Kad Kredit dan Kad Kredit-i Bank Simpanan Nasional (BSN) kini menawarkan diskaun 15% untuk pembelian menerusi aplikasi ZALORA dan laman sesawang ZALORA Malaysia. Diskaun ini ada had tertentu yang anda perlu penuhi terlebih dahulu sebelum ia terpakai semasa proses pembayaran (checkout).
Berapa Banyak Anda Boleh Jimat
Diskaun 15% ini sah dengan perbelanjaan minimum RM130 dalam satu resit, tetapi potongan maksimum dihadkan pada RM25 sahaja. Sebagai contoh, walaupun anda belanja sebanyak RM500, penjimatan anda tetap terhad kepada RM25 dan bukannya 15% daripada jumlah penuh.
Untuk mendapatkan diskaun ini, kod promo BSNZAL8826 secara automatik akan diaplikasikan pada halaman pembayaran semasa anda di dalam proses daftar keluar.
Bila Promosi Ini Bermula Dan Tamat
Promosi ini berlangsung dalam tempoh terhad iaitu bermula 6 Ogos pada jam 6 petang dan akan berakhir pada 11 Ogos 2026 pukul 11 pagi. Baucar akan diberikan atas dasar ‘siapa cepat, dia dapat’ dan ia boleh habis ditebus sebelum tarikh tamat sekiranya terdapat permintaan tinggi. Elakkan menunggu sehari sebelum promosi tamat untuk anda membeli barangan yang diinginkan.
Siapa Layak Tebus Diskaun Ini
Semua pemegang Kad Kredit dan Kad Kredit-i BSN layak menyertai promosi ini. Pembayaran mesti anda buat menggunakan kad BSN, sama ada melalui aplikasi ZALORA atau laman sesawang rasmi ZALORA.
Sekali Sahaja Setiap Pengguna, Tak Boleh Digabung
Anda cuma layak menebus diskaun ini sekali sahaja dan kod tidak boleh digunakan semula walaupun anda membuat pembelian lain dalam tempoh promosi. Diskaun ini juga tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau gabungkan dengan diskaun, promosi, serta baucar lain, atau kad keahlian dan privilege. Sekiranya anda mempunyai baucar ZALORA lain, anda perlu memilih salah satu daripadanya, dan jangan gabungkan kedua-duanya.
Sekiranya anda pemegang Kad Kredit BSN dan sedang merancang untuk membeli pakaian, beg atau kasut baharu, promosi ini pastinya boleh menjimatkan sedikit perbelanjaan anda.
Bagi anda yang belum memiliki Kad Kredit BSN, anda boleh semak, bandingkan dan mohon di RinggitPlus.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
