersamaan RM0.20 tunai bagi setiap 10 mata.
Mata Rakyat Rewards yang terkumpul sah selama 3 tahun dari tarikh ia diperoleh.
Faedah Tambahan Yang Patut Anda Tahu
Selain manfaat perjalanan asas, kad ini turut dilengkapi beberapa faedah lain seperti:
- Takaful Percuma: Pemegang kad mendapat perlindungan Group Family Takaful dan Khairat Kematian bernilai RM1,000 secara percuma. Perlindungan ini merangkumi jaminan pembayaran baki pembiayaan kad kredit sekiranya berlaku kematian.
- Ansuran 0% Faedah: Nikmati kemudahan Pelan Ansuran 0% Bank Rakyat untuk pembelian minimum RM1,000, dengan tempoh ansuran 6, 12, atau 24 bulan tertakluk kepada bayaran minimum bulanan RM50.
- Rakyat Rebate: Pemegang kad turut layak mendapat rebat keuntungan (Rakyat Rebate) yang boleh mengurangkan baki pinjaman terus pada tarikh penyata. Kadar rebat meningkat mengikut tahun.
Rakyat Rebate Sehingga 3.0% Rebat Keuntungan:
- Auto debit: 0.5% setahun
- Rekod pembayaran baik: sehingga 1.5%
- Pembiayaan lain di Bank Rakyat: sehingga 1.0%
- Jumlah rebat maksimum: 3.0% menjelang tahun ketiga
Mastercard World Privileges
Sebagai pemegang kad peringkat dunia, anda turut mendapat akses kepada Mastercard World Privileges tanpa caj tambahan:
- Travel Concierge Service iaitu bantuan perancangan perjalanan dan tempahan
- Exclusive Hotel Benefits iaitu pengiktirafan status elit, naik taraf bilik dan kemudahan tambahan
- Premium Golf Privileges, akses ke padang golf terpilih di seluruh dunia
- International Data Roaming, perkhidmatan roaming data percuma semasa berada di luar negara
Yuran tahunan kad ini ialah RM500. Walau bagaimanapun, yuran ini dikecualikan sepenuhnya jika anda berbelanja sekurang-kurangnya RM40,000 dalam setahun.
Syarat Kelayakan
- Pemegang kad utama: Berumur 21 tahun ke atas
- Pemegang kad tambahan: Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan tahunan minimum: RM80,000
Apa Kata Pihak Bank Rakyat dan Mastercard?
Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, menekankan bahawa kad ini dicipta mengikut keperluan sebenar pelanggan seperti pulangan tunai yang berguna untuk perjalanan dan tiada caj forex yang tersembunyi.
Pengurus Negara Mastercard Malaysia dan Brunei, Beena Pothen pula berkata, perkongsian ini mencerminkan komitmen Mastercard dalam menyokong ekosistem kewangan digital Malaysia.
Bank Rakyat World Mastercard Credit Card-i ini boleh dimohon bermula Jun 2026. Untuk maklumat lanjut atau permohonan, layari laman sesawang Bank Rakyat atau hubungi pusat khidmat pelanggan tele-Rakyat di 1-300-80-5454.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
